pelaburan emas
Advertisement

Ketika menghadapi keadaan ekonomi yang tidak menentu seperti kejatuhan nilai wang, inflasi, kenaikan harga barang dan peningkatan kos sara hidup, pelaburan emas merupakan satu pelaburan yang bijak. Hal ini kerana harga emas yang sentiasa meningkat terutamanya apabila kejatuhan mata wang menjadikan pelaburan emas sebagai pelindung, insurans dan penjana keuntungan.

Sebelum memulakan pelaburan, anda perlulah mempunyai ilmu pengetahuan bagi memastikan anda mampu untuk menjana keuntungan yang maksima. Anda perlu memahami pengetahuan asas mengenai emas, pemilihan produk emas yang terbaik untuk pelaburan,pemilihan cara pembelian emas, teknik pelaburan yang betul dan pemilihan syarikat emas.

Berikut merupakan beberapa tips dan langkah-langkah yang perlu anda ambil kira sebelum memulakan pelaburan:

1. Pastikan Anda Membeli Emas Pelaburan Dan Bukannya Barang Kemas

Segelintir individu mempunyai pemahaman yang salah dengan menyangka membeli dan menyimpan barang kemas itu dianggap pelaburan emas. Sebenarnya produk pelaburan emas yang terbaik adalah membeli dan menyimpan jongkong emas atau gold bar dan emas dinar.

Hal ini kerana jongkong emas dan emas dinar sememangnya di buat khusus untuk pelaburan di mana susut nilainya yang rendah antara 5% hingga 9% jika hendak dibandingkan dengan susut nilai barang kemas yang lebih tinggi antara 25% hingga 30%.

2. Untuk Untung Maksima Beli Jongkong Emas Termurah Bebas Cukai GST

Emas yang diikitiraf dunia seperti emas LBMA (London Bullion Market Association) adalah jongkong emas yang mendapat pengecualian cukai gst. Semasa anda membeli atau menjual jongkong emas LBMA ini, ia akan dapat pengecualian gst. Elakkan membeli jongkong emas yang dikenakan cukai gst kerana harga emas akan jadi mahal sebanyak 6% dan peratus spread juga bertambah 6% dari asalnya.

HOT  Ubat Gastrik - Kenali Dan Cara Pengurusan yang Berkesan

3. Membeli Emas Dari Syarikat Pelaburan Patuh Syariah

Membeli emas mengikut syariah adalah dituntut dalam Islam demi menjamin keyakinan, keselamatan dan kebersihan sesuatu urusniaga. Namun bagi pengesahan patuh syariah ini hendaklah daripada badan antarabangsa yang diperakui, bukannya daripada akuan sesebuah syarikat emas.

Bagi mendapatkan pengesahan patuh syariah, ia mengambil masa kerana ianya memerlukan penelitian, peraturan dan kesahan yang ketat berkaitan kekukuhan sesebuah syarikat emas, stok emas, cara urusniaga emas dan sebagainya. Ingat, jangan mudah terpedaya dengan syarikat yang mengisytiharkan sendiri sebagai pelaburan emas patuh syariah ya!

4. Membeli Emas Dari Syarikat Pelaburan Emas Yang Sah Dan Kukuh

Pelaburan emas merupakan pelaburan untuk jangka masa panjang. Jadi anda disarankan untuk membeli emas daripada syarikat yang sah dan kukuh bagi mengelakkan kesukaran atau potongan harga semasa proses menjual emas.

Sekiranya anda membeli daripada kedai emas yang kecil, anda akan mendapat harga jual yang rendah apabila menjual emas tersebut kepada syarikat emas yang lain. Biarpun ketulenan dan berat jongkong emas adalah sama, harga jual emas adalah berlainan terutama ketika anda menjual emas tersebut kepada syarikat yang lain.

