mykad
Advertisement

Pernahkah anda mendapat bil barangan yang anda tidak beli?

Dalam arus kemodenan sekarang, kes kecurian identiti adalah isu serius yang boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Ianya dikira satu kecurian kerana maklumat peribadi seseorang digunakan untuk mendapat akses kepada maklumat sumber kewangan individu tersebut malah maklumat peribadi individu yang lain.

Apabila maklumat peribadi anda jatuh ke tangan orang lain, bukan sahaja anda perlu risau tentang duit anda dikeluarkan dari bank oleh pencuri identiti, malah maklumat peribadi anda berisiko untuk dijual di dark web kepada penjenayah lain.

Malangnya, masih ramai yang tidak mengambil langkah selamat untuk menentang kes kecurian identiti. Inisiatif mudah yang boleh dicadangkan adalah, melabur pada kata kunci anda dan pilih untuk tidak berkongsi maklumat peribadi anda dengan sesiapa pun.

Biometrik

Kata Kunci (passwords) adalah langkah keselamatan yang masih menjadi persoalan tentang keberkesanannya. Namun, dalam perdebatan ini, tiada siapa boleh menyangkal biometrik adalah langkah keselamatan yang boleh dipercayai. Biometrik terbukti lebih selamat kerana sifatnya mempunyai keupayaan untuk mengesahkan sesuatu.

Biometrik mampu mengesahkan identiti dengan menggunakan karakteristik individu tersebut. Ia mengukur setiap fizikal dan perlakuan inividu berikut untuk pengesahan identiti yang lebih terjamin.

Antara pilihan yang diiktiraf untuk biometrik adalah pengesahan cap jari dan pengecaman muka yang menggunakan kaedah biometrik yang maju serta dibangunkan dan diuji secara meluas.

Sebagai contoh, Halifax Bank sedang menguji peralatan untuk memeriksa kadar degupan jantung seseorang bagi mengesahkan identiti pelanggan. Juga tidak ketinggalan Syarikat Ford Motor, merancang untuk menggunakan sensor biometrik pada kereta mereka selain daripada mekanisme kunci yang lebih konvensional.

Pembaca MyKad atau Kad Pintar

Pembaca MyKad atau kad pintar adalah satu alat yang membaca Mykad dan juga kad pintar yang lain.

HOT  Sony Mengesahkan Tidak Akan Memasuki Pasaran Telefon Pintar Malaysia

Karakteristik kad pintar yang mempunyai cip yang dibina di dalam biasanya digunakan untuk mengesahkan dan menyimpan maklumat peribadi.

Terdapat dua jenis pembaca kad pintar; model sentuh dan model tanpa sentuh.

Pembaca kad pintar model sentuh (Contact) – Kad hanya boleh dibaca apabila pengguna memasukkan kad secara manual ke dalam alat itu. Pembaca kad jenis ini lebih digunakan apabila ianya memerlukan langkah keselamatan yang lebih tinggi seperti ID.

Pembaca kad pintar tanpa sentuh (Contactless) – Kad dibaca dengan menggunakan Pengenalpastian Frekuensi Radio (RFID) dimana kad itu diletakkan berdekatan dengan alat pembaca. Kad tidak perlu dimasukkan ke dalam pembaca kad.

Perbezaan kedua-dua model ini adalah, bagaimana cip yang ada pada kad berfungsi. Antara keduanya, pembaca kad tanpa sentuh lebih mesra pengguna kerana ianya mudah digunakan dan menjimatkan masa.

Kad pintar hadir dalam pelbagai jenis, ciri-ciri, faktor, keupayaan,  dan cara pengggunaan. Untuk membaca lebih mendalam tentang pembaca kad pintar dan perbezaan ciri-ciri yang ada anda boleh baca di sini.

Pembaca Kad Pintar – Jenamanya.

Ada pelbagai jenis pembaca kad pintar di Malaysia. Apakah kekuatan dan kelemahannya? Apakah penggunaan utamanya? Mari lihat dengan lebih dalam.

