Advertisement

Tahukah anda, kebanyakan punca kebakaran berlaku disebabkan kecuaian manusia. Ini sebabnya.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), sebanyak 15,356 kes kebakaran telah dilaporkan pada tahun 2017.

Malang tidak berbau. Begitulah kebakaran; ia berlaku tanpa diduga. Dalam sekelip mata, semua boleh musnah dijilat api. 

Tanpa kita sedari, kebakaran di Malaysia ini sangat membimbangkan. Setiap tahun, pasti ada nyawa yang terkorban dan harta benda hancur musnah dalam kebakaran. Apakah sebenarnya langkah yang perlu diambil untuk mengatasi keadaan ini?

Fire Prevention Centre (FPC) telah mengorak langkah dengan mengadakan taklimat dan kempen kesedaran kebakaran.

Ia bertujuan untuk mendidik orang awam mengenai kepentingan mencegah kebakaran dan bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Untuk pengetahuan anda, hanya 45% kemungkinan di mana pihak bomba berjaya sampai di tempat kebakaran dalam masa kurang dari 10 minit.

Oleh itu, respon dan bantuan pertama harus datang daripada orang awam atau ahli keluarga sendiri.

Jenis kebakaran 

Di Malaysia, terdapat beberapa jenis kebakaran yang sering berlaku. Acapkali punca kebakaran bermula daripada percikan api yang kecil, lalu merebak ke seluruh premis.

  • Kebakaran elektrik 

Kebakaran sering berpunca dari alatan elektrik samada di rumah atau pejabat. Ia boleh berlaku apabila litar pintas terjadi lalu menyebabkan percikan api. 

Selain itu, penggunaan kuasa elektrik yang berlebihan pada satu soket yang sama juga boleh mengakibatkan kebakaran elektrik.

  • Kebakaran di rumah

Rumah merupakan tempat yang paling terdedah pada risiko kebakaran. Ini kerana terdapat banyak perkakas elektrik digunakan. Selain itu, dapur gas juga mempunyai risiko kebocoran. Terdapat kes di mana rumah meletup dan terbakar disebabkan oleh kebocoran gas.

  • Kebakaran di bangunan tinggi
HOT  Litigation Lawyer in Malaysia: Deidra Legal - Your Trusted Partner

Bangunan tinggi merupakan kawasan yang sukar untuk menyelamatkan diri jika berlaku kebakaran. Jika anda bekerja atau tinggal di bangunan tinggi, pastikan anda sentiasa peka dengan laluan keselamatan serta lokasi pemadam api.

  • Kebakaran kereta

Selain dari kemalangan, banyak lagi faktor lain yang boleh menyebabkan kebakaran kereta. Antaranya seperti kebocoran bahan api dan litar pintas. 

Jika anda ternampak kereta sedang terbakar dan terdapat orang di dalam kereta tersebut, anda boleh memberikan bantuan dengan segera. Jangan risau, kebakaran kereta tidak akan meletup jika tiada gas.

Kategori kebakaran 

Image result for categories of fire

Sebelum anda memadamkan kebakaran, anda perlu kenalpasti kategori kebakaran. Ini kerana terdapat cara yang berbeza untuk memadamkan api, bergantung pada klasifikasi dan punca kebakaran.

Mengikut Lagenda Press, terdapat 6 kategori kebakaran:

  1. Kelas A

Kebakaran bahan pepejal atau organik, seperti kayu, kertas, tekstil atau arang batu

2. Kelas B

Kebakaran cecair mudah terbakar, seperti petrol, cat atau diesel

3. Kelas C

Kebakaran gas mudah terbakar, seperti propana, butana atau metana

4. Kelas D

Kebakaran logam mudah terbakar, seperti magnesium, litium atau natrium

5. Kelas E

Kebakaran peralatan elektrik dan sumber elektrik

6. Kelas F/ Kelas K

Kebakaran minyak masak, seperti minyak sayuran, lemak atau mentega

Jenis alat pemadam api 

Image result for fire extinguisher

Terdapat beberapa jenis alat pemadam api, bergantung pada kategori kebakaran.

