Travel insurance atau insuran perjalanan. Ada yang rasa tidak penting dan selalunya tidak memasukkan kos Travel Insurance ini di dalam list ketika hendak melancong ke luar negara.

Malahan tak keterlaluan jika dikatakan persiapan dan itinerari sebolehnya dicari sehabis lengkap sebelum tarikh travel bermula.

Segala perkara do’s and dont’s sudah berada dalam kepala. Jika boleh kat mana makanan halal atau lokasi tandas dan berapa bayaran masuk sebab nak kencing pun dah tahu sebelum tiba ke lokasi yang di tuju. Betul tak?

Tapi tidak bagi travel insurance atau insuran perjalanan. Berbagai alasan akan diberikan agar travel insurance yang kelihatan tidak penting ini tak perlu dibeli. Mahal, bajet tak cukup, insya Allah kita sama-sama selamat pergi dan balik, tak sempat beli, tak tahu mana nak beli dan… entahlah, banyak sangat alasan.

Kali ni saya nak kongsikan beberapa risiko besar yang bukan saja boleh buat duit dalam bank anda rabak, dan keluarga di kampung pula terpaksa berhempas pulas kumpul  duit demi menyelamatkan korang jika perkara ni terjadi kat diri kita ketika travel.

1. Anda Jatuh Sakit Di Negara Luar

Bukan sakit demam biasa tau. Tapi serius punya sakit sampai kena masuk hospital. Apa pun boleh berlakukan? So baik buat persediaan kalau tak terpaksa buat crowdfunding di Malaysia untuk tampung kos perubatan. Sediakan payung sebelum hujan.

Contoh paling mudah yang pernah jadi kat kawan saya; tiba-tiba sakit perut memulas-mulas masa travel sampai kena pergi hospital. Bila diperiksa, rupa-rupanya appendix dia dah kritikal dan kena lakukan pembedahan segera. Kalau macam ni berlaku, mana nak dapat duit? kalau ada personal insurance pun tak boleh guna. Jadi better jangan ambil mudah dan beli jer terus Travel Insurance.

Paling mudah bagi contoh hospital di Australia. Kat sana no insurance no talk bro.

HOT  Panduan Login ezHASiL Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

2. Kos servis kecemasan, kos menyelamat dan perubatan)

Kos yang terlibat adalah bagi kes-kes kecemasan. Contoh paling mudah katakanlah korang travel ke kawasan pedalaman di Tanah Besar China. Naik bas dan lalu di cerun-cerun dan lereng gunung.

View tak payah ceritalah. Marvellous. Tapi tanpa diduga bas terbabas masuk gaung. Ada yang cedera dan ada yang innallillah.

Inilah waktunya travel insurance jadi penting. Andai kata korang terselamat tapi cedera. Nak selamatkan korang memang ambil masa sebab pasukan penyelamat perlu turun ke bawah.

Dah berjaya diselamatkan, korang perlu di hantar ke hospital dengan segera. Jika ada insurance cover, inilah masanya segala kos yang terlibat akan dibayar oleh pihak insurance.

Begitu juga kos dan caj rawatan di hospital. Biasanya kos rawatan di luar negara memang berganda sebab korang bukan rakyat negara tu. Jika di Malaysia boleh lah masuk hospital kerajaan. Tu pun ada yang bising kena bayar seringgit caj register. Eh?

Bukan itu saja. Adakala special arrangement perlu dibuat kerana faktor kesihatan dan medical equipment yang perlu disediakan sewaktu membawa korang balik ke Malaysia. Orang sakit ni adakala macam-macam peralatan perlu disediakan untuk dia sorang je.

3. Kecederaan semasa bersukan dan aktiviti berbahaya

Yang ini dalam standard cover tak ada disediakan. Korang kena beli tambahan dan bayar extra. Ia dipanggil additional cover atau extension of cover dalam bahasa insurance.

Contoh hazardous sports and activities adalah bungee jump, skydiving, cliff jumping, winter sports (contohnya main ski), mountaineering. Geng panjat gunung dan hiking sila take note weh!

Bila berlaku kemalangan ketika lakukan aktiviti berbahaya begini, meskipun korang ada beli travel insurance tapi tak ambil additonal cover for hazardous activities, ia bagai tak ada gunanya.

Jadi jika korang dah rancang dari awal nak buat bungee jump, skydive, scuba diving dan apa-apa aktiviti yang tergolong sebagai hazardous, silalah tambah additional cover for extreme sports and hazardous activities dalam travel insurance korang.

HOT  Kencing Manis (Diabetes) : Kaedah Rawatan Yang Sangat Membantu

Masih segar di ingatan saya kes rakyat Malaysia kemalangan masa naik toboggan di Turki pada tahun 2019.

