pokok bunga

Siapa sangka aktiviti penanaman pokok bunga semakin menerima sambutan daripada orang ramai ketika terjadinya musim Covid-19? 

Tidak dinafikan, ia sedikit-sebanyak membuatkan kita rasa lebih tenang apabila dikelilingi oleh hidupan hijau. 

Yang lebih menyeronokkan adalah apabila keadaan sekeliling menjadi sejuk dan udara sekeliling pula lebih bersih daripada kawasan bandar. 

Tetapi, rupanya masih ramai lagi orang awam yang tidak meneruskan aktiviti ini sebagai rutin. Mereka sekadar berminat dan membuat kerja pada tengah jalan. 

Salah satu punca yang menyebabkan isu ini terjadi adalah kerana mereka tidak tahu “teknik” penjagaan pokok bunga yang betul.

Itu baru teknik penjagaan, belum masuk lagi soal kos dan pembajaan. 

Jadi, kami akan kongsikan beberapa info penting yang anda perlu tahu, antaranya yang berkaitan dengan penjagaan pokok bunga dan pembajaan. 

Cara-cara Penjagaan Pokok Bunga

  1.  Air Siraman 

Siraman merupakan salah satu aspek yang paling utama dalam penjagaan kualiti pokok bunga. 

Seperti yang kita tahu, air ialah keperluan asas kepada pertumbuhan dan perkembangan kehidupan flora ini. 

Namun begitu, pastikan anda tidak menyiram pokok bunga dengan terlalu kerap. Berikut merupakan antara sebab-sebab mengapa anda dinasihatkan untuk tidak berbuat demikian: 

  • Setiap jenis pokok bunga memerlukan kuantiti air yang berbeza. 
  • Tempat penanaman pokok bunga.
  • Tempat letaknya pasu pokok bunga sama ada di bawah tempat yang teduh, tertutup dan sebagainya. 
  • Cuaca kawasan sekeliling. 

Secara umumnya, pokok bunga yang baru ditanam hanya memerlukan siraman sebanyak 2 kali sehari; iaitu pada waktu pagi dan petang sahaja. 

Manakala, pokok bunga yang ditanam di kawasan terbuka pula perlu disiram dengan kuantiti air yang lebih banyak. 

Ini adalah disebabkan akar pokok jenis tanaman ini terikat kuat ke bawah tanah. 

HOT  5 Klinik Pakar Kulit Terbaik di Malaysia (UPDATE 2021)

Jadi, anda perlu menyiram air lebih sedikit berbanding pokok bunga di dalam pasu bagi memastikan air tersebut menyerap jauh ke dalam tanah. 

“Bagaimana saya nak pastikan air siraman sudah mencukupi?”

Berikut merupakan antara cara-cara yang anda boleh ikut untuk memastikan bekalan air siraman mencukupi: 

  • Apabila air siraman pokok bunga di dalam pasu terkeluar, itu menandakan air siraman sudah mencukupi.
  • Pastikan bekas simpanan air siraman, atau air itu bersih dan bebas daripada sebarang bahan-bahan kimia yang berbahaya. 
  1. Tempat teduhan 

Selain air, cahaya matahari juga merupakan keperluan asas bagi pokok bunga atau tanaman flora lain untuk terus hidup dengan mekar. 

Secara dasarnya, tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk memastikan terjadinya proses photosynthesis

Apa yang membezakan adalah terdapat jenis pokok bunga yang memerlukan cahaya matahari yang banyak atau sedikit. 

Pokok yang memerlukan cahaya secara minimum adalah: 

  • Aglaonema 
  • Dracaena Fragrance (pokok yang memerlukan cahaya dan air siraman yang sedikit) 
  • Epipremnum Aureum

Jadi, buat anda yang baru berjinak atau berminat untuk menanam pokok bunga, pastikan anda membuat kajian jenis pokok bunga terlebih dahulu. 

Anda boleh dapatkan maklumat sebegini dalam buku penanaman pokok (sebagai exterior atau interior) ataupun bertanya pada orang yang lebih berpengetahuan mengenai hal ini. 

  1.  Merumput 

Merumput juga memainkan peranan dalam memastikan pokok bunga anda subur. 

Aktiviti ini adalah merujuk kepada pembuangan rumput-rumput atau tumbuhan yang hidup di sekeliling pokok bunga anda. 

Dengan melakukan aktiviti ini, tanaman anda akan menerima nutrisi yang secukupnya dan tidak “dicuri” oleh hidupan lain.

Jika anda mengabaikan langkah ini, tanaman anda akan kelihatan layu, tidak segar dan juga terbantut penumbuhannya.

HOT  Tips Belajar Sejarah Dengan Berkesan

Selain itu, anda juga harus berwaspada dengan tanda-tanda serangan daripada serangan penyakit atau serangga.

Kebiasaannya, tanda-tanda ini dapat dilihat pada batang, ranting, pucuk, daun, bunga, dan akar. Antaranya tanda itu adalah: 

  • Sel dan tisu pada bahagian tanaman yang sudah mati atau bertukar warna menjadi hitam atau perang.
  • Tompok hijau muda dan hijau tua tampak kelihatan pada dedaun.
  • Batang dan daun dipenuhi teritip atau sisik.
  1.  Pembajaan 

Yang terakhir sekali adalah teknik pembajaan yang betul perlu dipandang serius sekiranya anda ingin memastikan tanaman pokok bunga kekal subur dan mekar. 

Namun, sama seperti kuantiti air dan pendedahan cahaya matahari, penambahan baja yang diperlukan adalah berbeza bagi setiap jenis tanaman. 

Jika anda sedang mencari baja pokok yang berkualiti dan dihasilkan secara organik, anda boleh cuba baja PowerGRO!

Baja ini merupakan keluaran bumiputera yang berkualiti tinggi, bebas daripada campuran bahan-bahan kimia, dan juga sesuai untuk digunakan pada tanaman pokok bunga.  

Berikut merupakan details bagi produk PowerGRO: 

  • Tiada campuran kimia
  • Membaiki struktur tanah 
  • Tidak terkandung sisa haiwan 
  • Hanya mengandungi 100% bahan organik 

Bagi penanaman pokok bunga, anda hanya perlu meletakkan baja ini sebanyak 2 kali dalam satu bulan sahaja. 

Hanya dengan 3ml baja PowerGRO dan dicampur dengan 1 liter air, pokok bunga anda akan menerima nutrisi yang mencukupi dan tumbuh secara sihat. 

Kebaikan baja ini pula adalah seperti berikut: 

  • Membaiki komposisi tanah 
  • Menggalakkan pertumbuhan tunas dan akar yang lebih sihat 
  • Mengelakkan tanaman anda dari terkena serangan penyakit 

Jadi, tunggu apa lagi? 

Dapatkan Baja PowerGRO Sekarang Juga!