resepi ayam

Tiada idea untuk resepi ayam hari ini? Ketahui 30 Koleksi Resepi Ayam yang mudah untuk dicuba hari ini!

1. Resepi Ayam goreng kunyit

Resepi Ayam goreng kunyit

Bahan-bahan diperlukan:

  1. 4-5 keping dada ayam – potong kecil
  2. 3 batang kacang panjang – potong panjang
  3. 1 biji kuning telur
  4. 1 sudu makan tepung gandum
  5. 1/2 sudu teh garam, perasa, gula
  6. 1/2 batang lobak merah – potong kecil
  7. 1 biji bawang besar – potong/ mayang
  8. 3 ulas bawang putih – ketuk/ cincang
  9. 1-3 cili merah & hijau – mayang
  10. Minyak masak – secukupnya

Cara memasak:

  1. Masukkan isi ayam yang telah dipotong bersama garam, kunyit, kuning telur dan tepung ke dalam mangkuk. Gaulkan semua bahan sehingga sebati.
  2. Kemudian, panaskan minyak masak dan goreng semua bahan yang telah digaul tadi sehingga hampir garing. Angkat dan toskan ayam itu. Diingatkan supaya tidak menggoreng terlalu lama, takut ayam keras.
  3. Keluarkan lebihan minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian, tambahkan bahan lain; kacang panjang, lobak merah, dan cili. Tumis bersama garam, gula dan perasa seperti sos tiram.
  4. Gaulkan semua bahan sehingga sebati dan naik bau. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul sekali lagi sehingga semua bahan sebati bersama ayam. Jangan goreng terlalu. Apabila semua bahan sudah masak, tutup.
  5. Hidangan sedia untuk dihidangkan.

2. Resepi Ayam Goreng Berempah

Resepi Ayam Goreng Berempah

Bahan-bahan diperlukan:

  1. 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)
  2. Bahan2 dikisar bersama:-
  3. 6 ulas bawang putih
  4. 7 ulas bawang merah
  5. 2 inci halia
  6. 3 batang serai (yang besar)
  7. 3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
  8. 2 sb serbuk kari daging
  9. 1/2 sk serbuk jintan putih
  10. 1/2 sk serbuk jintan manis
  11. 1/2 sk serbuk ketumbar
  12. 1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
  13. garam dan aji secukupnye
  14. 3 tangkai daun kari
  15. Minyak yang menggoreng

Cara memasak:

  1. Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
  2. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
  3. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
  4. Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Boleh dimakan begitu sahaja!

3. Ayam Goreng Mamak

Ayam Goreng Mamak

Bahan-bahan diperlukan:

  1. 1 ekor ayam
  2. 6 sudu makan tepung jagung
  3. 6 sudu makan tepung beras
  4. 3 tangkai daun kari

Bahan kisar:

  1. 6 ulas bawang putih
  2. 2 inci halia
  3. 5 tangkai cili kering
  4. 2 sudu makan rempah kari
  5. 1 biji telur
  6. Garam secukup rasa
  7. 1 sudu makan serbuk lada sulah

Cara memasak:

1. Perap ayam dgn bhn kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Perap lagi lama lagi sedap.
2. Panaskan minyak & goreng ayam hingga masak

4. Resepi Ayam Goreng ala Korea / Korean Fried Chicken

Resepi Ayam Goreng ala Korea / Korean Fried Chicken

Bahan Perapan:

  1. 10 ketul drummet ayam (bersihkan & tos)
  2. 7 ulas bawang putih
  3. 2 inci halia
  4. 1 sudu besar lada hitam
  5. 1 sudu gula
  6. secubit garam

Cara Perap Ayam:

  1. Tumbuk semua bahan hingga lumat.  
  2. Lumur pada ayam dan perapkan selama 30 minit minimum. Lagi lama lagi bagus.

Bahan Tepung Goreng Ayam:

  1. 1 senduk tepung gandum
  2. 1 senduk tepung jagung

Cara Menggoreng:

  1. Sebatikan kedua-dua tepung kering.
  2. Masukkan ayam yang telah diperap ke dalam adunan tepung sambil golek-golekkan ayam.
  3. Pastikan minyak cukup panas sebelum masukkan ayam. Kawal api sampai ayam masak dengan sempurna. Dah nampak keperangan sedikit bolehlah angkat dan toskan minyak sampai betul-betul kering.

Bahan Untuk Sos:

  1. 3 ulas bawang putih
  2. 2 sudu cili kisar
  3. 2 sudu besar gula
  4. 4 sudu sos cili
  5. 3 sudu sos tomato
  6. 2 sudu madu
  7. 1 sudu jus lemon
  8. garam secukup rasa
  9. bijan (untuk hiasan)
  10. daun bawang (untuk hiasan)

Cara Penyediaan Sos:

  1. Tumiskan bawang putih dan cili kisar hingga garing dengan sedikit minyak. Masukkan sos cili, sos tomato, gula dan madu. Biarkan seketika kemudian masukkan jus lemon. Kacau sebati dan akhir sekali masukkan garam secukup rasa.
  2. Sejukkan sebelum digaulkan dengan ayam goreng tadi.
  3. Taburkan ke atas ayam goreng yang telah disaluti dengan sos. Siap!

