cara tanam pokok durian

Durian ialah sejenis tanaman buah-buahan yang sentiasa menerima permintaan yang tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia. 

Mana tidaknya, durian boleh dinikmati sama ada dimakan begitu saja mahupun dijadikan tempoyak atau manisan. 

Anda pernah terfikir untuk menanam durian tetapi tidak tahu cara penanamannya yang betul? 

Jangan risau! 

Dalam artikel ini, kami akan berikan beberapa info dan tips penting yang anda perlu tahu sebelum menanam durian. 

Jadi, tunggu apa lagi? Ayuh, baca artikel ini sehingga tamat!

Info Asas Mengenai Durian

cara tanam pokok durian

Durian atau nama saintifiknya ialah  Durio Zibethinus Murr boleh didapati di beberapa kawasan di Malaysia.

Dan, anda juga boleh mendapatkannya di beberapa kawasan komersial seperti negeri Perak, Kedah, Kelantan, dan Pahang. 

Seperti dinyatakan pada bahagian sebelum ini, durian boleh dinikmati sebagai sajian seperti tempoyak, lempuk, dan jem. 

Buat anda yang meminati manisan berperisa durian, anda boleh dapatkan serbuk durian yang sudah siap diproses sebagai ramuan utama.

Tahukah anda, bahawa durian juga pernah dieksport ke negara luar seperti China dalam bentuk sejuk beku?

Ini bukanlah suatu perkara yang mengejutkan kerana raja buah ini amat terkenal dengan rasanya yang manis dan berlemak.

Selain itu, anda boleh dapati durian dalam bentuk bulat atau lonjong. 

Warnanya yang hijau atau keperangan dan bau lemak manis bukan hanya direbut oleh manusia, malah haiwan seperti monyet dan tupai. 

Sebagai penggemar durian, anda perlu tahu bahawa terdapat 7 klon yang berdaftar di Malaysia.

Antaranya ialah D 24, D 99, D 123, D 145, D 158, dan D 159. Setiap klon boleh dikenalpasti melalui bentuk, warna, dan berat. 

Faktor Penting Untuk Tanaman Durian

Jika anda ingin tanam pokok durian sama ada di rumah atau kebun, anda perlu pastikan keperluan di bawah ini mencukupi: 

  1.  Faktor cuaca
HOT  Tips Untuk Menjadi Usahawan Cemerlang

Faktor utama dalam aktiviti penanaman durian ialah dengan memastikan kawasannya mempunyai hujan antara 1800mm hingga 4000mm setahun. 

Ini bertujuan untuk memastikan suhu persekitaran kawasan penanamannya di antara 27 hingga 35ºC.

Selain itu, durian juga memerlukan musim kering dalam 2 hingga 8 minggu bagi memastikan proses pembungaan berjalan dengan baik. 

Proses pembungaan ini adalah terpulang pada jenis klon durian yang tersenarai pada bahagian sebelum ini.

  1.  Tanah

Tanaman buah durian boleh hidup dan membesar dengan baik di kawasan tanah yang lom berpasir. 

Hal ini kerana durian memerlukan tanah yang dalam, subur dan mudah untuk digembur bagi memastikan daya pengudaraan dan struktur yang baik untuk pertumbuhan akar.

Walaupun tanah lom berpasir amat efektif untuk penanaman durian, anda perlu tahu bahawa tanah jenis ini mudah kering, lebih-lebih lagi pada musim kemarau. 

Jadi, untuk atasi masalah ini, anda perlu memastikan kawasan penanaman durian anda mempunyai sistem pengairan yang baik untuk memastikan hasil durian yang berterusan.

  1.  Cara tanaman

Kebiasaannya, cara penanaman durian di Malaysia adalah dengan menyediakan anak pokok di dalam polibag berukuran 30 x 45 centimeter. 

Kemudian, anda perlu membesarkan anak pokok tersebut yang sudah dicantum mengikut piawaian yang sudah ditetapkan di Malaysia. 

