forex
Advertisement

Forex merupakan singkatan daripada Foreign Exchange. Ia merupakan aktiviti memperdagangkan matawang suatu negara dengan matawang negara yang lain. Untuk pengetahuan anda, forex merupakan salah satu pasaran kewangan terbesar di dunia bagi memperdagangkan pelbagai matawang.

Bank International for Settlement (BIS) ada membuat kajian pada akhir tahun 2004 dimana nilai transaksi pasar forex mencapai lebih dari USD$1,4 Trillium per hari. Disebabkan ini, sangat bagus bagi prospek untuk melabur di perdagangan forex.

Selain itu, forex juga merupakan alternative yang paling popular kerana Return On Investment (ROI) serta profit yang dapat di jana lebih lumayan melebihi perdagangan lain pada umumnya. Kebiasaannya rata-rata return sekitar 5%-10% per bulan. Tetapi bagi professional trader, boleh mencapai lebih dari 100% per bulan.

Namun awas ya! Disebabkan pergerakan yang cepat tersebut, Forex berisiko tinggi sekiranya anda tidak mempunyai pengetahuan yang cukup serta tidak mempunyai pengurusan kewangan yang baik.

Berikut merupakan beberapa persoalan lazim berkaitan forex:

Mata wang apakah yang diperdagangkan?

Semua mata wang dunia yang umum dan yang memiliki daya jual tinggi seperti USDollar, Euro, Franc, Yen, Poundsterling dan lain-lain. Di dalam forex ini, anda dapat membeli atau menjual mata wang yang diperdagangkan. Objektifnya adalah bagi mendapatkan keuntungan dan profit daripada posisi transaksi yang anda lakukan.

Bagaimanakah cara mengira hasil transaksi Forex?

Sekiranya anda melakukan transaksi BUY atau offer dari suatu mata wang dan kemudiannya angka SELL atau bid nya bergerak melebihi angka BUY anda, ini bermakna anda akan mendapatkan keuntungan daripada transaksi yang anda lakukan.

Begitu juga jika anda melakukan SELL atau bid dan kemudiannya angka BUY atau offer bergerak lebih kecil dari posisi SELL anda tadi, anda akan memperoleh keuntungan. Tetapi sekira sebaliknya yang berlaku, anda akan mengalami kerugian.

HOT  Logo Design Malaysia: Baca Artikel Ini Sebelum Anda Membuat Logo

Berapakah jumlah modal untuk trading Forex?

Bagi anda yang baru berjinak-jinak dengan forex ni, dicadangkan untuk anda menggunakan platform Marketiva. Hal ini kerana anda tidak perlu mendepositkan sejumlah wang bagi membolehkan anda melakukan live trading. Sekiranya anda mendapat profit, ia akan masuk ke akaun anda sepenuhnya. Malah jika anda rugi, anda tidak akan berhadapan dengan apa-apa risiko!

Marketiva juga menerima Real Live Trading jenis Mini Forex dengan jumlah modal deposit awal yang ditetapkan sebesar US$500. Manakala bagi Regular Forex, modal deposit awal yang ditetapkan sebesar US$5000. Seterusnya bergantung kepada kemampuan anda bagi mendepositkan modal.

Apa itu Quantity Contract Size dan Margin?

Quantity contract size merupakan nilai daya ungkit atau leverage. Contohnya anda ingin berdagang di sebesar $10000, maka cukup bagi anda mengeluarkan modal sejumlah $500 atau lebih kecil. Tidak perlu keluarkan modal $10000 supaya membolehkan anda trading di jumlah $10000. Ini yang untung berdagang Forex, biarpun modal anda kecil anda boleh mendapatkan nilai transaksi yang lebih besar.

Margin pula adalah nilai jaminan sewaktu anda melakukan sesuatu transaksi dan besarnya adalah 1% dari quantity contract size yang anda perdagangkan. Hal ini bagi menjamin anda mempunyai dana yang cukup bagi bertransaksi di sesuatu jumlah. Setelah transaksi anda selesai, maka Margin (jaminan) anda akan dikembalikan.

Bilakah masa yang sesuai untuk berdagang di pasaran Forex?

Pasaran Forex ni di buka 5 hari seminggu dan 24 jam sehari. Bermula pada pukul 5 pagi hari Isnin dan berakhir pada pukul 5 pagi hari Sabtu. Jadinya anda mempunyai kebebasan untuk berdagang di forex pada bila-bila masa sahaja yang anda rasakan sesuai.

HOT  Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK): Menguji Pencapaian Pelajar dalam Pembelajaran Agama

Kesimpulannya, dalam zaman serba canggih ini, forex trading hanya dilakukan secara online. Terdapat platform trading di mana anda boleh melihat turun dan naik harga sesuatu mata wang itu. Caranya anda perlu mendepositkan sejumlah modal, ada butang “BUY” dan “SELL”, jadi anda akan gunakan modal itu untuk masuk dan keluar dari pasaran berdasarkan analisa bagi mendapatkan keuntungan.

Bagi mendapatkan akses kepada pasaran matawang antara bank, anda perlu menggunakan khidmat broker Forex. Anda boleh menggunakan khidmat Weltrade secure broker.

Kelebihan menggunakan perkhidmatan Weltrade:

  • Broker STP yang cemerlang berurusniaga
  • Spread yang rendah dan tiada sebut harga semula
  • 77 instrumen perdagangan
  • Leverage sehingga 1:1000
  • Pelaksanaan perdagangan segera dari 0.5 saat
  • Platform perdagangan terbaik di dunia

Weltrade adalah sekumpulan 65 profesional dengan pengalaman antarabangsa yang meluas dalam bidang kewangan dan teknologi internet. Menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi 24jam kepada pedagang dan pendekatan secara individu untuk setiap pelanggan.

Kenapa anda perlu menggunakan perkhidmatan Weltrade?

  • 12 tahun dalam Pasaran Forex
  • Broker berlesen yang dikawal selia
  • 100 000 pedagang dari 18 buah negara
  • Anugerah kewangan berprestij
  • Sokongan penuh pelanggan 24/7
  • Pembayaran dalam masa 30 minit

Semoga perkongsian kali ni memberikan manfaat kepada anda. Selamat Berjaya!