menu makanan untuk diabetes

Nak masak memang tak susah pun. Tetapi nak mencari makanan apa yang sesuai itu sedikit sukar. 

Lebih-lebih lagi untuk pesakit kencing manis kerana ada beberapa pantang larang yang perlu diikuti untuk mengelakkan penyakit menjadi lebih teruk.

Tetapi bagi yang ingin masak menu makanan untuk diabetes, tak perlu sekat kreativiti anda dengan hanya masakan tawar. Jangan disebabkan pantang larang ini anda menjadi buntu untuk masak apa hari ini.

Tak mengapa, artikel ini akan membantu anda dengan resepi enak, bukan sahaja untuk dinikmati pesakit kencing manis tetapi anda yang sihat juga boleh mencubanya.

Makanan Yang Perlu Dikawal Kuantitinya

Sebelum mengetahui menu makanan untuk pesakit kencing manis, anda perlu mengetahui makanan apa yang perlu dikawal kuantitinya. 

Kalau mengikut cadangan hidangan ideal menu makanan untuk diabetes, mereka perlu mengekalkan untuk mengambil 1800 kcal kalori sehari. Tidak kurang atau terlebih.

makanan untuk diabetes

Jadi untuk itu, anda harus mengetahui apakah makanan yang perlu dikawal untuk tabiat pemakanan yang lebih sihat.

Makanan Yang Perlu Dielakkan

  • Semua jenis gula (gula putih, gula perang, gula melaka, gula batu dan madu)
  • Minuman manis seperti minuman kordial dan berkarbonat
  • Sapuan jem, kaya dan marmalade.
  • Makanan manis seperti gula-gula, kuih manis, kek, coklat, aiskrim, susu pekat manis, yogurt manis dan lassi manis
  • Pencuci mulut, buah-buahan dalam tin yang penuh dengan sirap, agar-agar dan jeli.

Makanan Yang Perlu Disukat

  • Bijiran dan hasil bijirin
  • Nasi
  • Roti, biskut, kuih yang tidak masni
  • Pasta, makaroni, spageti, mi, bihun, kuetiau, laksa
  • Capati, roti canai, tosai
  • Ubi (kentang, kayu, keledek, keladi)
  • Kekacang
  • Susu dan hasil tenusu
  • Buah-buahan
menu makanan untuk diabetes

Makanan Yang Boleh Diambil Tanpa Sukatan

  • Semua jenis sayuran hijau seperti bayam, parsli, kailan, kubis, sawi
  • Sayuran lain seperti terung, kacang panjang, tomato, timun dan lain-lain
  • Sayuran berkanji seperti lobak merah, lobak putih, labu
  • Semua minuman tanpa gula
  • Rempah ratus dan herba
  • Semua daging tanpa lemak
  • Tauhu, telur dan ikan

12 Contoh Menu Makanan Untuk Diabetes

Jom tengok resipi sedap, berkhasiat yang sihat ini.

Semuanya sesuai dengan anda yang inginkan diet yang sedap tapi tak melanggar pantang!

#1 Telur Dadar dan Oat 

Dengan makan telur dadar sahaja pun boleh kenyang.

Anda cuma perlu masukkan sedikit oat dalam telur dadar anda dan sedikit taburan sayuran untuk menyedapkan lagi masakan anda. 

Hidangan ini sangat sesuai untuk dimakan sebagai sarapan.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 biji telur
  • ¼ cawan serbuk oat
  • 3-4 sudu susu
  • Sedikit garam
  • Herba yang anda suka contoh: oregano
  • â…› sudu teh lada sulah

Sayuran yang diperlukan:

  • 2 sudu bawang
  • 2 sudu lobak yang dicincang/kisar
  • 2 sudu lada besar
  • 2 sudu tomato yang dibuang kulit
  • 2 tangkai cili dipotong halus
  • Seleri atau daun ketumbar

Cara masakan:

  1. Campurkan serbuk oat, garam, lada sulah dan oregano ke dalam mangkuk. Tuangkan susu dan kacau hingga sebati.
  2. Masukkan telur dan pukul sehingga ia berbuih sedikit.
  3. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak. Masukkan adunan telur tadi.
  4. Masukkan sayuran satu demi satu.
  5. Bila omelet dah mula kental atau mengeras, terbalikkan dan gorengkan sehingga masak kedua-dua bahagian.
  6. Hidangkan.
HOT  Kencing Manis (Diabetes) : Kaedah Rawatan Yang Sangat Membantu

#2 Sandwich Telur

Telur adalah protein yang mempunyai kandungan kalori yang rendah. 