5. Resepi Ayam Masak Kicap

Resepi Ayam Masak Kicap

Bahan-bahan diperlukan:

  1. 1 ekor ayam (Dipotong kecil) 
  2. 1 labu bawang besar (Dihiris)
  3. 2 biji cili merah (Dihiris)
  4. 2 ulas bawang putih (Dihiris)
  5. 1 inci halia (Dihiris)
  6. ½ cawan air 
  7. 3 sudu makan kicap pekat 
  8. 3 sudu makan sos tomato 
  9. 2 biji tomato (Dibelah 4) 
  10. 1 pokok daun bawang (Dihiris nipis) 
  11. 3 sudu makan minyak masak

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga wangi. 
  2. Masukkan ayam dan gaul rata. 
  3. Masukkan air, kicap, dan sos tomato. Biarkan sehingga mendidih. 
  4. Apabila mendidih, masukkan tomato dan daun bawang. 
  5. Gaulkan dan angkat. Sedia dihidangkan.

6. Resepi Ayam Masak Merah

Resepi Ayam Masak Merah

Bahan-bahan diperlukan:

  1. 1/2 ekor ayam
  2. sedikit garam kunyit

Bahan kisar:

  1. 4-5 biji cili kering
  2. 1 cm halia
  3. 2 ulas bawang putih
  4. 1 labu bawang besar
  5. 1 biji tomato-potong dadu
  6. 1/2 cawan sos tomato

Cara memasak:

  1. Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
  2. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
  3. Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
  4. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.

>>> Bacaan Lebih Lanjut: Resepi Nasi Ayam Hainan

7. Resepi Ayam Masak Halia

Resepi Ayam Masak Halia

Bahan-bahan diperlukan:

  1. 1 ekor ayam (dipotong kepada 16 bahagian)
  2. 1 sudu besar serbuk kunyit
  3. 1 biji bawang (dihiris)
  4. 2 inci halia (dihiris)
  5. 4 ulas bawang putih (dicincang)
  6. 10 batang cendawan tiram (dihiris)
  7. 2 sudu besar kicap cair
  8. 2 sudu besar sos tiram
  9. 1 sudu kecil lada hitam
  10. 1/4 cawan air tepung jagung
  11. Garam secukup rasa
  12. Daun bawang (dihiris)

Cara memasak:

  1. Dalam mangkuk besar, gaulkan ayam bersama serbuk kunyit sehingga rata. 
    Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan ayam yang telah diperap ke dalam kuali tersebut. Goreng ayam sehingga separuh masak. Ketepikan. 
  2. Dalam kuali sama, masukkan bawang merah, halia, cili merah dan bawang putih. Tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan cendawan tiram dan ayam goreng kunyit. Gaul.
  4. Masukkan kicap cair, sos tiram, lada hitam, air tepung jagung dan garam. Gaul.
    Lauk Ayam Halia siap untuk dinikmati bersama taburan daun bawang!

8. Resepi Ayam Masak Bali

Resepi Ayam Masak Bali

Bahan-bahan diperlukan:

  1. 1/2 ekor ayam saiz sederhana, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan*
  2. 1 camca teh penuh kunyit serbuk*
  3. 3/4 camca teh garam*(*disatukan, gaul rata dan perap sekejap)
  4. 6 batang serai, diketuk
  5. 4 pelepah daun kari
  6. 1 camca besar kicap lemak manis JALEN
  7. 1/3 cawan cili kisar
  8. 1 camca besar rata gula (atau secukup rasa)
  9. Garam secukup rasa
  10. 1/2 cawan air

Bahan kisar:

  1. 4 biji bawang besar
  2. 8 ulas bawang putih
  3. 1 inci halia
  4. 1/2 inci belacan

Cara memasak:

  1. Goreng ayam tadi hingga hingga masak, tapi jangan sampai garing.
  2. Dalam kuali yang sama, cedok keluar minyak dan tinggalkan kurang lebih 1/4 cawan minya.
  3. Tumis serai hingga harum, masukkan daun kari dan masak sekejap.
  4. Tambah bahan2 kisar halus dan cili kisar. Kacau rata, masak hingga garing dan naik minyak.
  5. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Tambah ayam, gaul rata dan tuang air. Masak hingga pekat. Kacau sekali sekala.
  6. Akhir sekali masukkan kicap lemak manis, gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

9. Resepi Ayam Masak Minang

ayam masak minang

Bahan-bahan diperlukan:

  1. 1 ekor Ayam
  2. 1 helai Daun Kunyit
  3. 4 helai Daun Limau Purut
  4. 200 ml Santan (boleh gunakan santan segar)
  5. 2 keping Asam Gelugor atau 1/2 mangkuk Air 📌Asam
  6. Garam secukup rasa
  7. Minyak untuk menumis

