baby shop near me
© juanri
Advertisement

Jika anda adalah pasangan yang baru mendapat berita gembira tentang anda dan pasangan akan dapat cahaya mata. Anda sudah boleh bersedia mengunjungi Kedai Baby Near Me atau Baby Shop yang berdekatan dengan anda di KL atau Selangor. untuk persiapan kehadiran bayi anda nanti. Di sini kami senaraikan 5 butik ibu dan bayi yang anda boleh kunjungi di sekitar KL dan Selangor.

1) THE BABY STORE (Shah Alam, Selangor)

baby shop shah alam baby shop near me

Butik Ibu dan Bayi pilihan pertama adalah The Baby Store. Butik ini bermula dengan butik diatas talian sejak 2013 dan kini mereka telah membuka butik yang anda boleh kunjungi di Seksyen 22, Shah Alam. Lokasi butik mereka berada di berhampiran kondominium Indah Alam (Berhadapan Kilang Gula CSR).

Terdapat banyak barangan ibu dan bayi yang terdapat di Butik ini terutamanya jika anda ingin membeli Baby Stroller, Baby Car Seat dan juga Baby Cot. Baby Cot disini adalah antara yang murah di dalam pasaran dengan design yang sangat menarik. Saya amat rekemen anda kunjungi Butik ini jika anda ingin membeli barangan ibu dan bayi.

Website : www.thebabystore.com.my | FB : TheBabyStoreMy | IG : @thebabystoremy

Baby Shop Near Me The Baby Store

2) BUTIK TATEH (Bandar Baru Bangi, Selangor)

tateh

Butik Tateh adalah antara butik ibu dan bayi terbaik di Malaysia. Mempunyai 17 cawangan di seluruh Malaysia. Butik utama mereka terletak di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi.

Terdapat banyak barangan ibu dan bayi yang terdapat di sini. Jika anda mencari barangan berpantang dan barangan kelengkapan bayi seperti botol susu, pakaian dan banyak lagi. Anda wajib kunjungi butik ini juga.

3) MAMAYAYAZONE (Bandar Baru Bangi, Selangor)

mamayaya

Butik Mamayayazone adalah antara butik ibu dan bayi yang tidak asing lagi di kawasan Bangi. Ditubuhkan pada 2008 dan kini berada di Bangi Gateway 3, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi. Sebuah butik yang sangat lengkap barangannya. Pemilik butik ini sangatlah mesra dan suka melayan pelanggan. Ini antara butik ibu dan bayi yang anda patut kunjungi juga.

HOT  Sony Playstation 5 - Segalanya Yang Di Dedahkan Tentang Konsol Terbaru Sony.

4) BUTIK YONS (Sungai Besi, KL)

Butik Yons

Butik Yons terletak di Sungai Besi, Kuala Lumpur ini adalah antara butik ibu dan bayi yang sering dikunjungi penduduk di sekitar Sungai Besi. Menawarkan pelbagai barangan ibu dan bayi. Anda boleh kunjungi butik ini pada setiap hari kerana butik ini dibuka setiap hari.

5) BUTIK SI KECIL IBU (Bandar Baru Selayang, Selangor)

Butik Si Kecil Ibu yang terletak di Bandar Baru Selayang adalah antara Butik Ibu dan Bayi pilihan kami kerana butik ini menawarkan pelbagai barangan yang mampu milik dan jika anda kunjungi butik ini anda boleh lengkapkan semua list barangan yang perlu dibeli.


Saya memang rekemen dengan butik-butik yang disenaraikan diatas dan anda pasti berpuas hati. Saya akan tambah lagi list-list butik dari masa ke semasa dan akan kunjungi butik-butik terbaru. Hanya butik yang saya berpuas hati sahaja yang akan saya senaraikan di sini sebab saya nak pastikan pembaca saya akan rasa berbaloi diatas artikel ini dan menjadi sumber rujukan utama. Jika ada butik-butik yang terkenal dan anda rasa patut saya senaraikan tetapi tidak senarai. Maaf, mungkin saya belum kunjungi butik tersebut atau mungkin juga saya sudah kunjungi tetapi saya tidak rekemen.

Diharapkan carian anda dengan perkataan Baby Shop Near Me ini dapat membantu anda. Terima Kasih.

Baca : Resepi Sotong Bakar Ala Thai