touch n go e wallet
Advertisement

Tahukah anda bahawa Touch N Go E Wallet boleh digunakan di 150,000 outlets di serata Malaysia?

Mari pelajari cara guna Touch N Go E-Wallet. Sangat senang menggunakannya dan anda boleh ‘go cashless’ ke mana-mana sahaja!

Cara Guna Touch N Go E Wallet

  1. Pergi ke lama web Touch N Go.
https://lh3.googleusercontent.com/dvaNYMdoJBomwh_CyrQT_3XuWRi1BjCo6495PFIRV9UDFVH8s64skInMmjEOKmB096ENLoPYsXpeZr6_hx61jmBrOvEcI8NX5Z1BN4UUB69ymroECAwD1n1GvUnAWBOH7tjCG5ld
  • Daftar dengan mengisi maklumat peribadi anda.
https://lh3.googleusercontent.com/snQny4dk5x26cvBw3GSnj5fp9LVnyfNemhc9zzidYctZwnWPPDQt4qS1FXmPtkY6IJqlusUqygeCut-TnDt6MGPA-XbZDfG-tYcycYe4kKyrhHT1kdh4rwB-qCh4OjHsBcRGlLCu
  • Memuat naik kad pengenalan depan dan belakang untuk verifikasi akaun anda.
https://lh3.googleusercontent.com/NBCeqnfQDecrR0YK3EA3stARSjt4iPWBhV5EYpq3UurPMNHyc_FEUCmcDpVTYfssf_HZIwDUCkXCyswEK4kMZ1HwtK9XQ4JtC2cXbdjfVdVMbwzrFS7JPnjbQb3lOk87aQJCZyef
  • Tambah nilai boleh dibuat setelah anda mendaftar.
  • Dengan klik menu TNG Card, anda boleh menambah kad Tounch N Go anda. Kemudian, masukkan nombor siri kad untuk mendaftar.

Fungsi Touch N Go E Wallet

Selepas anda telah mendaftar, anda boleh mengakses servis yang ditawarkan dalam aplikasi ini.

  • Tambah Dana E-Wallet

Anda boleh menambah dana dengan beberapa cara iaitu kad kredit, kad debit, perbankan dalam talian dan PIN. Proses ini perlu dilakukan secara manual.

  • Pindah Dana Dari E-Wallet Ke Kad TnG

Fungsi ini membolehkan anda untuk memasukkan nombor siri kad TnG anda dan prosesnya amat mudah.

Namun, sekiranya anda menggunakan kad pengenalan, nombor siri berkemungkinan tidak ada padanya.

Anda boleh menghubungi pusat kidmat pelanggan untuk memperoleh maklumat berkaitan kad anda.

  • Pembayaran menggunakan kod QR
Index of /wp-content/uploads/2013/09

Melalui applikasi ini, pembelian atau pembayaran boleh dibuat.

Antara kategori yang menyediakan kemudahan ini adalah tambah nilai prabayar, bil pascabayar, bil utiliti, tiket wayang dan tiket kapal terbang.

Bayar Tol Dengan E-Wallet

Anda tidak perlu lagi untuk masuk lorong ‘Tambah Nilai’ untuk membayar tol.

Untuk melepasi semua lorong di tol, kad fizikal TNG anda yang didaftarkan ke dalam aplikasi ini akan digunakan.

Baki caj tol akan ditolak daripada kad fizikal sekiranya baki tidak mencukupi.

HOT  KlikBCA Individual : Panduan Registrasi dan Transaksi Online.

Anda juga boleh tahu status kad TNG anda apabila ia didaftarkan ke dalam aplikasi.

Dengan ini, anda akan lebih peka dengan jumlah baki kad anda dan boleh membuat perancangan lebih awal.

Pastikan baki sentiasa mencukupi dalam E-Wallet anda sepanjang masa untuk mengelakkan sebarang masalah semasa anda di tol.

Dekat Mana Boleh Pakai E-Wallet?

Kehidupan anda kini lebih mudah dengan menggunakan aplikasi ini.

Terdapat banyak tempat yang menyokong penggunaan E-Wallet ini:

  • Shell Petrol Pam
Ferrari small emblems big set

Memang tidak dinafikan mengisi minyak kenderaan merupakan salah satu urusan harian yang amat penting.

