resepi lontong
Advertisement

Bagaimana nak masak lontong paling sedap untuk raya nanti? Boleh guna resepi lontong yang sedap ni…

Apabila tiba hari raya, akan ada beberapa juadah wajib terhidang di atas meja. Sebut sahaja raya, seolah-olah tidak lengkap tanpa adanya ketupat, lemang, lontong, rendang dan kuah kacang untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang beraya.

Tinggal beberapa hari lagi sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri, pastinya sudah ada di kalangan kita yang mula membeli barangan dapur dan lauk-pauk untuk menyediakan juadah raya.

rewang raya

Golongan wanita pastinya yang paling sibuk di dapur untuk menyiapkan beberapa juadah raya. Tak kurang juga, ada yang masih blur memikirkan kelainan juadah untuk dimasak pada raya tahun ini.

Tak usah pening kepala, di sini kami kongsikan resepi lontong yang confirm sedap untuk dihidangkan kepada tetamu, malah sesuai juga untuk anda yang ingin mengadakan rumah terbuka.

Yang penting resepi lontong ini dipenuhi dengan beberapa jenis sayur, penuh rasa lemak santan dan kuahnya pula tidak cair. Kami yakin tetamu anda pasti makan bertambah dan sehingga licin pinggan dibuatnya. Selamat mencuba!

Image result for lontong

Lontong Kuah Lodeh Sedap Terangkat!

Bahan bahan:

1/4 biji kubis

1/4 biji sengkuang – potong panjang

1 batang lobak – potong panjang

6 batang kacang panjang

2 biji terung panjang 

1 biji kentang – potong 8 

2 keping fucuk – rendam dan potong kecil

1 ikat soo hoon – rendam dan potong kecil

1 keping tempe – potong dadu besar dan goreng

2 keping tauhu – potong kecil dan goreng

2 batang cili merah – hiris

2 batang serai – ketuk

1 cawan udang hidup 

2 kotak santan segera 

Serbuk kunyit

Garam

Gula

Bahan untuk dikisar:

HOT  Bubble Tea Viral-Buat sendiri pun boleh !

8 ulas bawang merah

1 inci kunyit hidup

2 sudu besar udang kering – rendam dan tos

Cara penyediaan :

  1. Bersihkan udang, jika suka boleh buang kepala dan kulit – letak tepi.
  2. Goreng tempe dan tauhu terlebih dahulu.
  3. Di dalam periuk, masukkan masukkan kesemua bahan yang dikisar bersama serai dan air. Masak sehingga mendidih.
  4. Kemudian masukkan sengkuang, kentang, terung, lobak, kubis, fucuk dan soo hoon ke dalam periuk.
  5. Pastikan kesemua sayur masak dan menjadi lembut.
  6. Masukkan santan dan kacau rata supaya kuah tidak berketul.
  7. Masukkan udang yang telah dibersihkan tadi.
  8. Boleh tambahkan serbuk kunyit sedikit untuk mencantikkan warna kuah.
  9. Masukkan tempe, tauhu dan cili merah.
  10. Perasakan dengan garam dan gula.

Tips supaya kuah lontong menjadi cantik dan tahan lama :

  1. Untuk tambah keenakan kuah, gunakan kunyit hidup untuk menaikkan aroma dan rasanya.
  2. Seeloknya kuah dimasak masa waktu pagi, elakkan memasak di malam hari sebelum raya unuk mengelakkan ia menjadi basi. Lagipun memasak kuah lodeh tidak memerlukan masa yang lama.
  3. Ketika memasak kuah, renehkan ia sedikit lama sebelum anda campurkan semua sayuran. Ia bertujuan bahan-bahan dikisar dimasak dengan betul.
  4. Jika mahu kuah tahan tidak mudah basi, buat stok dengan didihkan dahulu air dengan bahan-bahan dikisar tanpa memasukkan santan. Jika hendak dihidangkan, maka didihkan stok kuah dengan bahan-bahan dikisar bersama santan di dalam periuk berasingan.
  5. Letak daun pandan ketika rebus nasi impit supaya berbau wangi.

Pelengkap hidangan lontong :

Anda boleh sediakan juadah lontong di hari raya bersama beberapa bahan lain seperti;

Image result for sambal ikan bilis
Image result for kuah kacang
Image result for serunding
  1. Telur rebus
  2. Sambal ikan bilis
  3. Serunding daging
  4. Kuah kacang
  5. Bergedil