  1. Air 

Alat pemadam api jenis ini mengeluarkan air pada tekanan tinggi untuk memadamkan api. Ia memberi kesan penyejukan yang cepat pada permukaan sumber api dan menghalang api dari merebak dengan pantas.

Sesuai untuk: Kelas A

2. Busa (foam)

Alat pemadam api busa berasaskan air, tetapi hanya mengeluarkan buih dan menghasilkan wap air untuk memadamkan api.

Sesuai untuk: Kelas A

HOT  Cara Buat Semakan Wang Tak Dituntut Di Jabatan Akauntan Negara Malaysia

3. Serbuk (dry powder)

Kebanyakan alat pemadam api yang sering digunakan adalah jenis serbuk. Ia tidak mengandungi toksik dan boleh memadam kebakaran yang berpunca dari pelbagai sumber. 

Jika berlaku kebakaran pada badan manusia, api boleh dipadamkan dengan segera menggunakan alat pemadam api jenis serbuk.

Sesuai untuk: Kelas A, B, C, D, E

4. Karbon dioksida (CO2)

Alat pemadam api jenis ini boleh memadamkan kebakaran tanpa meninggalkan kesan. Namun, ia mengeluarkan suhu yang sangat sejuk dan berbahaya jika terkena kulit.

Sesuai untuk: Kelas B, E

Asap kebakaran – pembunuh utama

kebakaran bangunan

Kebanyakan kematian akibat kebakaran disebabkan oleh asap kebakaran. Asap yang disedut akan menyebabkan kecederaan pada sistem pernafasan. Mangsa akan pengsan lalu mati, samada lemas kerana asap toksik yang tebal atau terbakar.

Selain itu, asap kebakaran mempunyai suhu yang tinggi, sekitar 300 °C. Jika asap bersentuhan dengan kulit, boleh mengakibatkan kesan melecur yang sangat teruk. 

Mencegah kebakaran

Jika kita melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kesedaran, kebakaran boleh dicegah dari awal. Terdapat dua perkara yang perlu dititikberatkan bagi memastikan pencegahan kebakaran yang berkesan dan lancar.

  1. Laluan keselamatan

Di mana-mana premis, semua penghuni perlu menjalani latihan evakuasi melalui laluan keselamatan yang disediakan. Banyak kematian berlaku disebabkan oleh laluan keselamatan yang dihalang atau terkunci dan terperangkap dalam kebakaran.

Laluan keselamatan juga mesti mencukupi, bersesuaian dengan jumlah penghuni. Banyak nyawa boleh diselamatkan jika kita peka dengan keadaan sekeliling.

2. Alat keselamatan kebakaran

Semua premis sewajarnya mempunyai alat keselamatan kebakaran. Ia sebagai persediaan jika berlaku percikan api yang boleh ditangani segera. Terdapat beberapa alat keselamatan kebakaran yang boleh disimpan samada di rumah, pejabat atau kenderaan.

  • Alat pengesan asap
  • Sistem penggera kebakaran
  • Smoke hood
  • Escapetor 
  • Alat pemadam kebakaran
HOT  Top 5 Best SEO Malaysia Services Companies Yang Anda Patut Percaya

Sebagai kesimpulan, pencegahan awal dapat menyelamatkan diri anda dan keluarga anda daripada kebakaran.

Walaupun tinggal di dalam tempat yang tiada punca kebakaran, kita tidak tahu masa dan ketika kebakaran boleh berlaku.

Lengkapkan diri dengan ilmu keselamatan. Sediakan peralatan yang sesuai supaya anda tidak akan menyalahkan diri anda apabila api marak menyala di depan mata.

Follow kami untuk berita-berita terkini dan trending