resepi kek batik
Advertisement

Siapa yang tak suka kek batik, kan? Lebih-lebih lagi buat penggemar coklat, pasti ada resepi kek batik kegemaran di dalam simpanan mereka.

Ada yang suka makan sejuk-sejuk, ada yang suka makan kek lembut begitu. Ada juga yang gemarkan rasa rangup biskut dalam setiap lapisan coklat.

Kek ini memang sesuai dijadikan hidangan minum petang, hujung minggu atau tatkala sedang menonton televisyen.

Nak tahu resepi kek batik simple tapi sedap? Teruskan membaca artikel ini.

resepi kek batik

Kek batik merupakan juadah pemanis mulut yang sangat dikenali di Malaysia. Baik yang tua atau muda, ramai yang gemarkannya kerana ia lengkap dengan rasa coklat dan dan lemak biskut Marie.

Mungkin ramai yang tak tahu bahawa kek batik adalah satu hidangan yang diperkenalkan oleh orang British ke Malaysia sewaktu zaman kolonial.

Kek batik turut dikatakan menyerupai hedgehog slice dan Kek Biskut Coklat Putera William, namun berbeza dari segi kandungannya.

Jika di Brunei, kek batik dilapisi dengan topping bewarna hijau.

Sebenarnya, nak menyediakan kek batik amatlah mudah, apatah lagi dengan bahannya tidak rumit dan banyak.

Bukan itu sahaja, anda tak perlukan ketuhar untuk membakar atau risau kalau-kalau kek jadi bantat.

Namun ada juga yang masih gagal membuatnya, ada yang complaint kek batiknya jadi terlalu keras, tak kurang juga akan yang jadi terlalu lembut.

Jangan risau, ini resepi kek batik yang confirm jadi dan patut anda cuba!

Variasi Resepi Kek Batik Yang Sedap!

resepi kek batik milo

Bahan-bahan:

  • 1 paket biskut marie (boleh pakai apa-apa jenama)
  • ¾ cawan susu tin pekat manis (boleh kurangkan jika tidak mahu terlalu manis)
  • ¾ cawan serbuk milo
  • ½ sudu besar serbuk coklat
  • Sedikit esen vanilla
  • 1 buku butter atau marjerin
  • Loyang
  • Plastik pembungkus
HOT  Keajaiban Baja: Mengenal Jenis dan Manfaat Baja Organik

Cara membuatnya:

  • Masukkan butter ke dalam periuk non-stick, kacau dengan api perlahan sahaja.
  • Selepas butter cair, masukkan susu pekat manis. Masukkan sedikit demi sedikit supaya tak terlalu manis. Kacau rata adunan.
  • Apabila sebati, masukkan milo dan serbuk coklat.
  • Kacau rata supaya tidak berketul-ketul. Adunan akan menjadi sedikit pekat dan likat.
  • Masukkan biskut merie yang telah dipecah-pecahkan, kacau rata secepat mungkin dan tutup api.
  • Jangan kacau dalam api terlalu lama supaya biskut tidak menjadi terlalu lembut.
  • Selepas tutup api, kacau lagi sehingga semua biskut disalut dengan adunan coklat.
  • Sediakan loyang yang telah dibalut dengan plastik.
  • Masukkan adunan coklat dan biskut tadi ke dalam loyang.
  • Tekan adunan menggunakan lebihan plastik supaya menjadi padat dan kemas.
  • Sejukkan di dalam peti antara 3 jam atau semalaman.
  • Untuk dihidangkan, potong kek batik dengan menggunakan pisau tajam.

Demikian resepi kek batik yang ringkas tapi sangat sedap untuk anda cuba.

Kini, ramai orang melakukan variasi terhadap kek batik supaya lebih sedap dan lebih menarik.

Di sini kami kongsikan beberapa variasi topping yang anda boleh lakukan pada kek batik anda.

kek batik coklat

1.Kek Batik dengan Chocolate Ganache

Bahan-bahan:

  • 100 gram milk compound
  • 100 gram dark compound
  • 200 ml whipping cream
  • 1 sudu besar butter atau marjerin
  • 1 sudu besar golden syrup
  • 1 sudu kecil hazelnut oil

Cara-cara:

  • Masak kesemua bahan di atas dengan kaedah double boil. Selepas sebati, sejukkan sebentar kemudian baru lapiskan pada kek batik anda.

resepi kek batik cheese

2. Kek Batik dengan Cream Cheese

Bahan-bahan:

  • 250 gram cream cheese
  • 1 sudu besar susu full cream
  • 2 sudu besar susu pekat manis (boleh tambah atau kurangkan)
  • Sedikit perahan lemon
HOT  Tilawah Al-Quran untuk Pemula: Bagaimana Memulakan Perjalanan Anda

Cara-cara:

  • Putar cream cheese dengan mixer sehingga gebu.
  • Masukkan susu full cream, susu pekat manis dan perahan lemon dan putar sehingga sebati.
  • Lapiskan pada kek batik dan hiaskan dengan parutan keju.

Haa, istimewa buat anda yang kurang gemarkan coklat, di sini kami kongsikan resepi kek batik dengan white coffee! Memang sedap, lain daripada yang lain.

Bahan-bahan:

  • 1 paket biskut marie
  • 1 buku butter atau marjerin
  • ¾ cawan susu segar
  • 2 sudu besar susu pekat manis (boleh tambah atau kurangkan)
  • 6 sachet kopi 3 in 1

Cara-cara:

  • Dengan api perlahan, cairkan butter dan masukkan susu segar dan susu pekat.
  • Kacau sehingga sebati dan mendidih.
  • Masukkan kesemua kopi 3 in 1, kacau rata supaya tidak berketul-ketul.
  • Masukkan biskut ke dalam adunan, kacau sebentar dan tutup api.
  • Masukkan adunan ke dalam loyang yang dilapik dengan plastik, tekankan adunan sehingga padat dan kemas.
  • Simpan di dalam peti ais.

Mudah kan? Mana tahu resepi kek batik yang kami kongsikan ini boleh dihidangkan waktu hari raya nanti.

Selamat mencuba!