5. Bagi Pelabur Besar Beli Emas Pelaburan Fizikal Terus Dapat Emas

Andai anda mempunyai modal besar disarankan untuk membeli jongkong emas fizikal bagi memaksimumkan keuntungan kerana peratus spread atau susut nilai emas lebih rendah. Anda boleh membeli emas 1 dinar atau gold bar 10g LBMA bebas cukai gst.

Kebaikan lain membeli emas fizikal seperti jongkong emas ini adalah bagi mengurangkan risiko ditipu, lebih selamat, mudah dipajak sekiranya berlaku kecemasan, ketika menghadapi kesempitan kewangan mahupun semasa mengalami bencana.

HOT  Ubat Sakit Tekak - Cara Mengatasi Masalah Tekak

6. Disarankan Membeli Emas Pelaburan Mudah Dibeli Dan Dijual Dengan Harga Telus

Kesilapan kebanyakan berlaku adalah anda membeli jongkong emas yang tidak berjenama, tidak memaparkan harga jual beli emas, peratus spread tinggi, emas kena cukai gst akan menyebabkan anda menghadapi kesukaran atau kerugian semasa menjual balik emas.

Pelaburan emas melibatkan urusniaga jual beli emas, jadi harga emas mestilah telus mengikut harga emas dunia yang dipaparkan sepanjang masa.

7. Beli Emas Pelaburan Rendah Susut Nilai

Lagi rendah peratus susut nilai emas, maka lagi cepat dan banyak keuntungan yang akan diperolehi. Kesilapan lain adalah membeli jongkong emas kecil yang mempunyai peratus spread yang tinggi. Ingat ya, keuntungan pelaburan emas berbeza biarpun beratnya sama. Sekeping gold bar 20g lebih untung berbanding memiliki 20 keping gold bar 1g.

8. Membeli Emas Sekarang

Masa yang paling sesuai untuk membeli emas adalah sekarang. Jangan bertangguh-tangguh menunggu harga emas turun baru nak membeli emas bagi memulakan. Ini kerana pembelian pertama emas adalah sebagai benchmark harga emas untuk pembelian yang seterusnya.

Waktu terbaik untuk membeli emas adalah sewaktu anda mempunyai wang dan bukan pada waktu harga emas turun sebab harga emas tidak dapat diramal. Ingat ya, keuntungan bukan terletak pada pembelian emas pada harga yang rendah tetapi bergantung kepada harga emas semasa menjual emas tersebut.

Kesimpulannya, emas merupakan satu pelaburan yang selamat kerana pelabur dapat menyimpan dan mengurus emas sendiri. Selain itu dapat mengelakkan diri dari ditipu pihak ketiga dan bermanfaat ketika ekonomi tidak stabil kerana emas kalis inflasi.

Sekiranya anda mencari broker yang terbaik dan dipercayai bagi memulakan pelaburan emas, disarankan untuk anda menggunakan perkhidmatan Weltrade Secure Broker.

Kelebihan menggunakan perkhidmatan Weltrade:

  • Broker STP yang cemerlang berurusniaga
  • Spread yang rendah dan tiada sebut harga semula
  • 77 instrumen perdagangan
  • Leverage sehingga 1:1000
  • Pelaksanaan perdagangan segera dari 0.5 saat
  • Platform perdagangan terbaik di dunia
HOT  Bekas presiden Mesir Mohamed Morsi meninggal dunia selepas penampilan di mahkamah

Weltrade adalah sekumpulan 65 profesional dengan pengalaman antarabangsa yang meluas dalam bidang kewangan dan teknologi internet. Menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi 24jam kepada pedagang dan pendekatan secara individu untuk setiap pelanggan.

Kenapa anda perlu menggunakan perkhidmatan Weltrade?

  • 12 tahun dalam Pasaran Forex
  • Broker berlesen yang dikawal selia
  • 100 000 pedagang dari 18 buah negara
  • Anugerah kewangan berprestij
  • Sokongan penuh pelanggan 24/7
  • Pembayaran dalam masa 30 minit

Diharapkan tips dan info yang dikongsikan ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat buat anda. Semoga anda berjaya dalam pelaburan emas yang diceburi!