Bahan kisar :

  1. 1 inci Lengkuas
  2. 1 inci Halia
  3. 1/2 inci Kunyit
  4. 2 biji Bawang Besar
  5. 4 ulas Bawang Putih
  6. 5 biji Buah Keras
  7. 12 tangkai Cili Kering
  8. 4 biji Cili Api
  9. 4 batang Serai

Cara memasak:

  1. Bersihkan ayam, potong ikut citarasa dan toskan
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan kisar
  3. Masak sehingga bahan tumisan masak dan airnya kering
  4. Masukkan ayam, gaulkan rata-rata dan biarkan ia masak
  5. Tuangkan santan bersama air sedikit supaya ia tak terlalu pekat
  6. Kemudian perasakan dengan garam secukup rasa bersama asam gelugor, rasakan kuahnya
  7. Masak di atas api yang sederhana dan biarkan ia mendidih dan kuahnya pekat
  8. Sedia untuk dihidangkan

10. Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahan diperlukan:

  1. 6 ketul ayam
  2. 7 cili padi
  3. 2 biji bawang merah
  4. 1 inci halia
  5. 2 inci kunyit hidup
  6. 2 sudu besar minyak masak 
  7. 6 ketul paha ayam (drumstick)
  8. 2 biji kentang (dipotong kiub sederhana)
  9. 300ml santan 
  10. 1/2 cawan air
  11. 1 biji cili merah
  12. 2 asam gelugur keping
  13. 1 sudu kecil serbuk kunyit
  14. Garam secukup rasa

Cara memasak:

  1. Kisarkan bawang merah, halia, dan kunyit hidup sehingga menjadi lumat. 
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan kisaran sehingga naik bau. 
  3. Masukkan ketulan ayam, kentang, santan dan air ke dalam periuk.
  4. Masukkan cili merah, asam keping, serbuk kunyit dan garam. Renehkan selama 20 minit ataupun sehingga kentang sudahpun empuk.
  5. Lauk klasik Ayam Masak Lemak Kuning sudahpun siap untuk dinikmati! 
  6. Lauk simple ini memang best kalau dinikmati bersama nasi putih panas, sayur goreng kicap, sambal terung dan sambal belacan. Confirm nak tambah kali kedua!

11. Resepi Ayam Masak Thai

Resepi Ayam Masak Thai

Bahan-bahan diperlukan:

  1. 1 ekor ayam 
  2. 1 biji bawang besar Holland -potong bulat 
  3. 2 batang serai – ketuk
  4. 2-3 helai daun limau purut
  5. Garam secukupnya
  6. 4 sudu sos tiram
  7. 4 sudu sos cili
  8. Sedikit air
  9. Minyak

Bahan kisar:

  1. 3 biji bawang merah
  2. 5 ulas bawang putih
  3. 5 tangkai cili merah
  4. 3 tangkai cili hijau
  5. 2 biji cili api

Cara memasak:

  1. Ayam dilumur garam dan serbuk kunyit. Goreng sekadar masak sahaja. Angkat dan ketepikan. 
  2. Panaskan minyak dan tumis serai yang dititik sehingga naik bau. Kemudian masukkan hirisan bawang dengan daun limau purut. Tumis sampai garing.
  3. Setelah garing masukkan bahan yang dah dikisar, kemudian masukkan sos tiram, sos cili dan air. 
  4. Akhir sekali, masukkan ayam dan serbuk perasa. 

12. Resepi Ayam Black Pepper

Bahan-bahan diperlukan:

  1. Ayam
  2. 2 biji bawang putih – dihiris
  3. 2 biji bawang besar(merah) – dihiris
  4. 2 inci halia – dihiris panjang
  5. 2 tangkai lada kering
  6. 2 sudu lada hitam – ditumbuk agak kasar.
  7. 2 sudu sos lada hitam
  8. 2 sudu sos tiram
  9. Kiub perasa ayam (suku kiub)
  10. Garam secukup rasa (hujung sudu)

Cara memasak:

  1. Potong ayam ikut suka, kalau saya sederhana. Goreng dan asingkan.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang besar, halia, lada kering dan lada hitam hingga kecoklatan dan naik bau.
  3. Tuang sedikit air, masukkan sos lada hitam, sos tiram dan garam secukup rasa. Kacau sebati hingga agak likat.
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaulkan sehingga sebati.
  5. Sedia untuk di hidang!

