popia carbonara
Advertisement

Rangup di luar berkrim cheese di dalam! Lazat yang tidak boleh dibawa bincang lagi. Jom kita cuba resepi popia carbonara chees ini.

Bahan-Bahan:

  1. Bawang putih 3 ulas
  2. Bawang Holand separuh biji
  3. Ayam cincang 200g
  4. Sosej
  5. Prego Carbonara
  6. Kulit Popia (Saiz besar)
  7. Chedar Cheese
  8. Telur (untuk lekatkan kulit popia)
  9. Serbuk perasa dan garam

Cara-Cara:

  1. Untuk sediakan inti, tumis bawang putih dan bawang holand yang telah diblend halus. Masukkan ayam cincang dan sosej. Goreng sehingga masak. Masukkan satu tin Prego Carbonara dan bahan perasa (garam dan serbuk perasa). Biarkan inti tersebut mendidih kemudian masukkan dua slice Chedar Cheese. Padamkan api dapur & dan siap!. (Tidak perlu tambah air ya, jika tidak nanti inti berair… biar pekat-likat sahaja)
  2. Sejukkan inti supaya mudah untuk bentukkan popia. Bungkus inti tersebut dan boleh tambahkan lagi Chedar Cheese dan gunakan telur untuk lekatkan kulit popia.
  3. Gorengkan popia sehingga bertukar warna perang dan siap!

Sudah siap popia carbonara cheese!

Kredit: Puan Nurhezlynda Mat Din untuk resepi dan gambar (FB: Nmd Din)

HOT  Resepi Nutella Biscuits: Kelazatan Manis yang Menggoda