Surat-Pajak-Gadai-Emas-Shah-Alam-Selangor

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa surat pajak gadai emas anda sebenarnya boleh dijual dan anda masih boleh dapat lebihan wang dari hasil jual surat pajak anda dari biar ianya tamat tempoh dan seterusnya emas anda dilelong. Waktu ini anda tidak dapat apa-apa lagi. Sangat rugi. Kami dari “Surat Pajak Shah Alam” sudi membantu. Teruskan membaca.

Setiap surat pajak yang dikeluarkan biasanya mempunyai tempoh masa selama 6 bulan untuk ditebus dengan membayar kembali pinjaman yang diberikan serta kos menyimpan setiap bulan. Kebanyakkan sistem pajakan emas adalah dari Sistem Ar-Rahnu. Sistem Ar-Rahnu adalah lebih baik, lebih afdhal, lebih selamat, tidak membebankan dan lebih tersusun. Kami menyarankan anda memilih pajakan secara Ar-Rahnu berbanding pajakan lain.

ar-rahnu-surat-pajak

Apa akan berlaku jika anda GAGAL tebus surat pajak anda?

Kebanyakkan tempoh pajakan surat pajak paling maksimum adalah 6 bulan. Apa akan berlaku selepas 6 bulan anda gagal menebus kembali surat pajak anda? Jika anda gagal untuk menebus surat pajak anda. Emas yang anda pajak akan dilelong malah kemungkinan nama anda akan dimasukkan di dalam CCRIS disebabkan gagal membayar pinjaman yang telah dibuat.

Anda juga akan sukar untuk membuat pinjaman pada masa akan datang kerana nama anda sudah ada di dalam rekod CCRIS. Ianya sangat merugikan di mana emas anda sudah tiada dan nama anda ada rekod buruk di CCRIS.

Penyelesaian terbaik jika berlaku situasi begini.

Jika anda menghadapi situasi begini. Saya cadangkan anda jual surat pajak anda kepada pihak ketiga iaitu pembeli surat pajak dari dibiarkan nama anda dimasukkan di dalam CCRIS akibat gagal menebus kembali surat pajak anda.

HOT  Wang Tidak Dituntut: Sila Semak di eGUMIS

Jika anda menjual surat pajak anda pula, anda akan mendapat lebihan wang dari pembeli surat pajak hasil dari perbezaan harga emas pembeli surat pajak setelah tolak kos upah simpanan dan wang pinjaman yang telah anda ambil.

Anda boleh beri gambar surat pajak anda kepada pembeli surat pajak untuk mereka buat kira-kira dan kemudian anda putuskan untuk jual atau tidak kepada pembeli surat pajak. Akan tetapi emas yang telah ditebus akan menjadi milik pembeli surat pajak tersebut.

Cara Jual Surat Pajak Gadai Emas.

Jika anda ingin menjual surat pajak gadai emas anda. Anda ikut turutan dibawah.

  1. Hubungi Pembeli Surat Pajak Gadai Emas dengan whatsapp ke Surat Pajak Shah Alam
  2. Tangkap gambar surat pajak anda dan whatsapp ke Surat Pajak Shah Alam.
  3. Surat Pajak Shah Alam akan beri kiraan lebihan wang yang anda akan terima jika anda menjual surat pajak tersebut.
  4. Jika anda setuju. Anda boleh set perjumpaan di tempat anda memajak emas anda. (Pastikan nama pemajak yang hadir)
  5. Surat Pajak Shah Alam akan menebus surat pajak anda.
  6. Anda akan menerima wang lebihan hasil dari menjual surat pajak dan emas yang ditebus akan diambil oleh Surat Pajak Shah Alam.
  7. Selesai.

Dengan anda menjual surat pajak anda. Anda dapa lebihan wang dan nama anda tidak ada rekod buruk di dalam CCRIS. Dari emas anda dilelong dan anda tidak dapat apa-apa. Baik anda jual surat pajak anda terus dan dapat lebihan wang.