MyEG – Ramai sudah pasti biasa kalau nak renew Road Tax mesti pakai MyEG. Tapi sebenarnya ada cara lain yang lagi jimat iaitu anda boleh direct renew car insurance anda terus ke website etiqa.
Serious, dulu ingat kalau renew online hanya MyEG sahaja. Rupanya boleh jer direct di website etiqa. So kat sini aku nak buat sedikit explaination dan juga tutorial nak renew car insurance menggunakan website etiqa.
Dua Jenis Insuran Kereta dari etiqa
Di etiqa, diorang ada terbahagi kepada dua jenis insuran kereta. Sebenarnya sama jer cuma satu takaful dan satu lagi tak takaful. Itu sahaja… so kalau kita orang Islam saya cadangkan anda ambil Takaful, sebab anda akan dapat cash rebate kalau anda tiada claim semasa insuran anda tamat. Best ke Best?
- Motor Takaful
- Motor Insurance
Selain itu, kalau anda direct order di website etiqa. Anda dapat JIMAT 10% berbanding anda beli melalui ejen atau website seperti MyEG. Best ke Best? Saya pun baru tahu, sebaik buat survey sikit. So jimatlah 10%… boleh bawak family makan best-best sikit atau layan Ikan Patin Tempoyak kat Restoran Temerloh Seksyen 15 Shah Alam (sempat selit… sebab memang sedap weiiii sini… panas-panas).
Cara Renew Car Insurance di Website etiqa
Langkah 1 : Buka Website etiqa car insurance
First, korang kene buka website etiqa bahagian car insurance. Kalau korang malas nak Google, korang click jer sini –> Car Insurance Takaful . Kemudian, korang pilih lah sama ada Motor Takaful atau Motor Insurance. Kalau nak tau detail korang click pula Learn More kat bahagian bawah tu. So bacalah satu persatu sampai korang faham.
Langkah 2 : Masukkan Maklumat Berkaitan
Step seterusnya mudah, anda cuma perlu isikan maklumat seperti No Plate Kereta, Poskod dan No Kad Pengenalan dan click butang “Get A Quote”. Mudah kan? Kalau kurang pasti boleh click button belah kanan sebelah bawah. Boleh chat terus dengan Customer Service.
Langkah 3 : Semak Maklumat
Selepas anda click pada butang “Get A Quote”. Anda akan dibawa pada paparan seterusnya dan maklumat kenderaan dan pemilik kereta akan muncul. Anda boleh semak samaada betul atau tidak. Jika ada sebarang kemusykilan, anda boleh tanya customer service dengan click butang disebelah kanan bawah anda.
Langkah 4 : Perlindungan Tambahan
Jika anda scroll pada paparan sebelum ini. Anda boleh lihat option untuk perlindungan tambahan. Anda boleh cuba click dan lihat perubahan harga insuran kereta anda. Anda juga boleh tarik button Sum Covered jika anda ingat tambah jumlah perlindungan yang anda inginkan. Contohnya di gambar diatas. Saya pilih RM30,000 sahaja. Kalau saya tarik ke RM37,700. Harga insuran kereta saya juga akan bertambah. Dalam Kes ini, saya biar kan kepada biasa dan normally saya akan tambah Windscreen Coverage. Jika anda selesai, click button “Next”
Langkah 5 : Buat Bayaran
Done, part terakhir adalah anda kene buat bayaran. Anda boleh pilih payment method yang anda rasa sesuai dengan anda. Dalam kes ini saya pakai Maybank2u sebab saya ada akaun Maybank.