resepi rendang ayam

Sebut sahaja resepi rendang ayam, pasti anda akan terbayangkan juadah enak yang bakal terhidang di pagi raya. Rendang seolah-olah menjadi menu wajib untuk dimakan sama ada bersama lemang, ketupat, nasi impit atau bersama nasi. Kalau tak ada rendang, raya semacam tak lengkap. Betul tak?

resepi rendang ayam

Kebiasaannya rendang akan dimasak sehari sebelum raya. Kalau di kampung, penggunaan kawah dan kayu api amat popular untuk memasak rendang. Kata orang-orang tua, kaedah ini akan membuatkan rendang menjadi lebih sedap.

Bukan itu sahaja, ada juga yang menggemari lebihan rendang yang disimpan di dalam peti kemudian dihangatkan dari hari ke hari.

Kalau nak tahu, ada pelbagai jenis resepi rendang. Ada rendang ayam, rendang daging, rendang tok, rendang kerang, rendang itik lengkuas, rendang paru dan hati, rendang ketumbar, rendang cili api dan rendang minang.

Kalau raya sebelum ini, pastinya rendang buatan ibu kita paling ditunggu-tunggu dan menjadi pilihan anak-beranak. Meriah satu rumah dibuatnya.

Berbeza pada sambutan raya kali ini, seluruh umat Islam disaran untuk tidak pulang ke kampung dan hanya duduk di rumah demi mengurangkan risiko Covid-19.

Walaupun suasana raya sedikit berbeza pada tahun ini, ia masih tak membataskan persiapan untuk keluarga kecil di rumah, kan?

Kalau sebelum ini anda tak mahir masak rendang, apa kata tahun ini anda cuba masak sendiri sampai anak-anak rasa puas makan sehingga menjilat jari.

Di sini, kami kongsikan resepi rendang ayam yang confirm jadi daripada Azie Kitchen.

Resepi Rendang Ayam Hari Raya

resepi rendang ayam

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam
  • 1 kilo santan – guna 1 santan kotak
  • 2 sudu besar kerisik
  • 2 helai daun kunyit – dihiris halus
  • 8-10 helai daun limau purut
  • Minyak untuk menumis
  • Garam 
  • Gula/gula merah 
  • Asam keping
HOT  Perbezaan Di Antara Insurans Nyawa dan Insurans Kesihatan Yang Anda Perlu Ketahui

Bahan kisar:

  • 20 tangkai cili kering – guna 4 sudu besar cili kisar
  • 2 labu bawang besar
  • 6-8 ulas bawang putih
  • 2 inci kunyit hidup
  • 4 batang serai
  • 3 inci halia
  • 3 inci lengkuas
  • 2 biji buah keras

Cara Membuat:

Tumis bahan dikisar hingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan ayam dan biarkan sehingga ayam agak kecut dan kering airnya, baru masukkan santan.

Terus masak dengan api kecil sehingga pekat dan pecah minyak.

Masukkan daun limau purut dan kacau.

Masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping. Akhir sekali, masukkan daun kunyit dan bolehlah ditutup api.

Jika anda mahu cuba resepi rendang ayam yang lain, apa kata raya kali ini sediakan rendang ayam minang?

Resepi Rendang Ayam

Di bawah kami kongsikan resepinya.

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam
  • 1 kilo santan
  • 2 helai daun kunyit dihiris nipis
  • 4 batang serai dihiris halus
  • Garam dan gual secukupnya
  • Asam keping

Bahan kisar:

  • 5 tangkai cili merah
  • 10 tangkai cili kering
  • 10 ulas bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 3 cm halia
  • 2 inci lengkuas
  • 3 inci kunyit hidup

Cara Membuat:

Masukkan santan pekat ke dalam peiuk bersama kesmeua bahan kisar, serai diketuk dan asam gelugur.

Apabila sudah pekat, masukkan ayam, garam dan gula secukupnya.

Apabila ayam sudah empuk dan kuah menjadi pekat dan kering, masukkan daun kunyit dan kacau.

Renehkan rendang sehingga naik minyak.

Mudah kan? Jangan lupa cuba dua resepi rendang ayam yang istimewa ini di pagi raya nanti!