Sangat sesuai untuk pesakit kencing manis yang inginkan makanan mudah yang kenyang. Ianya boleh dimakan malam atau pagi. 

Jika anda ingin sandwich ini jadi lebih mengenyangkan, tukarkan roti biasa kepada roti wholemeal.

Bahan-bahan Untuk Ayam:

  • 10 biji telur ayam (direbus)
  • 4 sudu makan mayonis rendah lemak
  • Sedikit lada sulah
  • Sebuku roti wholemeal
  • 3 biji Tomato
  • Salad
  • Mentega rendah lemak

Cara Penyediaan:

  1. Hancurkan telur rebus di dalam mangkuk yang besar.
  2. Masukkan mayonis dan lada sulah ke dalam mangkuk. 
  3. Sediakan roti anda dengan menyapu mentega ke atasnya.
  4. Letakkan salad di atas roti untuk mengelakkan roti menjadi lembab.
  5. Sapukan telur tadi ke atas salad. Kalau suka, boleh tambahkan kepingan ham ayam. Kepitkan roti. 
  6. Hidangkan.

#3 Tauhu Taugeh Tumis

Resipi ini menggunakan sayuran yang enak dimakan sebagai lauk. Ringkas tapi cukup mengenyangkan.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 50g taugeh kasar 
  • 2 keping tauhu (dipotong mengikut kesukaan)
  • 3 biji bawang merah
  • 1  ulas bawang putih
  • 1 ulas cili merah
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sb udang kering
  • Sedikit minyak masak dan air

Cara Masakan:

  1. Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih, cili dan udang kering.
  2. Panaskan minyak. Tumiskan bahan yang ditumbuk.
  3. Masukkan tauhu dan kacau 1 minit.
  4. Kemudian masukkan sedikit air dan sos tiram.
  5. Masukkan taugeh.
  6. Gaul sebati.
  7. Hidangkan.  

#4  Sandwich Ayam

Kalau dah bosan makan sandwich telur dadar, mari sini ada resepi lain untuk anda cuba. 

Yang menariknya semua bahan ini boleh diperolehi daripada dapur sahaja. 

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Isi ayam dihiris nipis lebar
  • Tepung ubi
  • Kicap masin
  • Lada sulah
  • Tomato dipotong dadu
  • Bawang besar dipotong dadu
  • Saleri dihiris halus
  • Daun ketumbar dihiris halus
  • Salad dirajah halus
  • Kobis biasa atau ungu dihiris
  • Lada hitam
  • Mayonis 
  • Lemon
  • Garam
  • Cili sos
  • Roti 
  • Marjerin

Cara Masakan:

  1. Gaul ayam dengan ayam dan lada sulah, kicap masin. celurkan dengan tepung ubi. Gorengkan. Angkat bila ayam sudah kekuningan.
  2. Ambil roti, sapukan marjerin ke dua-dua belah roti. Letak tepi.
  3. Gaulkan bawang besar, lada hitam, ayam, tomato, seleri, kobis, daun ketumbar, air lemon, garam dan salad ke dalam mangkuk. Gaul sehingga sebati.
  4. Ambil bahan gaulan tadi dan sapukan ke atas roti. Letakkan ayam, dan tutup roti.
  5. Hidangkan bersama sos jika sukakan sos.

#5 Ikan Kembung Singgang

Singgang memang popular di Pantai Timur.

Walaupun dengan bahan yang sedikit, anda boleh menikmati lauk yang sedap dan sihat ini.