Dengan E-Wallet, anda tidak perlu untuk pergi ke kaunter untuk membuat bayaran.

Apa yang anda perlu buat, adalah pertama, anda perlu mengakses maklumat lokasi anda dan transaksi boleh dibuat dalam kenderaan terus.

Mula-mula anda pilih amaun yang ingin diisi, kemudian, pilih nombor pam, dan akhir sekali, masukkan nombor pin anda.

Selepas itu, anda boleh mengisi minyak seperti biasa. Mudah bukan?

  • Tengok Pawagam Dengan Tempahan Tiket Mudah
Real Style Network - Showbiz

Kini, menempah tiket wayang sudah boleh dilakukan melalui aplikasi ini.

Pawagam yang menyediakan perkhidmatan ini ialah TGC Cinema.

Antara langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk membeli tiket:

  1. Sign Up dan pastikan jumlah wang mencukupi.
  2. Memberitahu anda ingin membeli tiket wayang menggunakan E-Wallet di Kaunter TGV.
  3. Pada bahagian bayaran, barcode akan di scan oleh pekerja di kaunter.
  4. Minum Bubble Tea

Sebagai pengguna, kita boleh mengamalkan penggunaan aplikasi ini untuk menjimatkan masa pelanggan dan pekerja dalam pembayaran.

Di Tea Live, bayaran dengan scan QR code E-Wallet boleh dilakukan.

Penolakan jumlah duit akan dibuat dalam aplikasi itu bergantung kepada harga minuman anda.

HOT  10 Tips Penting untuk Pelajar yang Sambung Belajar ke Universiti

Selain daripada yang disebut, terdapat banyak lagi cawangan di seluruh negara yang menyediakan perkhidmatan ini untuk memudahkan pengguna membuat pembayaran.

Sahkan Akaun Anda

Dengan mengesahkan akaun anda, banyak lagi kebaikan yang anda akan dapati.

  • Jaminan Pulangan Wang

Risiko kehilangan baki adalah rendah kerana ciri-ciri keselamatannya yang bagus untuk melindungi pengguna.

Sekiranya, sesuatu yang tak diingini berlaku, jaminan pulangan wang pampasan penuh akan dibuat dalam tempoh 5 hari sahaja.

  • Pindah Wang

Tidak perlu guna online banking, E-Wallet menyediakan kemudahan perpindahan wang tanpa cap tambahan.

Hanya tekan dan transfer sahaja!

  • Saiz yang lebih besar

Duit dalam akaun anda boleh menampung sehingga RM 5,000.

Dengan jumlah yang besar, anda tidak perlu lah sentiasa top-up wallet.

Urusan membeli-belah juga menjadi lebih mudah dan cepat.

Nak Bagi Duit Raya Pun Boleh!

Ini cara baru untuk bagi Duit Raya, tanpa menggunakan wang kertas dan ia dijamin lebih selamat.

Yang paling penting, banyak rewards yang menanti anda!

Cashback rewards sebanyak RM 300 apabila anda memberi Duit Raya kepada rakan-rakan dan keluarga.

Anda hanya perlu:

  • Menggunakan fungsi “Transfer”, hantar jumlah wang minimum iaitu RM 5.
  • Cashback atau cashback voucher, dari RM 0.10 sehingga RM 300 akan anda terima secara random.

Kreativiti anda amat penting kerana hanya “Transfers” yang unik sahaja yang dibuat kepada penerima-penerima yang berbeza sahaja yang boleh rewards ini.

Terhad untuk “Transfer” 2,000,000 yang pertama sahaja.

Banyak faedah yang akan anda peroleh dengan menggunakan aplikasi ini. Kehidupan anda akan berubah menjadi lebih baik.

Tunggu apa lagi? Jom download Touch N Go E-Wallet!

Klik sini untuk maklumat lebih lanjut.

HOT  Berkebun DIY: Mengajar Kanak-kanak Kegembiraan Alam


Anda ingin mengeluarkan produk kosmetik jenama anda sendiri? Jangan risau, Formulab Industry boleh membantu anda dan ia merupakan kilang pengeluar produk kecantikan, kosmetik dan kesihatan jenama sendiri yang bertaraf GMP di Malaysia.