pkr

Menurut laman portal Free Malaysia Today. Boleh rujuk disini (FMT). Parti Keadilan Rakyat tawar ganjaran untuk tiup sentimen anti-kerajaan.

Menerusi tangkap layar yang didedahkan oleh FMT dibawah tapi sumber dari TTKM.

Sumber : TTKM

Kempen tersebut menyeru pemimpin parti menghantar video pendek kritikan mereka terhadap pentadbiran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, yang terpaksa menguruskan krisis paling serius dalam sejarah moden beberapa hari selepas mengangkat sumpah jawatannya.

Satu mesej yang dilihat oleh FMT yang dihantar menerusi kumpulan WhatsApp, menggesa ahli parti itu terus membuat ulasan dengan tujuan menarik perhatian umum kepada kelemahan kerajaan mengendalikan pandemik Covid-19, yang memaksa kerajaan serata dunia mengumumkan pelan penyelamat bernilai berbilion dolar kerana memikirkan ekonomi global mungkin runtuh.

“Kita sedang dalam Fasa ke-2 perintah kawalan pergerakan. Suara Keadilan ingin mengambil inisiatif untuk menyediakan video pendek pimpinan PKR menyuarakan kritikan terhadap kerajaan PN,” kata satu pesanan dalam satu kumpulan perbualan PKR, merujuk kepada alat sebaran rasmi parti itu.

Turut disediakan garis panduan format ulasan: Video mesti antara 30 saat hingga 1 minit, “tiada bising”, dan “pencahayaan yang baik”.

“Ulas apa sahaja isu berkenaan kerajaan PN, terutama kelemahan dalam menangani Covid-19 dan tiada perancangan pemulihan ekonomi untuk rakyat selepas krisis Covid-19 berakhir serta apa sahaja isu-isu yang sesuai,” kata mesej itu.

Kejatuhan PH berlaku beberapa hari selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan amaran dengan mengisytiharkan Covid-19 suatu pandemik, memaksa kerajaan serata dunia menggiatkan langkah melawan penyakit berbahaya itu yang melanda China ketika itu.

Beberapa minggu selepas membentuk Kabinet, Muhyiddin mengumumkan langkah-langkah yang tidak pernah berlaku sebelum ini bagi mengawal virus itu, termasuk menutup perniagaan, sekolah, dan menghentikan semua kegiatan harian seluruh negara di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lepas.

HOT  Semakan PTPTN - Panduan Lengkap Cara Semak Status Permohonan & Penyata Baki Pinjaman

Perhatian orang ramai terhadap pandemik itu mengatasi obsesi terhadap politik, kebanyakan laman media tiada pilihan kecuali menyampaikan berita dan maklumat terkini mengenai penyakit berbahaya itu.

Sejak itu pemimpin PH menggunakan media sosial, ramai pemimpinnya, termasuk calon perdana menterinya, Anwar Ibrahim muncul setiap hari menggunakan kemudahan talian popular seperti YouTube dan Facebook.

Sementara itu, difahamkan PKR menyediakan “insentif” kepada mereka yang aktif “menghentam kerajaan”, menurut seorang sumber.

“Ia sesuatu yang kami sediakan pada Februari,” kata orang dalaman PKR kepada FMT ketika diminta mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata parti itu akan memberi ganjaran kepada mereka yang “mengulas secara agresif” di media sosial.

“Ia boleh sama ada untuk mempertahankan presiden PKR, Anwar Ibrahim atau menyerang pengkhianat,” kata sumber itu, menggunakan istilah yang sekarang digunakan oleh pemimpin parti itu terhadap sekumpulan ahli Parlimen yang meninggalkan parti untuk membentuk PN bersama PPBM, Umno, PAS, dan GPS.

PKR Suka Menghasut Rakyat?

Jika dilihat pada video di Youtube dari ceramah Rafizi Ramli yang pernah tular sebelum ini. Menurut video tersebut, Rafizi Ramli mengaku tugas mereka adalah menghasut rakyat setiap hari untuk menolak UMNO seterusnya tukar kerajaan.

Anda boleh lihat video penuh dibawah dan nilaikan sendiri sikap dari Parti Keadilan Rakyat. Sepatutnya di musim Covid-19 ini adalah berganding baju untuk membantu kerajaan supaya dapat tangani masalah Covid-19 ini dan seterusnya menyelesaikan masalah ekonomi negara.

Sumber:

1.Free Malaysia Today

2. TTKM