brownies
Advertisement

Untuk membuat brownie, tepung gandum diperlukan. Selalunya, susah untuk kita jumpa resepi brownie tanpa tepung. Ketahui resepi brownie tanpa tepung dibawah yang sememangnya sesuai untuk golongan yang jaga pemakanan tetapi inginkan dessert.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  1. 120g gula perang
  2. 130g mentega yang dicairkan
  3. 2 biji telur
  4. 60g tepung badam
  5. 90g serbuk koko
  6. cip coklat

Langkah 1:

brownie cookies
campurkan 120 g gula perang dan 130g mentega yang dicairkan

Mula-mula, cairkan 130g mentega secara “double-boiler“. Kemudian, masukkan 120g gula perang kedalam mentega yang telah dicairkan.

Langkah 2:

brownie cookies
2 biji telur, 20g tepung badam, 90g serbuk koko

Selepas, mentega dan gula perang sebati, masukkan 2 biji telur, 20g tepung badam dan 90g serbuk koko.

Langkah 3:

masukkan cip coklat

Masukkan cip coklat kedalam adunan selepas bahan adunan sebati.

Langkah 4:

Kemudian, bakar selama 15-25 minit pada suhu 180c di dalam oven yang telah dipanaskan.

Akhir sekali, bakar selama 15-20 minit pada suhu 180c didalam oven yang telah dipanaskan.

HOT  Resepi Lontong Sedap (Boleh Cuba Hari Raya Ni)