panduan umrah
Advertisement

Panduan Umrah – Mengerjakan ibadah umrah adalah wajib dilakukan bagi individu yang mampu. Dengan panduan umrah ini, diharapkan dapat membantu anda melaksanakannya dengan sempurna.

Bagi yang ingin mengerjakan umrah, terdapat panduan umrah yang boleh diikuti. Sebagai permulaan, ibadah umrah bermaksud mengunjungi Baitullah di Makkah dan melakukan ihram, tawaf, sa’i dan bertahallul mengikut tertib.

Ijmak Ulama mengatakan bahawa hanya wajib dilakukan sekali sepanjang hayat bagi orang yang mampu kecuali orang yang bernazar, maka dia wajib memenuhi nazarnya. 

Umrah ialah Haji kecil, ia diambil dari perkataan al-I’timar iaitu (ziarah).

Orang yang mengerjakan Umrah akan berniat Ihram Umrah dari miqat, mengerjakan Tawaf Qudum, bersaie dan seterusnya bertahallul dari Ihramnya dengan bercukur atau bergunting.

Diriwayatkan daripada Jabir r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Jemaah Haji dan Umrah adalah rombongan Allah, jika mereka berdoa kepada Nya, Dia akan memustajabkan doa mereka dan sekiranya mereka memohon ampun daripadaNya, Dia akan mengampunkan mereka.

Berikut merupakan cara mengerjakan umrah sepanjang anda berada di Mekah dan di Madinah:

Persiapan sebelum menunaikan umrah

Sebelum menunaikan umrah di Mekah, perkara-perkara sunat yang boleh dilakukan di hotel penginapan.

Sebelum niat umrah, anda disunatkan memotong kuku, merapikan janggut, misai dan rambut, menanggalkan bulu-bulu ketiak, gosok gigi dan sebagainya.

Kemudian, anda disunatkan untuk melakukan mandi sunnat ihram berserta dengan mengambil wuduk.

Selepas itu, disunatkan untuk anda memakai pakaian Ihram selepas mandi sunat ihram.

Kemudian disunatkan solat sunat ihram yang boleh dilakukan di hotel sebelum niat ihram.

Semasa melakukan umrah

Semasa menunaikan umrah iaitu bermula dari melakukan DUA perkara wajib umrah (perkara wajib di lakukan, jika tidak di lakukan umrah sah tetapi dikenakan dam) dan menyelesaikan rukun umrah di Mekah.

HOT  Doa Qunut Solat Subuh - Dalam Bacaan Rumi & Jawi

Selepas ihram di Miqat, ada perkara wajib yang perlu dilakukan sepanjang umrah dilakukan.

Antaranya adalah:

  • Niat Ihram di Miqat

Niat نويت العمرة وأحرمت بها لله تعالى atau boleh niat dalam bahasa melayu “Sahaja aku berniat umrah dan berihram aku untuk melaksanakannya kerana Allah Ta’ala”

  • Menjaga Larangan ihram

Setelah melafazkan niat ihram yang lengkap berpakaian ihram, maka mesti melakukan 5 rukun umrah di Mekah dan meninggalkan larangan ihram.

Berikut merupakan antara 13 larangan semasa ihram yang patut anda ketahui kerana jika anda melanggar salah satu atau lebih daripadanya, anda akan dikenakan dam.

  1. Pakai sarung tangan
  2. Pakai bau-bauan atau minyak wangi (di badan atau pakaian)
  3. Pakai minyak rambut, janggut atau semua bulu lain selain dari bulu di pipi dan dahi
  4. Cabut (tanggalkan) rambut atau apa-apa bulu lain di badan
  5. Kerat (atau potong) kuku
  6. Kerat, potong, cabut atau tebang pokok di Tanah Haram
  7. Buru (atau binasakan) binatang buruan (yang halal dimakan) di Tanah Haram
  8. Lakukan pendahuluan persetubuhan (bercumbu-cumbuan yang menaikkan nafsu syahwat)
  9. Jimak atau bersetubuh
  10. Berkahwin, mengahwinkan atau menerima wakil kahwin
  11. Pakai pakaian bersarung, berjahit atau bercantum (Tambahan untuk lelaki sahaja)
  12. Tutup kepala atau sebahagian darinya seperti kopiah atau topi (Tambahan untuk lelaki sahaja)
  13. Tutup muka atau macam pakai purdah. (Tambahan untuk wanita sahaja)

Sebelum anda melakukan umrah, anda perlu tahu dan arif 5 rukun umrah.

Ianya amat penting untuk diikuti bagi mengelakkan diri kita daripada terlanggar 13 larangan semasa mengerjakan ibadah umrah.

Berikut merupakan 5 rukun umrah yang perlu anda ketahui:

1.Ihram

Memakai pakaian ihram dimana bagi lelaki terdiri dari 2 lembar kain yang tidak berjahit manakala bagi wanita pakaian ihram lebih bebas tetapi disunatkan yang berwarna putih, yang penting menutup seluruh tubuh, kecuali wajah dan telapak tangan mereka, yang penting tidak ada jahitan.

HOT  Tahiyat Akhir: Pengertian, Keutamaan, dan Panduan dalam Solat

2. Tawaf

Mengelilingi kaabah 7 pusingan. Niat tawaf adalah “Aku berniat Tawaf Umrah di Ka’abah ini tujuh pusingan kerana Allah Taala”.

3. Sai

Syarat sah saie ialah Dilakukan selepas tawaf, Tujuan hendaklah semata-mata untuk Saie.

Dimulai dari bukit Safa dan tamat di Bukit Marwah, Genap dan sempurna bilangan 7 kali, dari kaki bukit ke kaki bukit. Perjalanan tidak boleh terputus iaitu seseorang itu tidak boleh melencong keluar melalui satu pintu dan masuk semula dengan pintu lain.

4. Tahalul

Mencukur atau gunting sebahagian rambut di kepala setelah selesai Sai menandakan telah selesai mengerjakan umrah. Memotong rambut sekurang-kurangnya 3 helai.

Afdhal untuk bercukur bagi lelaki. Bagi yang tiada rambut di kepalanya, memadai melalukan pisau di kulit kepala.

Bagi wanita, berambut panjang boleh memotong mana-mana bahagian rambutnya asalkan tidak kurang dari 3 helai.

Suami boleh menggunting rambut isterinya sebelum menggunting rambutnya sendiri selepas kedua-duanya selesai Sai’e umrah.

5. Tertib

Setiap rukun yang dilakukan perlulah dilakukan mengikut turutan dengan tertibnya.

Semoga dengan panduan yang diberikan sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mengerjakan ibadah umrah dengan lebih mudah dan selesa.

Baca: Doa Selepas Solat