Advertisement

Dengan kenaikan harga barang dapur dan basah, ini membawa kepada pilihan untuk bercucuk tanam sendiri. Ada pelbagai jenis sayur yang mudah untuk ditanam.

Jom kami kongsikan jenis sayur yang anda boleh cuba untuk tanam di rumah.

Jenis Sayur

1. Tomato

Di list pertama, tomato mudah ditanam kerana hanya memerlukan ruang kecil sahaja untuk ditanam.

Tambahan lagi, dengan hanya pendedahan cahaya matahari yang mencukupi dan menyiram air secukupnya, anda boleh menuai hasil tomato yang sihat.

2. Kangkung

Selain tomato, kangkung pun jenis sayur yang mudaha untuk ditanam.

Ini kerana ia boleh membesar di mana-mana sahaja. Hanya bekalkannya air dan cahaya matahari yang secukupnya.

3. Cili

Cili juga merupakan jenis sayur yang mudah ditanam. Baca lebih lanjut tanaman sayur seperti cili di artikel tanaman sayur di rumah.

Perkakas Untuk Menanam Sayur

Berikut adalah perkakas wajib untuk menanam sayur:

1. Bekas

Untuk bekas penanaman sayur, anda boleh pilihan 3 bekas; pasu, botol atau polybag.

Mengikut citarasa anda, anda boleh pilih antara ketiga-tiga itu.

Jika anda mahukan kekemasan, bolehlah memilih bekas pasu. Jika anda mengira bajet, anda boleh memilih polybeg atau botol terpakai.

Botol terpakai tersebut perlu sekurang-kurangnya berisipadu 1.5 liter untuk memuatkan tanaman.

2. Air

Air merupakan elemen paling penting yang anda perlu tahu.

Dengan menitikberatkan pengairan dan bekas tanaman, pastikan sistem pengairan selari penggunaan bekas.

Pastikan setiap bekas mempunyai lubang dibawah agar lebihan air siraman boleh mengalir keluar dari pasu.

3. Baja

Baja diperlukan dalam penanaman sayur.

Maklum bahawa penanaman dalam bekas seperti pasu mengehadkan aktiviti penjalaran pokok mencari air dan nutrien yang diperlukan.

HOT  5 Klinik Kulit Terbaik Di Shah Alam

Jadi, perlunya penggunaan baja untuk mengatasi had tersebut.

Lakukan pembajaan 2 minggu sekalii ataupun sebulan sekali, bergantung kepada jenis baja dan sayur yang ditanam.

Lihat juga: baja organik

4. Tanah

Untuk penanaman di dalam pasu, sebaiknya menggunakan tanah yang ringan seperti tanah kompos.

Campuran tanah kompos dan tanah atas (top soil) sangat digalakkan.

Diharapkan rekomendasi jenis sayur dan list perkakas untuk penanaman ini membantu anda untuk mula menanam sayur di rumah. Untuk baja yang terbaik, boleh guna baja PowerGRO.

Artikel Berkaitan