gout

SEKIRANYA anda mempunyai ahli keluarga yang mengalami sakit gout, sila berhati-hati!

Ini kerana anda juga berpotensi tinggi untuk mengembangkan penyakit itu. Tak pasti apa itu gout, simptom dan puncanya? Kami akan berkongsi dengan anda lebih lanjut di sini.

Apa itu gout?

asid urik

Ia merupakan sejenis penyakit yang disebabkan lebihan asid urik di dalam badan. Asid urik merupakan bahan kumuhan yang berasal dari sejenis protein dikenali sebagai purin. Badan manusia membuang bahan kumuhan melalui air kencing (urin).

Individu yang menghidap sakit ini biasanya disebabkan oleh pengumpulan asid urik yang berlebihan di dalam sendi. Serangan boleh berlaku secara tiba-tiba.

Pesakit merasai kesakitan, kemerahan, keradangan dan bengkak serta berasa lembut pada sendi.

Ia biasa menyerang pada ibu jari kaki dan sendi-sendi seperti jari, pergelangan tangan, lutut dan buku lali.

Gout boleh menyebabkan kesakitan selama berhari-hari atau sekurang-kurangnya satu hingga dua minggu jika dibiarkan. Pesakit kerap menggambarkan sakit gout itu seperti bisa hingga geseran pada selimut pun boleh menyakitkan.

Punca gout

Asid urik, sama ada yang berlebihan di dalam badan atau tidak dibuang dengan betul.

Lebihan asid ini akan berkumpul membentuk kristal berbentuk jarum di bahagian sendi. Ia juga boleh menyebabkan batu karang dalam buah pinggang.

Sebab lain adalah makanan tinggi asid urik dan makanan tinggi protein.

bengkel sendi

Asid urik yang terkumpul di bahagian sendi akan membonjol pada kulit – dipanggil sebagai tophi. Jika keadaan gout seseorang itu serius, tophi akan menjadi besar dan boleh pecah dengan mengeluarkan cecair seperti kapur.

Siapa yang boleh mendapat penyakit ini?

Penyakit ini lebih kerap menyerang lelaki yang berusia lebih dari 30 tahun. Walaubagaimanapun, wanita juga terdedah kepada gout selepas mereka mencapai menopaus.

Penggemar makanan laut terutama yang bercengkerang seperti kerang, ketam dan udang juga harus makan secara berpada-pada. Begitu juga mereka yang gemar meminum alkohol.

Ia juga ada kaitan dengan keturunan.

Mereka yang ada sejarah keluarga menghidap penyakit ini. Seseorang itu juga terdedah kepada penyakit ini sekiranya ada di antara ahli keluarganya menghidapinya.

Mereka yang ada berat badan berlebihan juga berpotensi mengidap penyakit yang sama.

Penyebab Gout

memahami gout

Tanda-tanda awal penyakit adalah apabila merasa sakit di bahagian sendi lebih-lebih lagi pada ibu jari kaki, pergelangan kaki dan lutut.

Ada juga sakit yang disertai dengan demam yang menggigil. Serangan biasanya semakin teruk pada waktu malam.

Komplikasi

Mereka yang menghidap biasanya turut berdepan dengan masalah kesihatan yang lain seperti diabetes, darah tinggi dan kegemukan.

Cara Pencegahan

Sebagaimana penyakit-penyakit yang lain, langkah pencegahan awal amatlah penting.

Ia perlu bermula dengan pemakanan yang seimbang dan gaya hidup yang sihat.

Sekiranya anda dibekalkan ubat-ubatan seperti allopurinol atau ubat gout, ia perlu diambil secara berterusan mengikut jadual pengambilan yang dibenarkan oleh doktor.

Apa yang pasti, hanya dengan pencegahan awal mampu mengembalikan kesihatan yang anda inginkan -kesenangan bergerak bebas dan melakukan aktiviti harian tanpa merasa sakit dan bisa lagi!

Follow artikel-artikel kesihatan OnTrenz!