software development malaysia
Advertisement

Memilih pembekal atau pembangun perisian yang sesuai di Malaysia adalah perkara yang sangat penting buat perniagaan di masa kini. Inilah adalah sebab perisian menjadi tulang belakang dalam operasi dan kecekapan syarikat dalam bersaing di zaman revolusi industri 4.0. Pembekal yang mempunyai kepakaran dan rekod kejayaan akan membantu perniagaan berkembang pesat dan meningkatkan taraf persaingan anda.

Dalam landskap perniagaan semasa, memilih rakan pembangunan perisian yang tepat adalah kunci dalam memastikan keperluan anda dipenuhi. Pilihan anda terdiri daripada syarikat-syarikat besar dengan sumber yang luas, pelbagai tahap kemahiran dan kepakaran, kepada perusahaan kecil dan sederhana yang menumpukan pada penyelesaian khusus untuk segmen teknologi yang tertentu.

Sebelum anda memutuskan untuk berurusan dengan syarikat pembangunan perisian (software development Malaysia), terdapat beberapa soalan utama yang perlu dipertimbangkan. 

1. Adakah kita betul memerlukan penyelesaian ini?

Soalan pertama yang perlu di fikirkan adalah sama ada syarikat perlu membeli atau membangun penyelesaian perisian itu dengan kadar segera. Jawapannya mungkin berbeza, bergantung kepada keperluan perniagaan dan belanjawan. Jika jawapannya adalah hanya meniru pesaing anda yang sudah menggunakan penyelesaian yang sama, anda harus berfikir dua kali. Jika perisian membawa nilai kepada perniagaan di syarikat lain, itu tidak bermakna ia akan berfungsi dalam kes anda.

Perhatikan keserasian teknologi. Sering kali kita mendengar projek perisian yang gagal di mana syarikat telah membelanjakan berjuta-juta ringgit pada penyelesaian perisian tanpa memahami fungsi dan manfaat yang terlibat. Senario sedemikian harus dielakkan dengan memastikan justikasi pembangunan perisian dilaksanakan.

2. Adakah kita perlu membeli perisian, atau adakah kita perlu mengubah proses perniagaan kita?

Sebelum kita memilih syarikat perisian, luangkan masa bersama pasukan anda untuk mendefinisikan dengan jelas dan mendapatkan kejelasan tujuan membeli atau membangun perisian.

HOT  iOS 13 : Ciri-Ciri Menarik yang Perlu Anda Tahu

Anda dinasihatkan untuk berbincang dengan pasukan anda pada setiap tahap yang berbeza, biarkan mereka berkongsi pendapat mereka dan menganalisa masalah yang sedia ada.

Dari situ, anda boleh memilih sama ada untuk meneruskan pembangunan perisian atau mengkaji semula proses perniagaan semasa anda.

3. Apakah ciri-ciri yang penting dalam memilih pembekal (software development Malaysia)?

Apabila mencari pembekal perisian di Malaysia, anda mesti mengkaji dengan tepat apakah modul atau fungsi yang diperlukan oleh penyelesaian yang dicari sebelum mencari kepakaran yang unik dari setiap pembekal. Umpamanya dalam bidang  perisian Enterprise Mobility Solutions (EMS), Tricubes mempunyai kepakaran yang mendalam untuk membangun dan menyelengara perisian untuk segmen ini.

4. Adakah mereka mempunyai rekod kejayaan di pasaran?

Dalam memilih pembekal atau rakan pembangunan perisian, rekod syarikat pembekal teramatlah penting. Bukan sahaja ia membuktikan keupayaan syarikat, malah mengurangkan risiko kegagalan pembangunan perisian kerana spesifikasi perisian sangat mudah disalahtafsirkan walaupun telah di terjemahkan dengan sebaiknya. 

Pengetahuan berkaitan industri adalah juga penting kerana ia dapat memberi pengalaman yang mendalam apabila menyediakan penyelesaian untuk pengguna perisian.

5. Bolehkah mereka menyediakan kajian kes, rujukan, dan statistik kepuasan pelanggan?

Bukti rekod adalah amat penting dalam meyakinkan sebuah syarikat untuk berurusan dengan pembekal atau pembangun perisian. Kebiasaanya, pelanggan yang berpuas hati akan suka memberikan maklum balas dan testimoni yang positif.

Semak reputasi mereka dengan pelanggan mereka yang lain dan cuba baca mengenai testimoni atau ulasan di platform seperti LinkedIn dan forum dalam talian.

Anda boleh juga meninjau aktiviti syarikat di media sosial untuk mengetahui pendapat orang ramai mengenai syarikat itu walaupun kebelakangan ini pendapat di media sosial selalunya tidak tepat.

HOT  10 Perkara Menarik Tentang BigPay Card Yang Anda Tak Sedar

6. Berapa lamakah diperlukan untuk membangun dan menghasilkan perisian?

Bagi syarikat pembangunan perisian yang mengamalkan Agile Methodology dalam projek mereka , metodologi ini selalunya lebih efisien dalam mencapai tarikh akhir sesuatu projek. 

Ahli – ahli pasukan yang bekerja secara bebas untuk menyiapkan projek dapat membangun dan memperbaiki perisian secara berterusan di dalam metodologi ini..

Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa terdapat had tertentu untuk seberapa cepat perisian boleh dibangunkan, diuji dan disiapkan. Skala penyelesaian, titik integrasi dan modul yang terlibat dapat menentukan sejauh mana projek dapat dilaksanakan dengan cepat.

————————————————————————————————-

Tricubes Berhad adalah sebuah syarikat teknologi yang telah ditubuhkan dalam tahun 1998 dan berpakaran dalam 3 segmen teknologi maklumat – Enterprise Mobility Solutions (EMS), Penyelesaian Pengesahan Pengenalan (IAS) dan Perkhidmatan Penyelenggaraan IT. 

Pelanggan mereka terdiri daripada agensi penguatkuasa kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan institusi kewangan di Malaysia.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penyelesaian Tricubes, sila layari laman web mereka di sini hari ini.