Langkah pemasangan sistem fertigasi
Advertisement

Mengetahui langkah pemasangan sistem fertigasi yang betul sangat penting bagi memastikan tumbuhan anda subur dan mendapatkan nutrien yang secukupnya.

Bagi mereka yang tidak tahu, sistem fertigasi ini merupakan suatu sistem perkebunan yang dapat mengalirkan nutrien pada tumbuhan melalui sistem air.

Kini, sistem fertigasi semakin popular di Malaysia dan boleh dijumpai di merata-rata kebun. Ini kerana sistem ini sangat mudah dan mempunyai banyak kelebihan bagi kerja-kerja perkebunan. 

Jika anda baru mula menceburi bidang perkebunan ini atau ingin mencuba teknik perkebunan yang baru, anda boleh cuba mengaplikasikan sistem fertigasi ini.

Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda tentang apa itu sistem fertigasi, langkah pemasangan sistem fertigasi, serta kesilapan pemasangan yang anda perlu elakkan.

Teruskan membaca untuk ketahui dengan lebih lanjut!

Info Sistem Fertigasi

Langkah pemasangan sistem fertigasi

Sistem fertigasi ini merupakan salah satu kaedah hidroponik di mana ia menyalurkan air dan baja dalam bentuk larutan terus ke akar tumbuhan melalui sejenis sistem pengairan titis.

Sistem ini mempunyai banyak kelebihannya. Antaranya, ia menjimatkan air, mengagih baja dengan lebih sistematik, elakkan penyakit bawaan tanah, potensi hasil tinggi dan banyak lagi.

Tujuan utama sistem fertigasi adalah untuk membolehkan pembajaan dilakukan dengan berkesan di samping mengawal kerosakan dari serangga dan perosak tanaman.

Terdapat beberapa keperluan asas bagi sistem fertigasi iaitu pembajaan, pengairan, media tanaman serta sumber air. Pelengkapnya pula adalah rumah pam, rumah semaian dan SPH.

4 Langkah Pemasangan Sistem Fertigasi

  • Sediakan Lakaran Reka Bentuk Sistem Fertigasi
Langkah pemasangan sistem fertigasi

Langkah pemasangan sistem fertigasi yang pertama adalah menyediakan lakaran reka bentuk sistem ini terlebih dahulu. 

Menyediakan lakaran akan membantu dalam memastikan jumlah setiap komponen yang diperlukan serta ukuran dan posisi setiap komponen dalam sistem tersebut.

Sebagai contoh, lakaran reka bentuk penting bagi pemotongan dan penyediaan paip. Paip poli akan dipotong mengikut ukuran yang dibuat dalam lakaran. 

HOT  Review FIFA 21: Berbaloi Ke Untuk Beli Sekarang?

Kemudian, lubang akan dibuat pada paip poli dengan jarak 30-45 cm bagi memasukkan nipple supaya tiub mikro mudah disambungkan serta selari dan lurus.

  • Menyediakan Set Penitis dan Menyambungkan Paip

Langkah pemasangan sistem fertigasi seterusnya adalah pemasangan set penitis. Set penitis ini terdiri dari beberapa komponen iaitu nipple, tiub mikro dan penitis.

Anda perlu mengambil nipple dua alur dan memasukkan salah satu alur dalam hujung tiub mikro dan lagi satu alur pada penitis.

Kemudian, set penitis ini disambungkan pada paip tertier. Setiap set penitis disambungkan pada paip tertier menggunakan nipple pada jarak 30-45cm antara satu sama lain.

Paip tertier ini pula akan disambungkan pada paip sekunder sama ada dengan menggunakan penyambung L atau penyambung Tee bergantung pada jumlah barisan tanaman anda.

Jangan lupa untuk memasang injap penahan pada paip utama supaya pengaliran larutan baja ke subpaip dan penitis dapat dikawal. 

  • Pemasangan Pam Air dan Tangki Nutrien
Langkah pemasangan sistem fertigasi

Sebelum pam air dimasukkan ke dalam tangki nutrien, paip utama (paip poli) akan disambungkan pada pam air yang mempunyai saluran saiz besar menggunakan tiub lut sinar.

Selepas itu, baru pam air dimasukkan ke dalam tangki nutrien dan ditutup. 

  • Memasang Alat Pengatur Masa dan Mengemaskan Penyambungan Sistem Paip

Timer perlu dipasang pada tangki nutrien bagi menggerakkan pam air. Timer ini juga perlu diprogram mengikut jadual siraman yang ditetapkan.

Akhir sekali, pastikan penyambungan sistem paip dilengkapkan dan disambung pada tangki nutrien.

Kesilapan Langkah Pemasangan Sistem Fertigasi

  • Pembinaan SPH Tidak Betul

Pembinaan Struktur Pelindung Hujan (SPH) ini biasa diambil ringan oleh pengusaha fertigasi. 

