Cara Membaja Pokok Durian Dewasa
Advertisement

Buat anda yang baru belajar menanam pokok durian, anda perlu tahu bahawa cara membaja pokok durian dewasa adalah berbeza dengan anak pokok durian. 

Hal ini amat penting kerana ada sesetengah individu yang menjaga pokok ini daripada usianya yang muda dan sudah matang. 

Faktor terpenting dalam penjagaan buah berduri ini adalah iklim, penggunaan baja, dan cara penjagaan yang betul. 

Jika anda mengikuti cara yang betul, tanaman ini boleh “berikan” hasil buah yang lumayan dan berkualiti! 

Disebabkan itu, kami akan berkongsi info penting seperti maklumat umum mengenai durian, keperluan penanaman durian, dan cara membaja pokok durian dewasa. 

Teruskan membaca untuk belajar ilmu baru dan tahu produk yang sesuai bagi pembajaan pokok durian. 

Info Ringkas Durian

Cara Membaja Pokok Durian Dewasa
  • Pokok 

Fakta menarik mengenai pokok durian adalah pokoknya boleh tumbuh sehingga 30 – 40 meter serta banir setinggi 2-3 meter sekiranya ditanam daripada anak biji

Namun, pokok durian yang dicantumkan, ketinggiannya hanya boleh mencapai 10 – 20 meter sahaja. 

Selain itu, tahukah anda bahawa lokasi penanaman pokok durian boleh pertumbuhan pokok tersebut? 

Lokasi penanaman pokok durian terlalu rapat dengan pokok lain, ia boleh menjadikan bentuk pokok tersebut menjadi bujur. 

Jika anda ingin tahu cara dan jarak penanaman pokok durian yang sewajarnya, anda boleh baca artikel ini bagi mendapatkan maklumat tambahan.

  • Daun
Cara Membaja Pokok Durian Dewasa

Daun pokok durian adalah berbentuk memanjang dan boleh mencapai 6-12cm panjang serta 2-4 cm lebar. 

Seperti daun-daun yang lain, daun pokok durian juga berwarna hijau dan berubah menjadi hijau tua dan berkilat apabila mencapai usia matang.

Namun, bahagian bawah daun itu berwarna hijau perang dan mempunyai lapisan sisik kecil. 

HOT  Gangguan Tulang Belakang: Panduan Komprehensif untuk Keadaan yang Mempengaruhi Tulang Belakang

Bagi daun dari pokok durian, tangkai daunnya tidaklah panjang. Hanya 1 cm sahaja dan urat tengah daun juga jelas kelihatan di bahagian bawah.

  • Biji

Biji buah durian berbentuk sedikit bulat dan bujur. Adakalanya permukaan biji durian merekah dan diselaputi isi durian. 

Tetapi, dengan adanya teknologi moden, ada pokok durian yang dicantumkan. Ini akan menghasilkan buah durian isinya tebal dan mempunyai biji kecil. 

  • Buah
Cara Membaja Pokok Durian Dewasa

Saiz buah durian adalah berbeza dan boleh mencapai sehingga 18cm lebar serta 20-32 cm panjang. Buahnya diselaputi kulit yang keras dan berbentuk duri-duri tajam yang berwarna hijau atau kuning keperangan.

Setiap buah yang terhasil mempunyai 4-5 garisan yang boleh dilihat dari luar kulit durian yang dipanggil pangsa. Ia digunakan sebagai penanda semasa membuka buah durian.

Keperluan ketika Tanam Durian

  • Tanah

Sama seperti tumbuhan lain, pokok durian juga memerlukan tanah yang subur, penuh nutrien, gembur dan mempunyai kepadatan tanah yang sesuai untuk pertumbuhan akar. 

Terdapat beberapa jenis tanah yang bersesuaian untuk menanam pokok durian seperti tanah daripada batuan igneus, tanah daripada batu sedimentari dan tanah lanar laut yang kaya dengan kandungan liat. 

Namun, jika tanaman durian ditanam menggunakan tanah yang tinggi kandungan liat, tahap kelembapan tanah tersebut harus dijaga supaya tidak merosakkan kualiti dan kesihatan pokok itu.

  • Iklim

Musim panas dan hujan sememangnya sesuai untuk pertumbuhan pokok durian. Iklim di Malaysia membantu pertumbuhannya dengan adanya persekitaran yang panas dan lembap. 

Ia juga memerlukan tempat yang mempunyai peredaran udara serta mendapat sinar matahari yang mencukupi. 

