“Eh, apa password untuk myBSN online aku ni yer?”
Ramai yang mengadu sukar untuk dapatkan balik password BSN online mereka.
Di sini kami kongsikan tutorial cara-cara tukar password myBSN online banking anda.
Kata laluan untuk BSN Online amat penting, jika anda terlupa atau ingin menukar kata laluan bsn, anda wajib mempunyai beberapa pekara seperti berikut :-
- Pastikan anda telah mendaftar BSN Online.
- Mempunyai internet berkelajuan tinggi untuk mengelakkan perkara-perkara seperti buffering, loading terlalu lama, sangkut yang tidak berkesudahan.
- Pastikan di tangan anda mempunyai atm/debit kad BSN, kerana semasa pertukaran kata laluan BSN Online wajib memasukkan nombor kad atm/debit anda.
- Pastikan nombor telefon bimbit anda telah berdafatar bersama BSN online, untuk kegunaan OTP/TAC nombor.
Cara Menukar BSN Login
Antara langkah awal sebelum melakukan pertukaran myBSN ini, anda harus pergi ke laman web https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do .
Terus pergi ke Forgot Password,anda perlu berhati-hati untuk tidak sama sekali membuka mana-mana link selain link yang telah diberikan ini bagi mengelakkan dari scammer.
Langkah seterusnya ialah:
- Masukkan username BSN Online anda.
- Masukkan juga debit / kredit kad nombor yang berdaftar bersama BSN.
- Nombor cvv2, tiga nombor belakang kad debit / kredit kad anda.
- Expiry Date, masukkan tarikh luput kad debit / kredit kad yang tertera pada muka hadapan kad.
- Jangan lupa penuhkan borang BSN Online ini dengan ic anda.
- Dan klik pada submit.
Permintaan ini belum selesai, anda akan dibawa kepada laman untuk membina kata laluan BSN Online yang baru! Caranya seperti ini
- Paparan akan menunjukkan id bagi username anda, sila pastikan ianya tepat dan betul.
- Buat satu kata laluan yang baru di New Password, pastikan kata laluan yang baru ini lebih kuat sebagai contoh “Solat_Wajib_5waktu”pastikan kata laluan ini mempunyai huruf besar, huruf kecil, nombor dan apa-apa simbol, kata laluan yang kuat bagi mengelakkan dari scammer durjana.
- Masukkan kembali kata laluan baru di confirm new password.
- Klik pada request OTP dan anda akan diberikan satu nombor khas pada telefon bimbit yang telah berdaftar bersama BSN Oline banking, setelah itu masukkan OTP Number ke bahagian OTP Number.
- Sebelum submit anda diingatkan supaya melihat semua data adalah tepat dan terus klik pada sumbit.
Tahniah! Anda telah berjaya membuat kata laluan yang baru.
Sila pastikan kata laluan BSN Online yang baru ini dicatit atau disimpan.
Ingat jangan sesekali berkongsi kata laluan anda pada mana-mana individu yang anda tidak kenali.
Jika anda menghadapi sebarang masalah ketika melakukan proses ini ataupun berlaku sebarang keraguan, hubungi rakan support BSN di 1300881900 (customer service Bank Simpanan Nasional).
Akhir kata disini, teknologi memudahkan manusia berhubung dan melakukan seberang aktiviti-aktivi degan begitu mudah dan cepat, begitu juga dengan penipuan online begitu banyak berlaku sekarang.
Tuntasnya, jika kata laluan anda sudah begitu lama, anda perlu bertindak menukarkan dengan segera.
Jadilah pengguna yang bijak, semoga artikel kali ini bermanfaat untuk semua.
Terima kasih.
Bacaan Lebih Lanjut: Cara Semak Penyata Gaji Secara Online