13. Sup ayam

Sup ayam

Bahan-bahan diperlukan:

  1. 1/2 kg ayam, dipotong 12
  2. 2 biji bawang besar, dimayang
  3. 3 ulas bawang putih, dimayang
  4. 1 inci halia, dihiris
  5. Sedikit minyak masak, untuk menumis
  6. 2 liter air masak
  7. 3 biji kentang, dibelah empat
  8. 2 liter air masak atau secukupnya
  9. Garam dan gula secukup rasa
  10. Daun bawang & daun sup, dihiris untuk hiasan

Bahan Tumis:

  1. 1 biji Bunga lawang
  2. 1 biji buah pelaga
  3. 1/2 kulit kayu manis
  4. 1 biji bunga cengkih

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga bersama bawang besar, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
  2. Masukkan air ke dalam periuk secukupnya. Biarkan sehingga mendidih.
  3. Kemudian, masukkan ayam bersama kentang. Masak sehingga kentang dan ayam masak sepenuhnya dan empuk.
  4. Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Biarkan seketika sehingga masak.
  5. Tutup api dan hidangkan. Taburkan daun sup dan daun bawang ketika dihidangkan.

14. Rendang Ayam

Rendang Ayam

Bahan-bahan diperlukan:

  1. 1/ 2 ekor ayam ( dipotong kecil )
  2. 1 biji kelapa ( blender dgn 2 1/2 cawan air & ambil santannya)
  3. 5 helai daun limau purut ( carik-carikkan )
  4. 2 paket kecil kerisik
  5. 2 helai daun kunyit ( hiris )
  6. 1 keping asam keping
  7. 1 1/2 sdb gula pasir
  8. 1/ 2 sdb garam
  9. 1 sdt perasa
  10. 1 1/2 senduk minyak masak

Bahan kisar:

  1. 15-18 tangkai cili kering
  2. 1 1/ 2 biji bawang besar
  3. 6- 7 ulas bwg putih
  4. Halia sebesar ibu jari
  5. Lengkuas sebesar ibu jari
  6. 3 batang serai

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak
  2. Tumis bahan kisar.
  3. Masukkan asam keping ,gula dan tumis hingga betulbetul naik minyak.
  4. Masukkan kerisik, daun limau purut dan santan.
  5. Tunggu sehingga santan mendidih dan mula kering (sentiasa kacau jangan sampai pecah santan)..
  6. Masukkan ayam dan  letak garam dan perasa..
  7. Tunggu sehingga ayam empuk..
  8. Tabur daun kunyit
  9. Apabila kuah dah pekat…sesuaikan rasa..
  10. Tutup api dan sedia utk dihidang

15. Paprik Ayam

Paprik Ayam

Bahan-bahan diperlukan:

  1. 300 g isi ayam (Dipotong kecil) 
  2. 1 labu bawang besar (Dibelah 6) 
  3. 3 ulas bawang putih (Diketuk)
  4. 5 biji cili api (Diketuk)
  5. 1 batang serai (Diketuk)
  6. ½ batang lobak merah  (Dipotong kecil) 
  7. 2 sudu makan kicap pekat 
  8. 5 sudu makan sos tomato 
  9. 5 sudu makan sos cili 
  10. ½ cawan air 
  11. 3 sudu makan sos tiram 
  12. 1 biji capsicum hijau 
  13. 100 g kubis bunga 
  14. 5 helai daun limau purut  
  15. 3 biji limau kesturi  (Diambil jusnya)  
  16. 2 sudu makan minyak masak

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bahan yang diketuk sehingga wangi. 
  2. Masukkan isi ayam dan kacau rata. 
  3. Masukkan lobak merah, kicap pekat, sos tomato, sos cili, air, dan sos tiram. Biarkan mendidih. 
  4. Masukkan capsicum dan kubis bunga kemudian kacau rata.
  5. Apabila mendidih, masukkan daun limau purut dan kacau. 
  6. Masukkan jus limau dan tutup api. 
  7. Hidangkan bersama nasi putih, mi, ataupun bihun yang sudah dicelur.

16. Resepi Ayam pongteh Nyonya

 Resepi Ayam pongteh Nyonya

Bahan kisar:

  1. 3 ulas bawang putih
  2. 3 biji bawang merah
  3. 1 inci halia

Bahan-bahan diperlukan:

  1. 3 paha ayam
  2. 2 biji kentang (dipotong dadu)
  3. 2 sudu besar pes taucu
  4. 1 sudu besar gula melaka
  5. 1 sudu besar kicap manis
  6. 500ml stok ayam
  7. 1 biji cili merah (dipotong separuh)
  8. Daun bawang (dihiris)

Cara memasak:

  1. Kisar bawang putih, bawang merah dan halia.
  2. Tumis bahan kisar dan masukkan pes taucu dan kicap manis.
  3. Masukkan ayam dan gaul. Kemudian masukkan stok ayam.
  4. Masukkan gula melaka dan kentang.
  5. Masukkan cili merah dan biar masak selama 10 minit atau hingga ayam sudah masak dan kentang sudah empuk.
  6. Tabur daun bawang sebagai topping.
  7. Ayam Pongteh sudah siap!

