kwsp i akaun
Advertisement

Berikut adalah cara-cara untuk membuat semakan penyata EPF bagi mereka yang telah mencarum sebagai pencarum KWSP.

Bagaimana Mendaftar KWSP i-Akaun?

Jika anda belum memiliki penyata KWSP, terdapat pelbagai cara untuk mendaftar sebagai ahli KWSP.

  • Automatik

Seperti dinyatakan di dalam Borang KWSP 6 (Borang A), pendaftaran ini dilakukan atas nama dan nombor MyKad individu. Akaun anda hanya akan diaktifkan setelah KWSP mendapat pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Anda akan menjadi ahli KWSP secara automatik apabila KWSP menerima caruman pertama daripada majikan.

  • Kaunter

Ahli boleh mendaftar sebagai di mana-mana kaunter KWSP hanya dengan menggunakan MyKad.

Jika pengesahan gagal atau anda bukan warganegara Malaysia, anda perlu melengkapkan Borang KWSP 3 (Daftar). Anda akan menerima notis dengan nombor ahli KWSP sebaik pendaftaran diluluskan.

  • i-Akaun Majikan

Majikan anda boleh mendaftarkan anda sebagai ahli KWSP melalui i-Akaun (Majikan) dengan maklumat anda.

Apabila pendaftaran berjaya, anda akan menerima notis berserta ahli KWSP.

  • Kiosk

Dengan hanya menggunakan MyKad dan pengesahan cap ibu jari, anda boleh mendaftar sebagai ahli di mana-mana lokasi yang mempunyai Kiosk KWSP.

Anda akan menerima notis berserta nombor ahli KWSP sekiranya pendaftaran berjaya.

Kemudahan yang Disediakan Dalam i-Akaun

Ahli KWSP boleh:

  • Menggunakan perkhidmatan e-Pengeluaran
  • Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya
  • Menyemak status permohonan pengeluaran
  • Menyemak sejarah pengeluaran
  • Menyemak status penamaan
  • Mengira anggaran amaun pengeluaran perumahan, simpanan dan pelaburan
  • Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat
  • Menyemak rekod transaksi caruman KWSP selama 2 tahun
  • Menyemak log aktiviti i-Akaun

Log Masuk ke i-Akaun KWSP

  1. Layari laman web rasmi KWSP di http://www.kwsp.gov.my/
kwsp epf
  1. Pilih Log Masuk ke Ahli (i-Akaun)
kwsp login
  1. Isikan ruangan ID Pengguna sementara yang diterima melalui SMS dan klik Teruskan
  1. Isikan ruangan Kata Laluan sementara yang diterima melalui SMS dan klik Log Masuk
  1. Pilih Terima dan klik Seterusnya
kwsp i akaun
  1. No. ID Pengguna yang diterima melalui SMS akan terpapar di ruangan ID Pengguna
  2. Cipta Kata Laluan baru (mengandungii 8-20 aksara dan kombinasi abjad dan nombor) dan sahkan
  3. Pilih salah satu Imej Online yang disenaraikan
  4. Isikan Frasa Rahsia (mengandungi abjad, nombor atau kombinasi abjad dan nombor sahaja, maksimum 10 aksara)
  1. Skrin pengaktifan berjaya akan dipaparkan. Ahli boleh terus login untuk menggunakan i-Akaun.

Semakan Penyata KWSP Online (Baki & Status Pengeluaran)

Sekiranya akaun telah diaktifkan, anda boleh teruskan dengan langkah-langkah berikut untuk menyemak Penyata KWSP Online.

  1. Login ke dalam akaun KWSP anda.
  2. Seterusnya, klik pada Penyata Tahunan Semasa / Tahun Sebelumnya
HOT  Kebaikan Membaca Buku dan Cara Memanfaatkannya dalam Kehidupan Harian

Penyata bagi tahun yang dipilih akan dipaparkan seperti berikut:

Penyata tersebut boleh dicetak atau dimuat turun sebagai rujukan.

Maklumat Lanjut

Sekiranya ada sebarang maklumat lanjut, hubungi KWSP di:

Baca: Cetak Penyata KWSP Dalam 7 Minit