seo malaysia
seo content marketing strategy concept search engine vector illustration

Industri SEO Malaysia Yang Semakin Pesat

Industri SEO atau Search Engine Optimization di dalam Malaysia semakin berkembang setiap tahun.

Sebenarnya ia adalah salah satu cabang Digital Marketing yang wajib dilaksanakan oleh setiap syarikat besar pada masa kini.

Selain Facebook Ads dan Google Ads, pemasaran digital menggunakan SEO adalah sangat penting.

Ini kerana dengan pemasaran SEO, ianya dapat membantu mengurangkan kos perbelanjaan pemasaran di Facebook dan Google Ads. Malah SEO adalah pemasaran digital untuk jangka masa panjang.

Mungkin ramai yang masih berfikir bahawa pemasaran SEO ini lambat mendatangkan hasil.

Tapi perlu ingat, pemasaran SEO adalah pemasaran secara organik. Ianya perlu mengambil masa sekurang-kurangnya 3 bulan hingga 6 bulan untuk mendapatkan hasilnya.

Di bawah adalah senarai Top 5 SEO Company di dalam Malaysia yang anda boleh dipercayai.

Ranking ini adalah berdasarkan kedudukan carian di Google Malaysia berdasarkan kata kunci “SEO Malaysia”.

Jika anda sedang mencari SEO Company di Malaysia, saya sarankan anda menggunakan salah satu dari syarikat di bawah, bermula dari syarikat di tangga paling teratas.

Ini kerana syarikat-syarikat ini terbukti dapat menyenaraikan keyword “SEO Malaysia” di first page enjin carian Google Malaysia.

No 1 : BOMSTART MEDIA SDN. BHD.

Website : www.bomstart.my
Lokasi : Petaling Jaya

Diasaskan oleh dua rakan yang berpengalaman di dalam Digital Marketing di dalam Malaysia oleh Rosman dan Zulkifli pada tahun 2018.

Syarikat Bomstart Media Sdn. Bhd. menawarkan servis Web Design, SEO, Google Ads, Facebook Ads, Email Marketing, Funnel Design dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan Digital Marketing.

Syarikat ini berkembang dengan pantas walaupun hanya baru ditubuhkan pada 2018.

Mereka mempunyai hampir 20 orang kakitangan yang menggerakkan syarikat ini dan telah mempunyai cawangan di London pada tahun 2019.

Walaupun baru ditubuhkan, Bomstart Media telah dapat bersaing dengan agensi-agensi lain terutama dalam servis SEO. Ini dibuktikan dengan mereka menduduki ranking No. 1 di enjin carian Google Malaysia untuk keyword “SEO Malaysia”.

No 2: Page-Rank1

Website : www.page-rank1.com
Lokasi : Kuala Lumpur

Tidak berapa banyak info yang kami perolehi tentang syarikat ini.

Berdasarkan maklumat di dalam website mereka, pejabat mereka adalah di Kuala Lumpur. Mereka menawarkan servis SEO dan Web Design.

Maklumat yang kami lihat website ini wujud sejak 2015 berdasarkan WHOIS yang kami jumpa.

Namun, mereka menduduki ranking No 1 untuk keyword “SEO Malaysia”.

No 3: SEARCHGURU SDN. BHD.

Website : www.searchguru.com.my
Lokasi : Kuala Lumpur

SearchGuru adalah di antara syarikat agensi SEO terbesar di Malaysia.

Mereka mempunyai pejabat di Malaysia, Singapore dan Hong Kong.

Diasaskan oleh Larry Lim & YC Ng pada 2012 dan mempunyai lebih daripada 45 orang team yang menjalankan servis Digital Marketing.

Di antara servis yang mereka tawarkan adalah SEO, Google Ads, Facebook Ads, Mobile Apps, Web Development dan Creative Design.

No 4: NEXUS MEDIAWORKS INTERNATIONAL SDN. BHD.

Website : www.nexusmediaworks.com
Lokasi : Puchong

Nexus Mediaworks adalah di antara syarikat yang telah lama bertapak di dalam Malaysia.

Ianya diasaskan oleh Francis Lui pada tahun 2005 dan mempunyai lebih daripada 1500 pelanggan.

Nexus Mediaworks menawarkan pelbagai servis digital marketing Malaysia seperti SEO, Social Media Marketing, Video Marketing, Analytic Services, Pay Per Click dan UI/UX Development.

No 5: CLEVERUS

Website: www.cleverus.com
Lokasi : Kuala Lumpur

Cleverus adalah sebuah SEO Agency yang tidak asing lagi. Namun, maklumat tentang syarikat mereka tiada di dalam website mereka. Syarikat ini beroperasi di Kuala Lumpur.

Di antara servis yang mereka tawarkan adalah SEO, Web Design, China Marketing, Apps Development, Influencer Marketing, Social Media Marketing dan banyak lagi.

Kesimpulan

SEO servis di dalam Malaysia pada masa ini adalah berpatutan berbanding servis SEO di negara-negara lain.

Boleh dikatakan pasaran SEO Malaysia masih lagi berada di dalam ‘Blue Ocean’ – pasaran luas yang masih belum diterokai lagi sepenuhnya.

Marketer Malaysia masih menumpukan kempen mereka kepada iklan ‘pay per click’ seperti Facebook Ads dan Google Ads.

Bagi mereka yang ingin menceburi bidang SEO, ini adalah peluang besar bagi anda.

Tawarkan perkhidmatan buat website dan lakukan pemasaran SEO.

Seperti yang diperkatakan tadi, SEO mengambil masa 3 ke 6 bulan untuk mendapatkan hasil.

Apabila cukup matang, hasil daripada SEO akan terus berkembang dengan membawa pelawat website yang berkualiti setiap bulan tanpa henti.

Website > Buat SEO > Tarik Pelawat > Jadi Pelanggan

Oleh itu, lakukan pemasaran SEO untuk kempen pemasaran online anda.

Sekiranya anda ingin membayar agensi, pilihlah agensi SEO yang terbaik.

Pastikan mereka sememangnya melakukan SEO, barulah betul “kami buat apa yang kami memang buat”.

Pastikan anda meminta case studies yang telah mereka buat untuk pelanggan-pelanggan mereka terdahulu.

Barulah anda yakin untuk buat SEO!

Baca : Apa Itu Forex?