17. Asam Pedas Ayam

Asam Pedas Ayam

Bahan-bahan diperlukan:

  1. Ayam setengah ekor
  2. Lada kering 8biji (Rebus jangan lama sangat)
  3. Bawang merah besar 1biji
  4. 2 cubit belacan
  5. 3 ulas bawang putih
  6. Halia seinci
  7. Kunyit seinci
  8. Pes asam jawa 1sudu
  9. Tumix atau cukup rasa 1sudu
  10. Asam keping (sekeping)
  11. Tomato, kesum, bunga kantan

Cara memasak:

  1. Kisar lada kering, bawang merah, bawang putih , halia, belacan, kunyit smpai betul2 halus
  2. Masuk minyak dalam periuk dalam 2 senduk kecik.
  3. Tumis bahan kisar sampai naik minyak. Untuk asam pedas yang sedap, elok jika dtumis lama. Kalau kering tambah air dan biar lagi
  4. Masuk ayam. Tambah air & asam jawa
  5. Bila ayam dah lembut masukkan garam, gula sikit, tumix & asam keping
  6. Masuk kantan,tomato dan kesum. Jangan terlalu lama nanti tomato terlalu lembik
  7. Siap untuk dihidangkan

18. Kurma Ayam

Kurma Ayam

Bahan-bahan diperlukan:

  1. 1 ekor ayam
  2. 5 ulas bawang merah – hiris
  3. 4 ulas bawang putih – hiris
  4. 1 biji bawang besar – belah 4 tapi jangan putus
  5. 2 biji ubi kentang 
  6. 1 biji buah tomato – belah 2
  7. Rempah penumis – bunga lawang, kayu manis, buah pelaga
  8. 3 sudu besar rempah kurma
  9. 1 kotak santan kotak – campur air secukupnya
  10. Garam
  11. Gula
  12. Serbuk perasa
  13. Asam keping
  14. 1 sudu kecil kerisik

Bahan kisar:

  1. 4 ulas bawang merah
  2. 1 inci halia

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumis rempah penumis dan bawang merah serta bawang putih yang dihiris sehingga kekuningan. 
  2. Masukkan bawang merah dan halia yang dikisar. Kacau rata sehingga wangi. Masukkan rempah kurma. Kacau rata. Tumis sehingga rempah kurma terbit minyak. 
  3. Masukkan ayam, bawang besar dan ubi kentang. Kacau rata dan biarkan sehingga ayam kecut dan naik minyak.
  4. Masukkan santan dan air secukupnya. Kacau rata dan biarkan masak sehingga kuah pecah minyak. Masukkan garam, gula, kerisik dan asam keping. 
  5. Akhir sekali, masukkan buah tomato. Setelah kuah naik minyak cantik, bolehlah ditutup api.

19. Resepi Ayam Buttermilk

Resepi Ayam Buttermilk

Bahan-bahan diperlukan:

  1. 2 ketul besar ayam, bahagian dada
  2. 1/2 tin susu cair
  3. 3 ulas bawang putih, hiris halus
  4. 1/2 biji bawang besar holland atau bawang besar biasa, potong dadu
  5. 4 sudu besar mentega
  6. 2 tangkai daun kari
  7. 4 biji cili padi

Bahan-bahan untuk tepung salutan ayam:

  1. 2-3 sudu besar tepung gandum
  2. 1 sudu besar serbuk kari
  3. 1 biji telur
  4. Sedikit garam
  5. Air secukupnya

Cara memasak:

  1. Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan airnya.
  2. Masukkan telur dan garam ke atas ayam dan gaulkan sebati.
  3. Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih.
  4. Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.

Cara memasak kuah buttermilk:

  1. Dalam kuali, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau.
  2. Masukkan susu cair dan bawang besar. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.
  3. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

20. Tomyam Ayam

Tomyam Ayam

Bahan Pes Tom Yam:

  1. 7 ulas bawang merah
  2. 1/2 biji bawang besar
  3. 3 biji cili merah
  4. 10 biji cili kering
  5. 1 inci lengkuas
  6. 3 batang serai
  7. 1 sudu besar udang kering
  8. 4 helai daun limau purut
  9. 1 inci belacan – bakar
  10. Air asam jawa
  11. Gula dan garam

Cara-cara:

Semua bahan di atas di kisar. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Masaklah sehingga menjadi pes tom yam. Boleh dibuat banyak banyak dan simpan.

Bahan-bahan diperlukan untuk Tom Yam:

  1. Ayam – potong kecil
  2. Makanan laut (udang, sotong, lala)
  3. 1 labu bawang besar-di potong 6
  4. 5 ulas bawang putih-di ketuk
  5. 1 inci lengkuas – di ketuk
  6. 2 batang serai – di ketuk
  7. 6 helai daun limau purut
  8. 2 biji buah tomato – belah 6
  9. 2 ketul kiub tomyam
  10. 1 sudu besar sos ikan
  11. 2 biji limau nipis
  12. 3 sb susu cair (tak bubuh)
  13. 6 biji cili padi-di ketuk
  14. Garam
  15. Daun ketumbar
  16. Bunga kubis
  17. Karot
  18. Cendawan
  19. Putik jagung

Cara memasak:

  1. Rebus ayam beberapa minit. Masukkan bawang besar, bawang putih dan daun limau purut, serai, cili padi dan lengkuas.
  2. Lepas tu masukkan sotong dan udang atau apa apa makanan laut yang disukai. Biarkan sebentar.
  3. Tutup api masukkan susu cair dan daun ketumbar. Bolehlah dihidangkan semasa masih panas panas.

