Advertisement

Apabila sebut tentang pelaburan, ramai yang menganggap ini merupakan aktiviti orang-orang berada sahaja. Sebenarnya sekarang ini terdapat pelbagai jenis pelaburan yang boleh anda ceburi. Malah terdapat pelaburan yang hanya memerlukan modal serendah RM100 sahaja!

Umumnya jenis pelaburan terbahagi kepada dua iaitu real investment dan paper investment. Real investment merupakan pelaburan yang melibatkan harta fizikal seperti hartanah, emas dan perak. Manakala paper investment pula merujuk kepada pelaburan yang melibatkan kertas atau online seperti saham, forex atau unit trust.

Berikut merupakan penerangan mengenai beberapa jenis pelaburan yang terdapat di Malaysia:

Pelaburan Hartanah

Pelaburan hartanah merupakan salah satu jenis pelaburan menguntungkan yang mendapat sambutan hangat di Malaysia.

Terdapat tiga kategori utama pelaburan hartanah ini iaitu subsale, lelong dan dalam pembinaan (undercon). Hal ini kerana ramai yang beranggapan beli rumah ni tak rugi sebab harganya akan sentiasa meningkat.

Tidak dinafikan harga rumah memang sentiasa meningkat namun bergantung kepada jenis hartanah dan lokasi.

Tetapi bagi mengiyakan kenyataan bahawa beli rumah tidak akan rugi itu sama sekali tidak tepat. Ini kerana setiap pasaran ada turun naiknya. Apabila supply melebihi demand pastinya harga rumah akan terjejas juga.

Jika anda betul-betul berminat mengenai pelaburan hartanah ini, dinasihatkan supaya anda mempunyai sedikit sebanyak ilmu hartanah bagi mengelakkan anda menghadapi kerugian dan penipuan dalam hartanah.

Pelaburan Emas Atau Perak

Selalunya pelaburan emas atau perak ni melibatkan pelabur membeli dalam bentuk jongkong emas, coin, barang kemas dan juga buku akaun.

Kebanyakan pelabur memilih untuk melabur dalam jongkong emas atau dinar dan dirham.

Manakala barang kemas sesuai dijadikan aksesori kegunaan peribadi memandangkan harganya tinggi kerana terdapat kos upah pembuatan.

HOT  Jenis Sayur Mudah Ditanam

Boleh dikatakan ramai pelabur memilih jenis pelaburan emas atau perak terutamanya wanita.

Namun terdapat juga isu hukum tidak patuh syariah mengenai pelaburan emas atau perak melalui buku akaun kerana ianya tidak menjual emas fizikal.

Apa-apa pun perlu rujuk terlebih dahulu pada yang pakar mengenai isu ini.

Pelaburan Unit Trust

Unit Trust adalah satu jenis pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur yang ada objektif pelaburan yang sama untuk mengumpulkan simpanan mereka atau dilaburkan ke dalam saham atau aset yang lain. Ia diuruskan oleh pengurus dana professional.

Namun ia bergantung kepada jenis dana. Pengurus dana mungkin akan melabur dalam aset seperti bonds, stocks, cash, property, derivatives dan money market instruments.

Ini merupakan aset-aset yang produktif yang menjana keuntungan kepada pemiliknya. Sebagai pelabur unit trust, secara tidak langsung anda memiliki asset-aset ini.

Dalam pelaburan unit trust ni, anda tidak perlu risau untuk menguruskannya kerana dana ini dijaga oleh pengurus yang profesional. Cuma bayaran yuran servis yang berpatutan akan dikenakan.

Pelaburan Saham

Pelaburan saham merupakan antara jenis pelaburan yang popular di Malaysia. Namun pemegang saham dari kalangan kaum Bumiputera masih lagi rendah. Bagi memulakan pelaburan saham ini, anda perlu ada akaun CDS.

Apa itu saham?

Saham adalah pegangan hak milik terhadap sesuatu syarikat dalam bentuk ekuiti.

Untuk mudah difahami, sekiranya anda membeli saham sesuatu syarikat, secara langsung anda telah menjadi salah seorang pemilik syarikat tersebut. Menarik bukan?

Pelaburan saham ni selamat kerana segala urusan jual beli saham diuruskan oleh Bursa Malaysia melalui pelbagai syarikat broker yang berdaftar.

Ia juga merupakan pelaburan yang dibenarkan oleh Bank Negara. Selain itu, Suruhanjaya Sekuriti (SC) akan mengawal selia bagi mengelakkan penipuan terhadap pelabur.

HOT  5 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Renew Roadtax & Insurans Kenderaan

Pelaburan Mata Wang Asing Forex

forex

Pelaburan pertukaran mata wang asing atau forex ini merupakan jenis pelaburan yang berisiko tinggi.

Namun sekiranya anda mempunyai ilmu analisa graf forex, anda mampu menjana keuntungan yang cepat dan lumayan.

Di antara kelebihan pelaburan forex ni adalah pulangan keuntungan yang tinggi dan cepat.

Namun keburukan pelaburan forex ni adalah anda berkemungkinan menghadapi kerugian yang besar, urusniaga dalam dolar amerika, pemindahan wang dolar kepada ringgit Malaysia mengambil masa beberapa hari dan hanya bank tertentu boleh membuat pemindahan wang.

Kesimpulannya, apa-apa jenis pelaburan pasti ada risiko. Anda dinasihatkan untuk mempunyai sedikit sebanyak ilmu mengenai pelaburan yang ingin anda ceburi bagi mengelakkan dari mengalami kerugian dan penipuan.

Sekiranya anda mencari broker yang terbaik dan dipercayai bagi memulakan mana-mana pelaburan seperti di atas, anda disarankan untuk menggunakan perkhidmatan Weltrade Secure Broker.

Kelebihan menggunakan perkhidmatan Weltrade:

  • Broker STP yang cemerlang berurusniaga
  • Spread yang rendah dan tiada sebut harga semula
  • 77 instrumen perdagangan
  • Leverage sehingga 1:1000
  • Pelaksanaan perdagangan segera dari 0.5 saat
  • Platform perdagangan terbaik di dunia

Weltrade adalah sekumpulan 65 profesional dengan pengalaman antarabangsa yang meluas dalam bidang kewangan dan teknologi internet. Menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi 24 jam kepada pedagang dan pendekatan secara individu untuk setiap pelanggan.

Kenapa anda perlu menggunakan perkhidmatan Weltrade?

  • 12 tahun dalam Pasaran Forex
  • Broker berlesen yang dikawal selia
  • 100 000 pedagang dari 18 buah negara
  • Anugerah kewangan berprestij
  • Sokongan penuh pelanggan 24/7
  • Pembayaran dalam masa 30 minit

Anda boleh membuka akaun sendiri secara percuma di sini.

Diharapkan maklumat berkaitan jenis pelaburan di Malaysia yang dikongsikan ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat buat anda. Semoga anda berjaya dalam mana-mana pelaburan yang diceburi!