Pokok cantuman itu perlulah mencapai ketinggian antara 1 hingga 1.5meter di tapak semaian terlebih dahulu sebelum memindahkannya ke ladang. 

  1.  Jarak penanaman 

cara tanam pokok durian

Bagi jarak penanaman pula, anda boleh lakukannya melalui 4 kaedah iaitu:

  • Sistem segi-empat tepat seperti 10 x 10m atau 12 x 12m. 
  • Sistem segi-empat sama.
  • Sistem segitiga sama. 
  • Sistem sesiku keluang. 

Sistem ini mempunyai tujuan yang berlainan seperti pertumbuhan bilangan pokok yang lebih banyak, memberi ruang pada tumbuhan (jika bercampur), menggalakkan pertumbuhan pokok yang tinggi, dan sebagainya. 

HOT  Resepi Rendang Ayam Lazat Untuk Hari Raya

5. Sistem pemangkasan 

Sistem pemangkasan yang betul adalah amat penting bagi menggalakkan proses pendebungaan pokok durian dan hasil buah yang lumayan. 

Jadi, apa sistem pemangkasan yang betul bagi penanaman pokok durian? 

Mari kami kongsikan di bawah ini: 

  • Cantasan untuk menggalakkan pembentukan batang utama. 
  • Menggalakan pembentukan cabang seawalnya bagi menggalakkan penghasilan buah pada peringkat awal. 
  • Cantasan pengurusan agar pokok durian sentiasa subur. 
  • Cantasan untuk mengurangkan ketinggian pokok durian (mengikut keadaan).

Tips Hasil Durian Lebat Berbuah

Pada bahagian ini, kami akan sertakan beberapa tips agar anda dapat menikmati hasil durian yang lumayan. 

  • Pastikan anda menyiram pokok durian sekurang-kurangnya 3 kali dalam seminggu. 
  • Anda perlu membersihkan rumput di kawasan penanaman durian sekurang-kurangnya sebulan sekali. 
  • Pastikan anda menggembur tanah di kawasan penanaman durian setiap bulan (sekurang-kurangnya sekali). 
  • Apabila pokok sudah mulai tumbuhan, anda perlu mencantas mana-mana bahagian yang layu. 
  • Anda perlu memaksimumkan 2 hingga 3 buah durian sahaja pada satu rumpun. Ini bertujuan agar kualiti buah durian dapat ditingkatkan.

Selain daripada tips di atas ini, anda boleh menggunakan baja PowerGRO untuk memastikan kualiti tanaman durian anda terjaga. 

cara tanam pokok durian

Bagi pokok durian yang sudah dewasa, anda hanya perlu mencampurkan 5 hingga 10ml baja PowerGRO bersama 1 liter air. 

Kemudian, semburkan baja ini pada pokok durian sekurang-kurangnya 2 minggu sekali.

Manakala, bagi anak pokok durian pula (bawah 2 tahun atau yang masih dalam polibag), anda hanya perlu mencampurkan 3ml baja bersama 1 liter air. 

Selepas itu, anda perlu semburkannya pada keseluruhan pokok dan tanah. 

Berikut merupakan ciri-ciri baja PowerGRO yang anda perlu tahu: 

  • Tiada campuran bahan atau cecair kimia. 
  • Membantu untuk membaiki struktur tanah.
  • Tidak mengandungi sisa haiwan. 
  • 100% organik. 
HOT  Jom Melancong ke Destinasi Terbaik di Malaysia

Dengan adanya baja organik begini, ia bukan sahaja untuk perkembangan dan kesihatan tanaman, malah ia juga amat baik untuk: 

  • Membaiki komposisi tanah 
  • Menggalakkan pertumbuhan tunas dan akar yang lebih sihat 
  • Mengelakkan tanaman anda dari terkena serangan penyakit 
  • Menggalakkan hasil buah durian yang lebat dan lumayan. 
  • Proses pendebungaan yang lebih baik. 

Dapatkan Baja PowerGRO Sekarang!