21. Kari ayam

Kari ayam

Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A:

  1. 1 ekor ayam (Dipotong kecil) 
  2. 3 sudu makan serbuk kari 
  3. 1 sudu teh serbuk jintan manis 
  4. 1 sudu makan serbuk cili (Dibancuh dengan ½ cawan jus asam jawa) 
  5. 4 biji ubi kentang (Dibelah 4) 
  6. 2 cawan santan 
  7. 2 sudu makan kerisik 
  8. 3 biji tomato (Dibelah 4) 
  9. ½ cawan minyak masak 
  10. Garam secukup rasa

Bahan B (Ditumis) :

  1. 6 biji bawang merah 
  2. 4 ulas bawang putih (Dihiris)
  3. 2 inci halia (Dihiris)
  4. 3 tangkai daun kari 
  5. 2 inci kulit kayu manis 
  6. 5 kuntum bunga cengkih 
  7. 2 kuntum bunga lawang 
  8. 3 biji buah pelaga

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan B sehingga wangi. 
  2. Masukkan serbuk kari, jintan manis dan serbuk cili yang dibancuh dengan jus asam jawa. Kacau rata dan biarkan sehingga pecah minyak. 
  3. Masukkan ayam, kentang, santan, kerisik, dan garam. Biarkan mendidih hingga ayam dan kentang empuk ataupun lembut. 
  4. Perlahankan api dan masukkan tomato. Biarkan sehingga pecah minyak. 
  5. Hidangkan bersama nasi, roti, pulut, ataupun ketupat.

22. Gulai Ayam

Gulai Ayam

Bahan-bahan diperlukan:

  1. 1 ekor ayam
  2. 1 biji kelapa parut- santan
  3. 2 sudu besar membukit serbuk kari kampung
  4. 1-2 biji ubi kentang – opsyenal
  5. 1 sudu besar cili kering kisar
  6. 1 sudu besar kerisik
  7. 1 keping asam keping
  8. Kayu manis, bunga lawang
  9. Gula Melaka
  10. Gula
  11. Garam
  12. 4 ulas bawang merah (dihiris)
  13. 3 ulas bawang putih (dihiris)
  14. 1 inci halia (dihiris)

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumis kayu manis dan bunga lawang. Masukkan pula bahan bahan hiris dan tumis sehingga wangi. 
  2. Masukkan cili kering kisar dan kacau rata sehingga cili masak. 
  3. Masukkan serbuk kari dan kacau rata dengan cepat. Kemudian masukkan sedikit air. Tumis sehingga bahan tumis masak dan terbit minyak.
  4. Masukkan ayam dan kacau rata sehingga ayam agak agak kecut dan air ayam kering. 
  5. Masukkan santan dan kacau rata. Masukkan asam keping. Masak sehingga mendidih dan hampir terbit minyak.
  6. Masukkan pula gula Melaka, gula dan garam serta kerisik. Kacau rata. Perlahankan api dan renihkan sehingga kuah cantik dan tiada lagi buih buih kecil. Bolehlah ditutup api. 

23. Singgang Ayam  

Singgang Ayam

Bahan-bahan diperlukan:

  1. 4 ketul paha ayam
  2. 4 cawan air
  3. 1 biji bawang merah (dihiris)
  4. 1 ulas bawang putih (dihiris)
  5. 1 inci kunyit (dihiris)
  6. 1 inci halia (dihiris)
  7. 1 inci lengkuas (dihris)
  8. 1 batang serai
  9. 3 keping asam gelugur
  10. 2 biji cili merah (dipotong)
  11. 5 batang sayur bendi
  12. 5 biji cili padi

Cara memasak:

  1. Masukkan air, kemudian masukkan bawang merah, bawang putih, kunyit, halia, lengkuas, serai, asam gelugur, garam dan lada hitam. Didihkan.
  2. Masukkan ayam, bendi, cili merah dan cili padi.
  3. Didihkan hingga ayam masak. 
  4. Ayam Singgang sudah siap untuk dihidang!

