sotong bakar
Advertisement

Resepi Sotong Bakar Ala Thai yang lazat dan mudah disediakan. Sotong Bakar ala Thai yang ada rasa pedas, masam, manis.. resepinya senang sangat. Jom la cuba!

Bahan Asas:

Sotong besar 10-13 ekor – basuh bersih-bersih, toskan

Bahan Perap :

  • Air perahan lemon 2 sudu
  • Madu 3 suduĀ 
  • Secubit garam

Lumurkan semua bahan-bahan pada sotong dan biarkan selama 15 minit.

Kemudian bakar sotong hingga masak. (sebelum bakar lap-lap sotong dengan tisu untuk keringkan sotong)

Bahan Sos :

  • 8 biji cili api merah*
  • 8 biji cili api hijau*
  • 7 ulas bawang putih dibakar sekejap*
  • 3 sudu sos nampla (sos ikan)
  • 2 sudu sos tiram
  • 3 sudu gula
  • 1 sudu maduĀ 
  • 5 sudu air perahan lemon

Tumbuk bahan-bahan bertanda *,bila dah lumat masukkan bahan-bahan lain..siram @ cicah atas sotong yang telah dibakar tadi.

Nyum.. nyum ! Semoga anda berjaya buat resepi sotong ini. Selamat Mencuba!

Kredit Resepi dan Gambar: Syiera Shahar

HOT  Menu Minum Petang yang Menggoda Selera