bantuan prihatin nasional
Advertisement

Sehubungan dengan pengumuman Perdana Menteri mengenai Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat bernilai RM250 billion pada 27 Mac 2020, berikut adalah serba sedikit tentang cara-cara untuk memohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN) tersebut.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia, pembayaran akan dibuat sebanyak 2 kali; akhir bulan April dan bulan Mei.

Bayaran tersebut adalah seperti berikut:

• RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah. Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April dan RM600 pada bulan Mei.

• RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 yang akan dibayar pada bulan April sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei.

• RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April dan baki RM300 pada bulan Mei.

• RM500 kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000. Bayaran sebanyak RM250 akan dibuat pada bulan April dan baki RM250 pada bulan Mei.

Siapa Yang Layak Memohon Bantuan Prihatin Nasional?

Kementerian Kewangan juga melampirkan kategori penerima, kelayakan dan cara pembayaran dilakukan:

KategoriPendapatan BulananPeringkat PembayaranPeringkat PembayaranJumlah (RM)Cara Pembayaran
Bayaran Pertama (April) Bayaran Kedua (Mei)
Isi RumahRM0 – RM4000RM1000RM600RM1600Debit terus ke akaun bank sekiranya pernah minta Bantuan Sara Hidup (BSH)
Isi RumahRM4001 – RM8000RM500RM500RM1000Debit terus ke akaun bank berdaftar dengan LHDN
BujangRM0 – RM2000RM500RM300RM800Debit terus ke akaun bank sekiranya pernah minta Bantuan Sara Hidup (BSH)
BujangRM2001 – RM4000RM250RM250RM500Debit terus ke akaun bank berdaftar dengan LHDN

Bagi mereka yang pernah memohon Bantuan Sara Hidup (BSH), anda tidak dikehendaki untuk membuat pendaftaran baru.

HOT  50 Kata-Kata Semangat Belajar dan Berjaya

Bagi mereka yang belum berdaftar, anda boleh membuat permohonan di laman web LHDN bermula pada 1 April 2020.

Diharapkan bantuan ini dapat meringankan sedikit beban rakyat terutamanya golongan B40 serta M40 yang terjejas dari sudut kewangan sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan sejak 16 Mac 2020.

Sekiranya ada pertanyaan, anda boleh terus menghubungi Kementerian Kewangan dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia melalui nombor-nombor telefon atau saluran-saluran berikut:

Nombor TelefonEmel / Media SosialWaktu Operasi
Kementerian Kewangan03-8882 9089
03-8882 9087
03-8882 9191
03-8882 4565
03-8882 4566
bsh@treasury.gov.my
pre2020@treasury.gov.my

Telegram: PRE PRIHATIN
Facebook: Kementerian Kewangan Malaysia
9 pagi – 5 petang
Ahad – Jumaat
LHDN1-800 882 747
03-8911 1000
9 pagi – 5 petang
Ahad – Jumaat