Kalau ingin lebih kelainan, boleh tukar ikan dengan ayam atau apa-apa protein yang anda sukakan.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 ekor ikan kembung (dibersihkan)
  • 4cm lengkuas
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 batang serai (untuk dititik)
  • 3 keping asam gelugur
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 5 biji cili padi hijau 
  • 1 liter air
  • Garam secukup

Cara masakannya:

  1. Didihkan air secukupnya di dalam sebuah periuk
  2. Isikan lengkuas, bawang merah, bawang putih, bawang merah, cili merah, cili padi, garam dan asam gelugur.
  3. Masukkan serai, kemudian masak sehingga mendidih.
  4. Kemudian, masukkan ikan. Tunggu lagi sehingga masak.
  5. Setelah masak, hidangkan.
HOT  Apa Itu Branula Dan Fungsinya.

#6 Tomyam Putih Sihat

Resipi tomyam ini tidak perlu sebarang pes. Jadi ianya sihat berbanding tomyam yang anda pesan di gerai.

Lebih sihat, jimat dan sedap jika dimasak di rumah.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Ayam (dipotong mengikut kehendak)
  • Kobis bunga
  • Lobak merah
  • Cendawan
  • Bawang Holland (dipotong)
  • Bawak putih (diketuk)
  • Serai (diketuk)
  • Lengkuas (diketuk)
  • Lada kecil (diketuk)
  • Daun limau purut
  • Daun tomyam
  • Bawang besar merah separuh, ditumbuk dengan lada kecil
  • Air limau putih
  • Air
  • Garam dan gula

Cara masakannya:

  1. Rebus ayam dengan bahan yang diketuk
  2. Isikan daun limau purut
  3. Masukkan air limau, sos ikan
  4. Masukkan sayuran dan masak hingga lembut
  5. Letakkan garam dan gula secukupnya
  6. Masukkan daun tomyam dan susu
  7. Hidangkan

#7 Sayur Air Petola

Sayur petola ini selalu menjadi menu pilihan makanan tengahari.

Jika anda sendiri sukakan sayur, pasti sayur ini menjadi pilihan anda bila membungkus lauk tengahari.

Apa kata kali ini anda buat sendiri menu makanan untuk diabetes.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 3 biji petola (didiang dan dipotong mengikut suka)
  • 3 ulas bawang merah
  • 10 biji lada hitam
  • Segenggam ikan bilis – ditukar dengan isi ikan rebus
  • Garam
  • Gula
  • Bawang putih (jika suka)

Cara membuatnya:

  1. Tumbuk bawang sedan lada hitam sehingga lumat.
  2. Tambah ikan bilis untuk ditumbuk sekali.
  3. Masukkan dalam periuk bersama air, mengikut kesukaan anda.
  4. Perasakan dengan garam dan gula.
  5. Masukkan petola.
  6. Rebus sehingga masak dan siap untuk dihidang.

#8 Sup Sayur Fucuk Telur

Sup sayur fucuk bertelur ini bukan sahaja enak dimakan bersama nasi.

Ia juga sihat kerana tidak menggunakan minyak. Malah cukup berzat dengan protein dan karbohidrat yang cukup.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 4 cawan air
  • 4 ulas bawang merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 10g ikan bilis (ditumbuk kasar)
  • 2 biji kentang (dipotong kecil)
  • 2 biji telur
  • 20g sayur fucuk (dikoyak kecil)
  • 15g suhun
  • 1 ulas cili merah (dihiris)
  • Garam secukup rasa

Cara membuatnya:

  1. Dalam periuk yang sudah diisi air, masukkan bawang putih, bawang merah, ikan bilis dan kentang.
  2. Didihkan sehingga kentang empuk.
  3. Masukkan telur dan biarkan telur masak.
  4. Masukkan fucuk dan suhun dan cili merah. 
  5. Masakkan sehingga lembut dan perasakan.
  6. Hidangkan. 

#9 Kari Ikan Sihat

Adakah anda rindukan masakan lauk berkari?

Ini dia kari ikan yang boleh buat anda sentiasa ingin tambah lagi. Tak perlu lagi anda pergi mamak nak makan kari. 

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 ketul ikan kayu
  • 1 biji bawang merah (dihiris)
  • 1 biji bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris halus)
  • 1 sudu teh halba campur
  • Air (untuk kuah)
  • 1 sudu besar serbuk kari ikan
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 sudu ais asam jawa
  • 2 sudu minyak kelapa
  • 2 sudu teh garam bukit

Cara membuatnya:

  1. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan halba campur sampai naik bau.
  2. Isikan rempah kari ikan dan sedikit air. Masak  sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan ikan dan air.
  4. Masak hingga mendidih.
  5. Isikan daun kari, air asam jawa dan garam. Gaulkan dan tutup periuk.
  6. Setelah masak, hidangkan.
HOT  Kanser Payudara Hanya Menyerang Kaum Wanita Sahaja?