24. Resepi Ayam Asap teh

Resepi Ayam Asap teh

Bahan-bahan perap:

  1. ½ ekor ayam
  2. ½ sudu kecil lada hitam
  3. 1 sudu minyak bijan
  4. 2 sudu sos tiram
  5. 2 sudu kicap pekat
  6. 2 sudu madu
  7. 2 ulas bawang putih
  8. 2 inci halia
  9. Garam secukup rasa

Bahan perasap:

  1. 3 uncang teh
  2. 3 sudu beras
  3. 3 sudu gula perang

Cara memasak:

  1. Halia dan bawang putih cincang atau potong halus. Campurkan dengan kicap pekat, sos tiram, madu, lada hitam dan minyak bijan.
  2. Bersihkan ayam. Saya suka guna bahagian ini, tapi kena masak lama sedikit kerana paha tu lambat masak. Jika nak cepat masak, gunakan bahagian dada.
  3. Ambil separuh campuran sos tadi, dan gaul dengan ayam. Kemudian perap. Lagi lama lagi sedap.
  4. Panaskan air untuk kukus ayam guna api besar.
  5. Letak ayam, atas pengukus. Letak halia dan bawang putih atas ayam tu. Biar rasa dia padu.
  6. Tutup! Kukus ayam bahagian paha 30-40 minit. Jika bahagian dada, 20-30 minit sudah cukup. Jika was-was, masaklah lama-lama, atau rebus.
  7. Selepas 40 minit angkat ayam dari pengukus. Air kukusan boleh dijadikan chiken broth! Jangan buang! Letak dalam mangkuk.
  8. Sapu rata pada ayam yang dah dikukus campuran sos tadi.
  9. Sekarang kita nak perasap ayam. Ambil aluminum foil, dan buat mangkuk.
  10. Letak beras, teh, dah gula perang dalam aluminium foil dan campurkan. Bahan-bahan ni yang akan beri aroma yang menyelerakan nanti pada ayam.
  11. Letak dalam kuali dan hidupkan api besar, sampai dia berasap. Dah berasap, letak letak ayam dan jaring pengukus kita tadi, atas ni.
  12. Tutup! Biarkan 5 minit, kemudian sederhanakan api dan sambung perasap lagi 10-15 minit. Lagi lama lagi sedap aromanya.

25. Ayam Bakar/ Ayam Golek Madu

Ayam Bakar/ Ayam Golek Madu

Bahan-bahan diperlukan:

  1. 1 ekor ayam 
  2. 4 biji buah keras 
  3. 6 biji bawang merah 
  4. 4 ulas bawang putih 
  5. 1 inci kunyit hidup 
  6. 1 inci halia 
  7. ½ inci lengkuas 
  8. 15 tangkai cili kering 
  9. 5 biji cili api  (Semua buah keras, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, halia, lengkuas, cili kering & cili api dikisar bersama)
  10. 3 batang serai (Diketuk) 
  11. 5 helai daun limau purut (Dikoyak) 
  12. 3 cawan santan

Cara memasak:

  1. Bersihkan ayam dan tuskan. 
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar dan 
    serai sehingga wangi. 
  3. Masukkan ayam, daun limau purut, garam, dan santan. Masakkan 
    sehingga kuah pekat. 
  4. Keluarkan ayam dari kuah kemudian letakkan ayam di dalam loyang dan panggang di dalam ketuhar pada suhu 200ºC selama 
    30 minit. 
  5. Angkat ayam dari ketuhar. Tuang kuahnya di atas ayam tadi ketika 
    mahu menghidang.

26. Ayam Panggang Ala Kenny Rogers

Ayam Panggang Ala Kenny Rogers

Bahan-bahan diperlukan :

  1. 1 ekor ayam (cuci bersih)
  2. 2 labu bawang besar
  3. 7 ulas bawang putih
  4. 2 inci halia
  5. 2 sb pati oren Sunquick (yang dalam botol)
  6. 1 senduk sos blackpaper aka sos lada hitam
  7. 3 sb majerin (cairkan atas api)
  8. 1 biji ubi kentang (rebus empuk)
  9. 1 ketul kiub pati ayam
  10. 1 sk garam
  11. 2 sb gula pasir
  12. Kentang, brokoli, tomato, cerry (optional)

Cara memasak :

  1. Blend semua bahan-bahan dengan sedikit air kecuali ayam.
  2. Sudah blend semua, perapkan dengan ayam selama 2 jam sebelom bakar. (Lagi lama perap lagi sedap).
  3. Kemudian bakar suhu 200° selama 45 minit atau sampai masak. (Api atas bawah, ikut pada oven masing-masing. Yang suka crunchy diluar lembut juicy didalam, boleh letak suhu tinggi).

27. Ayam Penyet

resepi ayam penyet

Bahan-bahan diperlukan:

  1. Ayam
  2. Lengkuas
  3. Halia
  4. Daun salam (bay leaf)
  5. Kunyit
  6. Bawang Putih
  7. Garam
  8. Air

Bahan Sambal :

  1. Cili api
  2. Cili besar
  3. Bawang putih
  4. Tomato 3 biji
  5. Cili kering yang sudah direbus

Cara Memasak :

  1. Panaskan air.
  2. Masukkan lengkuas titik, halia titik, daun salam (bay leaf), kunyit, garam dan bawang putih (tumbuk).
  3. Perasakan dengan garam dan limau nipis sebab nak bagi ayam ada rasa.
  4. Kemudian masukkan ayam.
  5. Tunggu sampai separuh masak. (Nak sampai masak betul pun boleh, sebab nanti ayam kena goreng juga).
  6. Jika sudah separuh masak, goreng ayam.
  7. Smash ayam sampai penyet.
  8. Tauhu, tempe rebus dulu dalam air rebusan ayam kemudian goreng.
  9. Cara Memasak Sambal Penyet :
  10. Goreng satu-satu bahan sambal tadi. Cili, tomato dan bawang putih. Cili kering yang sudah direbus tak perlu goreng boleh terus tumbuk saja.
  11. Jika sudah siap goreng, semua bahan-bahan tadi ditumbuk hancur dan perasakan dengan garam, gula, asam limau. Nak letak belacan sikit pun boleh.

