Logo Design Malaysia
Advertisement

Logo Design Malaysia – Pernahkah anda mengingati jenama produk tertentu hanya dengan melihat logonya? Jika ya, bermakna syarikat itu telah berjaya mencipta reka bentuk logo yang akan diingati ramai.

Walaupun ia kelihatan ringkas, logo untuk pemasaran adalah suatu pertimbangan penting bagi sesebuah perniagaan.

Inilah sebabnya mengapa banyak syarikat dan jenama berani melabur dalam reka bentuk logo design Malaysia bagi perniagaan atau brand sebagai representatif dan mudah diingati oleh pengguna.

Logo merupakan cara ringkas dan berkesan untuk menyampaikan maklumat tentang perniagaan anda. Logo ialah bahagian penting dalam jenama syarikat anda dan mempunyai kesan yang besar terhadap cara orang ramai melihat syarikat anda.

Malah, logo ialah salah satu pelaburan jenama terpenting yang perlu anda lakukan dalam perniagaan anda.

Jadi, betapa pentingnya logo dalam perniagaan?

Logo itu boleh digambarkan sebagai wajah syarikat. Ingat, logo anda ialah perkara pertama yang bakal pelanggan perhatikan tentang perniagaan anda. Logo bukan sekadar imej, logo adalah jenama syarikat.

Logo design di Malaysia yang direka bentuk dengan baik ialah cara mudah untuk menyampaikan kepada bakal pelanggan bahawa perniagaan anda adalah profesional, boleh dipercayai dan menawarkan barangan atau perkhidmatan yang berkualiti.

Faktor yang Perlu Dipertimbangkan

Logo mesti kelihatan tersendiri dan unik agar dapat dikenali dan cukup mudah untuk digunakan dalam banyak medium. Logo yang baik ialah logo yang mudah diingati dan memberikan tanggapan pertama yang baik.

Walau bagaimanapun, saiz logo harus efektif untuk mana-mana medium.

Warna juga merupakan pertimbangan penting. Pertimbangkan sama ada anda perlu menggunakan banyak warna atau hanya hitam dan putih yang bersesuaian dengan perniagaan.

Butiran dalam logo juga penting. Perhatian khusus mesti diberikan kepada setiap elemen logo, termasuk warna, bentuk dan font. Semua elemen ini membantu menyampaikan mesej tentang perniagaan anda.

HOT  Cara Renew Road Tax & Insurans Kereta Selain MyEG (Mudah dan Jimat 10%)

Reka bentuk logo selaras dengan imej jenama syarikat

Visual dan imej harus sepadan dengan imej syarikat anda untuk mengelakkan percanggahan atau kekeliruan dalam fikiran pelanggan. Semua warna, bentuk, imej dan font mestilah

konsisten dengan idea yang ingin anda sampaikan. Logo anda amat penting untuk menyampaikan mesej yang betul tentang syarikat anda.

Contohnya produk minuman. Kita boleh lihat banyak produk minuman menggunakan pembungkus cawan plastik atau cawan kertas di pusat beli-belah hari ini. Sudah tentu, syarikat itu tidak mahu mensia-siakan peluang ini untuk mencetak logo produk pada cawan plastik untuk tatapan ramai orang.

Logo perniagaan sangat penting. Jika terdapat sedikit ketidakpadanan antara logo dan imej perniagaan anda, pelanggan akan menilai perniagaan anda dengan teruk. Logo perniagaan mentakrifkan imej syarikat anda.

Menerusi sebuah video di TikTok, seorang lelaki telah berbincang satu teori yang Starbucks lakukan demi viral marketing untuk meluaskan pemasaran Starbucks tanpa perlu siaran iklan komersial. Menurut pebualannya:

“Pernah tak menonton iklan Starbucks?” tanya lelaki yang memakai baju Guess.

“Langsung tak pernah tonton iklan Starbucks sepanjang hidup saya,” balas lelaki yang memakai topi.

“Starbucks tak perlu iklan, kita sendiri yang hasilkan iklan untuk mereka.

Biasanya pelanggan Starbucks akan memuat naik foto cawan Starbucks yang bertulis nama mereka di media sosial. Individu lain juga akan terpanggil untuk mencuba menu Starbucks apabila melihat foto tersebut.

Ini dipanggil strategi viral marketing secara percuma bagi Starbucks.

Bagi mendapatkan perkhidmatan logo design Malaysia yang bersesuaian dengan perniagaan anda, hubungi kami di www.bomstart.my