Jumlah hujan turun membantu pokok durian untuk kekalkan kelembapan kerana ia mempunyai akar yang cetek dan mudah kekeringan air. 

HOT  Top 10 Most Popular Luxury Cars for Rental in 2024

Pasti ramai tidak tahu bahawa pokok durian juga “memerlukan” musim kemarau. Ketika musim ini, pokok durian boleh

menghasilkan bunga (proses pembungaan) bagi pertumbuhan buah. 

Kelembaban tanah yang baik dan penghasilan daun baru membolehkan proses pembungaan dan pembuahan berlaku. 

Tetapi, pokok durian dewasa atau matang, ia memerlukan air yang cukup bagi proses pertumbuhan dan pembesaran berlaku dengan bagus.

  • Pengapuran

Pengapuran tanah adalah amat penting kerana tanah pH yang optimum dapat memastikan pertumbuhan pokok durian tidak terganggu. 

Jika ditanam di tempat baru, pH tanah hendaklah dinaikkan dengan membekalkan kapur pada tanah semasa pembajaan. 

Cara Membaja Pokok Durian Dewasa

Cara Membaja Pokok Durian Dewasa

Cara pembajaan pokok durian berbeza mengikut kawasan tanamannya. Bagi kawasan yang mendatar, di teres atau di tapak gajah bolehlah menabur baja di bawah kanopi pokok. 

Jika ia tanaman di kawasan curam, anda perlu menabur baja di hujung 4 penjuru kanopi pokok. 

Kekerapan untuk menabur baja juga berbeza mengikut pertumbuhan pokok. 

Bagi pokok durian yang masih muda seeloknya dibaja antara 4 – 6 kali setahun dengan kuantiti yang kecil setiap bajaan. 

Bagi pokok durian yang matang, kuantiti boleh ditambah dengan kekerapan sebanyak 3-4 kali setahun. 

Sedikit tips yang boleh diambil kira bagi meningkatkan tahap keberkesanannya, pembajaan perlu dielakkan semasa musim kemarau. 

Waktu yang baik untuk membaja adalah sebelum atau akhir musim hujan. Tahap penyerapan baja dalam tanah adalah lebih mudah berbanding di waktu lain. 

Kesimpulan

Dalam artikel ini, kita dapat mengetahui sedikit sebanyak mengenai penanaman pokok durian. Bukan itu sahaja, ilmu mengenai tanah yang sesuai, kesan iklim di Malaysia dan ph tanah yang sesuai untuk pokok durian juga kita telah jelaskan. 

HOT  Apa Beza Cukai Tanah dan Cukai Petak Di Selangor?

Penggunaan dan kuantiti baja yang digunakan serta waktu yang sesuai untuk membaja juga amat penting bagi pertumbuhan pokok durian. 

Bagi memastikan pokok durian tumbuh dengan baik, anda boleh menggunakan baja PowerGRO! 

Cara Membaja Pokok Durian Dewasa

Baja ini merupakan salah satu produk yang terbaik dan sering digunakan oleh petani tempatan di Malaysia. 

Ini menunjukkan bahawa baja PowerGRO sudah mendapat kepercayaan daripada rakyat tempatan akan keberkesanannya dalam memastikan kualiti dan kesihatan pokok sentiasa terjaga.

Kenapa baja ini amat popular dalam kalangan petani dan mereka yang baru mula menanam? 

  • Ia tidak mengandungi campuran bahan kimia dan sisa haiwan. 
  • Tidak ada bau yang kurang menyenangkan. 
  • Sesuai untuk semua jenis tanaman seperti buah-buahan, sayuran, padi, dan tanaman fertigasi. 
  • Menggalakan hasil buah dan bunga yang banyak (bagi tanaman buah-buahan dan pokok bunga).
  • Meningkatkan daya tahan daripada penyakit tanaman yang berbahaya. 
  • Membaiki komposisi biologi tanah.
  • Mempunyai 3 saiz yang berbeza iaitu 500ml, 1 liter, dan 4 liter. 

Jadi, anda boleh memilih saiz bersesuaian mengikut jenis dan bilangan tumbuhan yang ada di kebun atau rumah. 

Jadi, jika anda inginkan hasil buah berganda dan lebat, kualiti pokok durian yang terbaik, serta meningkatkan tahap imuniti, anda boleh dapatkan baja PowerGRO ini di pautan di bawah ini! 

Saya Mahu Pokok Durian Yang Terbaik Dengan Baja PowerGRO!