#10 Asam Rebus Ikan Kerisi

Asam rebus ikan kerisi ini sangat enak dinikmati bersama nasi panas. Lagi-lagi kalau dipadankan dengan sambal belacan.

Nak cuba? Ini resipinya.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 3 ekor ikan kerisi (sederhana besar)
  • ½ sudu serbuk kunyit
  • ½ bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 3-4 keping asam keping
  • 3 cawan air
  • 1 inci halia
  • Garam 

Cara membuatnya:

  1. Rebuskan bawang besar, bawang putih, halia dan asam keping dalam 3 cawan air.
  2. Isikan ikan dan serbuk kunyit.
  3. Biarkan sehingga mendidih. Perasakan dengan garam. 
  4. Biarkan mendidih sehingga masak.
  5. Hidangkan.

#11 Sup Ayam

Siapa kata nak mulakan hidup sihat anda tak boleh makan protein lain selain ikan?

Ini dia sup ayam sihat yang sangat ringkas tetapi sedap. Sesuai untuk dimakan oleh pesakit kencing manis dan sesiapa yang berdiet.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 keping bahagian dada ayam tanpa kulit dipotong kecil.
  • 1 uncang sup bunjut
  • 3 biji kentang tanpa kulit
  • 3 inci halia diketuk
  • 1 sudu besar campuran bawang merah dan putih digoreng
  • 1 biji bawang besar saiz kecil dipotong 4
  • 4 batang cili padi
  • 3 ulas bawang putih diketuk
  • 1 helai daun pandan disimpul
  • ½ sudu besar garam gunung
  • Bahan hiasan (daun sup, bawang goreng)

Cara membuatnya

  1. Campurkan semua bahan kecuali garam gunung ke dalam periuk. Didihkan sehingga menggelegak.
  2. Masukkan garam gunung.
  3. Masak sehingga ayam masak sepenuhnya dan ubi kentang sehingga empuk.
  4. Perasakan mengikut anda suka.
  5. Hidangkan dengan bahan hiasan.

#12 Sup Sayur Detox

Sup sayur ini boleh dimakan sebagai satu hidangan ataupun dimakan dengan mee, nasi atau oat. Sesuai untuk anda yang inginkan kelainan.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 sudu makan minyak zaitun
  • ½ lobak merah
  • ½ bawang
  • 1 biji tomato
  • ¼ kobis
  • ½ saderi
  • Cendawan
  • 1 kiub pati ayam
  • Sedikit makaroni
  • Air
  • Garam dan lada hitam secukupnya

Cara membuatnya:

  1. Basuh dan potong semua bahan menjadi kecil.
  2. Panaskan minyak zaitun di atas kuali. Tumiskan bawang dan lobak merah.
  3. Tambahkan tomato, cendawan, saderi dan kobis.
  4. Isikan air.
  5. Masukkan makaroni.
  6. Isikan 1 kiub pati ayam, perasakan dengan garam dan lada hitam.
  7. Biarkan sehingga masak.
  8. Hidangkan. 

Penutup

Walaupun ada ‘pantang’ yang perlu diikuti, namun ianya tidak menghalang pesakit kencing manis untuk mencuba menu yang sedap dan sihat.

Apa yang penting adalah anda mengawal pengambilan kalori makanan seperti yang dibenarkan oleh doktor sahaja.

Nak lagi tips penyediaan makanan untuk kencing manis dan menu makanan untuk diabetes? Klik di sini.

+++++++++++++++++++++++++++++++++

Sekiranya anda sedang mencari makanan tambahan terbaik untuk mengurangkan paras gula dalam darah, cubalah Herbarich – Kunyit Hitam Plus.

Khasiatnya didapati seperti:

  • Kunyit Hitam dan Habbatus Sauda

Mahu tahu lebih lanjut tentang Herbarich – Kunyit Hitam Plus?