28. Chicken Mango

Chicken Mango

Bahan-bahan diperlukan :

  1. Isi ayam bahagian peha/dada
  2. Tepung goreng bestari
  3. Minyak untuk menggoreng

Cara Memasak :

  1. Panaskan minyak.
  2. Celup isi ayam dalam tepung bestari yang dibancuh dengan air.
  3. Kemudian golekkan atas tepung bestari sekali lagi dan goreng hingga kekuningan (deep fry).
  4. Parut mangga muda, carrot dan sedikit bawang besar.
  5. Bahan Sos :
  6. Plum sos
  7. Sos tomato
  8. Sos thai
  9. Gula
  10. Cili api potong
  11. Air sikit

Cara Membuat Sos:

  1. Campurkan semua bahan dan didihkan atas api kecuali cili api (bubuh akhir sekali).
  2. Tuang sos di atas ayam yang siap potong dan gaul dengan mangga parut tadi. Siap!

29. Ayam Percik

Ayam Percik

Bahan-bahan diperlukan:

  1. Seekor ayam dipotong empat
  2. Bahan-bahan Untuk Perapan:
  3. 5 ulas bawang merah
  4. 3 ulas bawang putih
  5. 1 inci halia
  6. Garam

Bahan Untuk Kuah:

  1. 1.5 inci halia
  2. 5 tangkai cili kering
  3. 1 batang serai
  4. 2 pek santan pekat
  5. 8 ulas bawang merah
  6. Cebisan asam keping
  7. Garam dan gula

Cara memasak:

  1. Rebus atau kukus ayam terlebih dahulu untuk cepat masak. Tetapi jangan terlalu lama.
  2. Campurkan bahan-bahan perapan dan kisar kesemuanya.
  3. Perap kisaran bersama ayam untuk jangka masa 45 minit.
  4. Bakar ayam yang telah diperap.

Penyediaan kuah :

  1. Kisar kesemua bahan untuk kuah dan tumis dengan api perlahan.
  2. Kacau sepanjang masa sehingga kuah menjadi pekat.
  3. Perasakan dengan sedikit garam dan gula.
  4. Lumurkan sedikit kuah ke atas ayam yang sedang dibakar.
  5. Ulang lumuran berulang kali agar ayam mampu menyerap kuah yang lebih banyak.
  6. Dan ayam anda yang siap dibakar sedia dihidangkan

30. Begedil Ayam

Resepi Begedil Ayam

Bahan-bahan diperlukan:

  1. 1/2 kg ubi kentang
  2. 200 gm daging ayam kisar
  3. 2 sudu teh lada sulah-tumbuk lumat
  4. 1 sudu besar bawang goreng
  5. 2 tangkai daun sup dihiris halus
  6. 1/2 labu bawang besar-di potong dadu
  7. 2 biji telur ayam
  8. Garam secukup rasa

Cara memasak:

  1. Kupas kentang dan potong sederhana nipis. Cuci dan toskan. Goreng sehingga masak, angkat dan toskan. Lenyek/tumbuk sehingga lumat semasa masih panas. Ketepikan dulu.
  2. Sementara itu tumiskan bawang besar dan masukkan daging ayam kisar dan masak sehingga separuh masak.
  3. Satukan kesemua bahan bahan kecuali telur di dalam satu bekas. Ambil sedikit adunan dan kepal kepalkan. Bentukkan bulat dan leperkan sedikit. Buat hingga habis.
  4. Dalam bekas lain, pecahkan telur dan kocak kocakkan. Celupkan setiap ketulan begedil tadi dengan telur terlebih dahulu sebelum digoreng dengan minyak yang telah betul betul panas sehingga berwarna keemasan.
  5. Guna api sederhana je. Teknik supaya bergedil tidak pecah ialah jangan dibalikkan bergedil sehingga ia betul-betul garing. Insyallah begedil tidak pecah, gorengnya pun lawa. Bila dah masak, angkat dan toskan. Sedia untuk di makan bersama soto atau di makan begitu saja.
  6. Jika ada lebih, boleh digoreng separuh masak dan dimasukkan ke dalam bekas bertutup sebelum disimpan di dalam freezer. Bila nak makan, dikeluarkan dan goreng seperti biasa.

Bosan dengan resepi ayam? Anda boleh mencuba resepi sotong bakar ini!