menu berbuka puasa
Advertisement

Apabila memperkatakan tentang menu berbuka puasa, ramai yang hanya mencari menu yang sedap sahaja. Berbukalah dengan makanan yang menyihatkan tubuh badan.

Bila tiba bulan Ramadhan, ramai di antara kita mengalami situasi yang sama di mana susah dalam membuat pilihan untuk menu berbuka puasa. Jika ada pun, tidak semestinya menu tersebut berada di dalam kategori menyihatkan buat anda serta ahli keluarga yang lain.

Soalan yang dah biasa keluar dari mulut kita khususnya wanita yang bergelar suri rumah tangga adalah “Hari ini aku nak masak apa untuk menu berbuka puasa?”. Bukan senang nak fikirkan menu hari-hari untuk berbuka sepanjang Ramadhan selama 30 hari. Silap hari bulan, termenung jauh dibuatnya kerana buntu berfikir.

Bagi memudahkan anda semua dalam membuat pilihan untuk menu berbuka puasa, di sini kami lampirkan beberapa menu berbuka puasa yang pasti tidak akan membuatkan anda serta ahli keluarga tidak berasa jemu.

juadah berbuka puasa

Ianya boleh dimasak secara berkala walaupun berulang. Berikut adalah cadangan menu-menu makanan:

Menu-menu cadangan

  1. Ikan asam pedas

Bahan-bahan:

  1. 1 kg Ikan (tidak kira ikan jenis apa)
  2. 6 biji bawang merah*
  3. 2 ulas bawang putih*
  4. 1 inci halia*
  5. ½ inci kunyit (guna kunyit serbuk pun boleh)*
  6. 4 sudu besar cili kisar
  7. ½ cawan air asam jawa
  8. 2 tangkai bunga kantan
  9. Sedikit daun kesum
  10. Garam,gula,minyak masak

Cara-cara memasak:

  1. Panaskan minyak ke dalam periuk dan masukkan bahan – bahan yang telah dikisar (*).
  2. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga naik minyak dan naik bau.
  3. Setelah itu, masukkan Bunga kantan dan daun kesum bersama dengan air asam jawa. Kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan ikan yang telah dibersihkan dan tunggu sehingga air mendidih. Kecilkan api supaya isi ikan tidak hancur
  5. Masukkan garam, gula sehingga cukup rasa
  6. Akhir sekali, jika anda inginkan sayuran, boleh masukkan bendi dan tunggu sehingga 5 ke 10 minit. Kemudian tutup api.
  1. Ayam goreng kunyit
HOT  Resepi Nutella Biscuits: Kelazatan Manis yang Menggoda

Bahan-bahan:

  1. Dada ayam (dipotong dadu)
  2. 1 biji bawang besar (hiris bulat)
  3. 2 ulas bawang putih (hiris nipis)
  4. Kacang Panjang (1 mangkuk)

Cara – cara memasak:

  1. Lumurkan kunyit dan garam bersama dengan potongan ayam
  2. Panaskan minyak dan masukkan hirisan bawang besar dan bawang putih. Tumis sehingga naik bau.
  3. Apabila sudah naik bau, masukkan potongan ayam.
  4. Kemudian, selepas ayam sudah masak, masukkan kacang panjang dan gaul sebati.

  1. Ayam masak lemak cili api

Bahan-bahan:

  1. 1 ekor ayam (dipotong kepada 16 bahagian)
  2. 3 biji bawang merah*
  3. 4 ulas bawang putih*
  4. 10 biji cili burung (ikut kepedasan masing – masing)*
  5. 1 sudu serbuk kunyit
  6. 2 batang serai (diketuk)
  7. 2 keping asam keping
  8. 1/2 kg santan
  9. 3 biji kentang (potong empat)
  10. Garam, gula

Cara – cara memasak:

  1. Sediakan periuk dan masukkan bahan – bahan yang telah dikisar (*). Masak sehingga naik bau.
  2. Kemudian, masukkan 1 ekor ayam yang telah dipotong. Biarkan sehingga air ayam sedikit kering.
  3. Masukkan serai dan asam keping. Kemudian masukkan kentang yang telah dipotong.
  4. Setelah itu masukkan santan. Pastikan api berada dalam keadaan kecil.
  5. Masukkan sedikit air dan perasakan dengan sedikit garam dan gula mengikut cita rasa anda.
  6. Masak sehingga kentang empuk dan sedia untuk di makan.

  1. Ayam kukus ikan masin

Bahan – bahan:

  1. Dada ayam (potong dadu)
  2. 50gm ikan masin (digoreng terlebih dahulu dan dipotong dadu)
  3. 1 inci halia (dihiris)
  4. 1 sudu sos tiram
  5. Kicap cair dan kicap pekat manis secukup rasa
  6. 1 sudu tepung ubi
  7. Air secukupnya
  8. Garam secukup rasa

Cara – cara memasak:

  1. Gaulkan kesemua bahan dan perap selama 30 minit ke satu jam.
  2. Kemudian, kukus selamat 20 minit atau sehingga ayam sudah masak dengan sempurnanya.
  1. Mi/kuey tiaow masak ladna
HOT  Resepi Brownie Tanpa Tepung! Hanya perlu 5 bahan utama!

Bahan – bahan:

  1. Mi/ key tiaow (1 paket)
  2. 1 biji bawang besar (potong dadu)
  3. 3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
  4. 1 sudu lada hitam
  5. 1 sudu tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
  6. Kicap manis
  7. Seafood/ ayam
  8. 1 sudu Sos ikan
  9. Garam secukup rasa
  10. 1 biji telur

Cara – cara memasak:

  1. Gaulkan mi / kuey tiaow dengan kicap manis. Kemudian gorengkan dengan sedikit minyak panas. Selepas 5 minit, angkat dan letakkan di dalam bekas.
  2. Gunakan minyak yang sama untuk menumis bawang besar dan bawang putih. Selepas naik bau, masukkan seafood atau ayam dan tunggu sehingga agak sedikit masak.
  3. Masukkan 2 mangkuk air dan biarkan hingga mendidih.
  4. Setelah itu, masukkan lada hitam, sos ikan dan garam secukup rasa.
  5. Masukkan telur dan biar telur sedikit masak, baru kacau sehingga sebati. Pastikan telur tidak berketul.
  6. Akhir sekali, masukkan bancuhan tepung jagung bagi kuah kelihatan sedikit pekat.
  7. Mi atau Kuey tiaow ladna boleh dimakan bersama ahli keluarga yang lain.

Tidak tahu memasak bukanlah alasan yang praktikal untuk masa kini. Sebenarnya banyak menu berbuka puasa yang boleh didapati di Internet.

Anda hanya perlu mencari bahan dan resepi sahaja. Pastinya Ramadhan anda selama 30 hari akan dipenuhi dengan pelbagai aneka menu berbuka puasa.

P.S Nak tahu resepi buat lontong untuk Hari Raya, kami kongsikan cara-cara membuatnya.