Tricubes Sekure 5

https://lh6.googleusercontent.com/YPjKNTeaFedriuvF594nV65RTH-ugM3v2YaqKs5N49mXVV0tkhQOcBnWmWHeebBJJK0BLZjuR4CsimbAnjamTjd2T3y01QIBbTjXzdtXNEek8yjQg2FgQB3Wf_vKEDE6W87fceyKo3ymN2_5YO1rThY

Kemampuannya:

  • Sekure 5 mempunyai 1 slot SAM tambahan sebagai fungsi pembaca kad sentuh dan tanpa sentuh MIFARE®, satu-satunya yang mempunyai ciri-ciri tersebut dalam segmen ini.
  • Untuk penyambungan, ianya menggunakan USB yang boleh disambung kepada PC atau Mac. Disokong dalam hampir kesemua versi Windows dan Apple OS.
  • Alat ini dibina dengan pembaca cap jari Morphosmart CBM-V3 yang terbaharu, membolehkan pengesahan cap jari yang pantas dan tepat.

Ciri-ciri

  • Sekure 5 cuma memerlukan 0.9 saat untuk pengesahan (one-to-one) dan 1 saat untuk identifikasi (one-to-many) sensor cap jari.
  • Ianya mempunyai database yang besar dengan kapasiti sehingga 10,000 templates.
  • Sekure 5 menyokong program terbaharu EBA (Enhanced Biometric Access) MyKad untuk ciri keselamatan yang lebih kukuh.
HOT  IoT (Internet Of Things) & Blockchain - CABARAN DAN RISIKO

Malah, rekaannya juga menarik. Lihat sahaja bentuknya yang unik!

Lebih-lebih lagi, ianya mempunyai False Acceptance Rate (FAR) yang boleh diubah untuk memproses cap jari pengguna yang muda.

Kesemua 4 model pembaca kad pintar mempunyai 500dpi sensor dengan pembaca cap jari dan kad.

Untuk perbandingan yang lebih jelas, boleh lihat di bawah ini:

https://lh5.googleusercontent.com/llOhLweuGPJ1WjgLmFLUJJ5ZSb6pGIVmNFSNZBErYVm3nlfw4-YFIjDFHere592WSYtkqoneyiQdTdzq-z0JrSrzPK17Ie9fdyDAGUq8y3LS8fuThsQn7V7ukQjgGTP1e5Bds_v_jgI9gYRd__vwDYI

Keputusan anda?

Jadi, pembaca kad yang mana yang anda mahukan?

Sekarang, banyak kebaikan positif yang memihak kepada Sekure 5. Sekure 5 adalah pilihan terbaik untuk dijadikan pembaca biometrik MyKad.

Malah harganya yang rendah seperti tidak setanding dengan fungsinya yang pelbagai. Tambahan pula alat ini mempunyai kemampuan untuk memproses maklumat dengan pantas dan rekaan yang menarik.

Kemampuannya yang mempunyai fungsi sentuh dan tanpa sentuh dalam satu alat membuktikan Sekure 5 ada kelebihan daripada pembaca kad pintar yang lain.

Sekure 5 dari Tricubes mempunyai kesemua fungsi untuk menjadikan ianya alat pengesahan biometrik yang paling hebat. Tidak dilupakan juga ianya mempunyai laman rujukan yang kuat.

Tricubes adalah peneraju biometrik di Malaysia dengan rekod yang baik malah syarikat ini mempunyai Enterprise Mobility Solutions (EMS), Identity Authentication Solutions (IAS) dan IT Maintenance Services (ITMS) untuk kedua badan kerajaan dan swasta.

Kalau anda perlukan pembaca biometrik yang efisien, selamat dan dalam harga yang berpatutan, anda boleh dapatkannya di Tricubes.

Untuk lebih maklumat anda boleh hubungi Tricubes di sini.