Ustaz Ebit Lew

Ustaz Ebit Lew adalah seorang pendakwah yang terkenal di dalam Malaysia. Dengan membawa dakwah yang sangat lembut membuatkan ramai yang senang dengan Ustaz Ebit Lew. Disini saya kongsi 3 tips yang dikongsi oleh Ustaz Ebit Lew bagaimana untuk murah rezeki dan bebas hutang.


Ada seorang sahabat Nabi, ada masalah hutang. Macam-macam dah buat, namun masih sempit jugak.

Lalu, Nabi saw ajar, sebelum masuk rumah;

  1. Beri salam.
  2. Baca Surah Al-Ikhlas 3 kali.
  3. Selawat ke atas Nabi.

Alhamdulillah rezeki akan nampak mencurah-curah selepas tu.

Amalkan dan Yakin. InshaAllah. Kongsikan supaya ramai dapat manfaat .


Usah dengki dengan rezeki orang lain. Dia dapat pun sebab Allah bagi.

Kita, kalau nak rezeki macam orang lain dapat, dekatlah dengan Allah. Buat apa Allah suruh.

Bukan percaya asbab bukan-bukan. Man jadda wajada.

Kalau pun dah buat macam-macam masih lagi belum dapat, belum berjaya. Usaha lagi, upgrade lagi, sabar lagi, dan jangan putus asa. Jangan berhenti Istiqamah.

HOT  Resepi Masakan Seisi Keluarga yang Mudah dan Lazat