SPH ini tidak akan tahan lama jika ia diperbuat dari bahan yang tidak betul dan mempunyai reka bentuk yang tidak sempurna. 

HOT  TikTok: How the App is Making a Positive Impact Around the World

Mempunyai SPH yang sempurna penting supaya tanaman anda tidak akan terjejas dan anda juga tidak akan mengalami kerugian.

Oleh itu, pengusaha perlu memahami rekabentuk dan spesifikasi SPH ini terlebih dahulu serta melantik kontraktor yang berpengalaman untuk membina SPH ini.

  • Menggunakan Batu-bata

Menggunakan batu-bata dalam langkah pemasangan sistem fertigasi hanya akan meningkatkan kos projek anda. Batu-bata tidak ada faedah mahupun kesan pada sistem ini.

Namun, ramai pengusaha yang menggunakannya. Bagi memastikan projek fertigasi ini menjana keuntungan dan tahan lama, kos permulaan perlulah rendah supaya tempoh balik modal lebih pendek.

  • Bahan Binaan SPH Tidak Betul

Ramai yang menggunakan bahan binaan SPH yang tidak betul dengan harapan ia akan mengurangkan kos projek. Namun begitu, anda akan lebih rugi jika SPH anda tidak sempurna.

SPH yang runtuh berkemungkinan akan merosakkan tanaman dan anda perlu mengeluarkan lagi duit untuk mengganti SPH tersebut dengan yang baru.

Sebagai contoh, SPH yang dibina menggunakan kayu di kawasan yang terbuka atau laluan angin sangat bahaya kerana ia akan mudah runtuh.

  • Menggunakan Hormon Pemikat Lalat Buah
Langkah pemasangan sistem fertigasi

Menggunakan hormon pemikat lalat buah merupakan salah satu kesalahan terbesar yang ramai pengusaha fertigasi lakukan. 

Hormon ini biasa dibancuh dengan air dan lalat buah ini akan tertarik dengan hormon mengawan ini lalu mati dalam air tersebut.

Namun begitu, masalah dengan hormon ini adalah lalat buah ini akan menyuntik telurnya ke dalam buah tanaman sebelum ia membunuh diri dalam air.

Buah-buah tanaman yang menggunakan hormon ini, seperti buah tomato, cili dan rockmelon, akan menjadi busuk apabila masak kerana telah disuntik oleh telur lalat ini.

Ini kerana bahagian dalam buah itu sudah pun dimakan oleh larva dan ulat lalat buah dari telur yang disuntik itu. Jika ini berlaku, pengusaha juga akan rugi besar.

  • Pancang Pokok Kurang Sesuai
Langkah pemasangan sistem fertigasi

Pancang pokok penting bagi menyokong tumbuhan. Jika tidak dilakukan, pokok akan terseksa dan juga merugikan pengusaha.

HOT  Mohon UPU Online Dari Rumah Dengan Mudah

Sebagai contoh, pacang bagi tanaman cili adalah berbentuk “X” atau “H”. ia dipasang segera selepas anak pokok dipindahkan ke polibeg.

Kesimpulannya, sistem fertigasi ini memang efisien dan sistematik untuk perkebunan jika langkah pemasangan sistem fertigasi dilakukan dengan cara yang betul. 

Sebagai pengusaha, anda perlulah memiliki pengetahuan tentang kaedah fertigasi ini serta langkah pemasangan yang betul terlebih dahulu supaya ia berkesan dan dapat menjana hasil untuk anda.

Salah satu aspek penting dalam sistem fertigasi ini adalah baja yang betul. Kualiti baja yang digunakan boleh mempengaruhi hasil tanaman anda.

Oleh itu, jika anda sedang mencari baja bakteria lokal yang berkualiti tinggi untuk sistem fertigasi anda, cubalah baja PowerGRO!

Baja PowerGRO, adalah produk baja bateria baik di pasaran Malaysia kerana keberkesanannya dalam membantu tumbesaran pokok supaya membesar dan sihat pada keadaan optimum.

Kebaikan Baja PowerGRO:

  • Dapat membaiki komposisi biologi tanah
  • Menggandakan kadar serapan baja untuk setiap pokok
  • Penggunaan baja PowerGRO dapat meningkatkan hasil tanaman berganda-ganda!
  • Penggalakan pertumbuhan tunas dan akar yang lebih sihat
  • Menambah daya tahan terhadap penyakit yang sering dialami oleh pokok.

Dengan menggunakan kaedah bancuhan air bebas klorin penggunaan baja ini juga dapat menjimatkan wang perbelanjaan anda!

Jadi, tunggu apa lagi?

Jom tingkatkan lagi hasil tanaman fertigasi anda dengan menggunakan baja PowerGRO. Klik pautan di bawah ini untuk mendapatkannya! 

Jom Dapatkan PowerGRO Sekarang!