Heboh juga satu Malaysia sebab mangsa alami kecederaan teruk hingga terpaksa buat pembedahan buang sebelah mata. Insurance pula tak cover kos perubatan dan pembedahan sebab toboggan adalah aktiviti ekstrim yang mana cover tambahan tidak diambil oleh mangsa.  

Percutian sepatutnya jadi memori indah  tapi dah jadi mimpi ngeri yang mengubah seluruh hidup dan masa depan mangsa. Benarlah orang cakap. Malang tak berbau.

4. Kos membawa pulang jenazah

Jika nak pilih cover untuk repatriation of body remain, selalunya saya pilih yang bagi unlimited cover. Unlimited cover bermakna apa saja kos yang terlibat untuk bawa pulang jenazah ke Malaysia ditanggung sepenuhnya oleh syarikat insurance.

Kos nak bawa balik jenazah memang mahal. Apatah lagi jika kemalangan berlaku di tempat yang jauh di pedalaman dan perlu libatkan beberapa jenis pengangkutan yang berbeza.

Nak bawa balik ke Malaysia pula mana boleh naik flight kelas ekonomi lagi. Kena masuk kontena dengan penyejuk beku. Lain cajnya tu. Huhu.

Itu belum lagi dikira kos dan caj membersih dan menguruskan jenazah sebelum dihantar balik ke Malaysia.

Beberapa tahun lepas pernah berlaku kes 2 traveller Malaysia lemas di Indonesia. Kos bagi membawa jenazah mereka dari Indonesia ke Malaysia saja sudah melebihi RM10K untuk setiap seorang. Itu baru dari negara seberang bro. Bayangkan jika dari UK, Rusia, Australia. Mesti lagi mahal kos yang perlu dikeluarkan.


Kes-kes lain seperti passport hilang, beg dan duit kena curi, flight delay, itu semua juga turut dilindungi oleh travel insurance.

HOT  [VIRAL] Lebih 1 Juta Views Tonton Ulasan Isham Jalil Mengenai Anwar Ibrahim & Kejatuhan Ringgit

Tapi bagi saya kes-kes begini taklah begitu kritikal meskipun kerap terjadi sebab ia tak melibatkan kos yang sangat tinggi dan kerugian yang besar berbanding 5 risiko di atas.

Kat mana nak beli insurance? Beli online pun boleh bro. Esok nak fly malam ni sempat lagi korang beli. Nah saya paling rekemen beli dengan Etiqa Travel Insurance (Takaful). Travel Insurance paling top di dalam Malaysia.

Lagi menarik Etiqa Travel Insurance ni ada 4 jenis cover iaitu :-

1. TripCare 360 Takaful

2. TripCare 360 Insurance

3. Travel Ezy Insurance

4. i-Travel Ezy Takaful

Setiap cover ada kelebihan dan perbezaan. Sebab apa? Sebab setiap kita ada keperluan untuk dapatkan perlindungan berbeza. Jadi Etiqa cuba sediakan perlindungan melalui travel insurance untuk korang ikut apa yang korang perlu bagi setiap trip.

Korang boleh buka website Etiqa ini untuk dapat maklumat lengkap. Dan yang paling saya suka, kita boleh beli online untuk travel insurace dengan Etiqa dan terus dapat jimat 25%. Banyak tu penjimatan, bayangkan kalau travel dengan satu family atau dengan group yang besar.

Yang bestnya lagi. Part claim, sangat pantas. Ini perkara yang paling penting saya tengok kalau nak beli mana-mana insurance.

Tujuan artikel ini ditulis bukanlah untuk menakutkan korang. Tapi lebih kepada memberi kesedaran dan awareness. Sebaiknya masukkan sekali travel insurance ke dalam bajet travel korang.

Juga, sila beri perhatian kepada jumlah atau nilai perlindungan yang disediakan untuk setiap risiko. Jangan kerana nak bayar premium paling murah, korang sanggup ambil cover ciput.

Malahan tak keterlaluan jika saya katakan, perbandingan antara premium yang perlu dibayar dan perlindungan yang disediakan, sangat jauh berbeza jumlahnya. Usah kerana nak berjimat beberapa ratus ringgit korang sanggup tanggung risiko yang bernilai puluhan ribu ringgit.

Nak mati kat mana-mana boleh mati bila ajal dah tiba. Tapi janganlah hingga kematian kita membebankan orang-orang  tersayang  yang masih hidup. Apatah lagi jika mereka perlu bergolok bergadai demi membawa balik sekujur tubuh kita yang telah kaku.

Travel safe. Travel smart.