socso perkeso
PERKESO

Ramai orang telah mencarum SOCSO bila anda mula bekerja sebab mencarum SOCSO adalah wajib. Tapi ramai yang tidak tahu SOCSO itu apa dan apa kelebihan apabila mencarum.

Untuk tahu status sama ada ada pencarum socso ataupun tidak boleh semak di link esemak.perkeso.gov.my.

1. APA ITU SOCSO?

PERKESO ialah PERtubuhan KEselamatan SOsial (atau SOCSO : SOcial Security Organisation) ditubuhkan menurut kehendak Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 bagi menyediakan bantuan tertentu contohnya perubatan dan kewanngan melalui skim tertentu kepada pencarum.

Manfaat ini turut boleh dinikmati oleh ahli tanggungan sekiranya berlaku kematian kepada pencarum dengan syarat tertentu.

2. SKIM SOCSO

Terdapat 3 skim dalam SOCSO iaitu :

a. Skim Bencana Pekerjaan
b. Skim Keilatan
c. Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri.

3. APA FAEDAH SKIM SOCSO?

a. Skim Bencana Pekerjaan

  1. Faedah Perubatan
  2. Hilang Upaya Sementara
  3. Hilang Upaya Kekal
  4. Elaun Layanan Sentiasa
  5. Faedah Orang Tanggungan
  6. Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Vokasional
  7. Program ‘Return To Work’
  8. Faedah Pengurusan Mayat
  9. Faedah Pendidikan

b. Skim Keilatan

Skim ini memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja yang mengidap keilatan atau kematian akibat dari sebarang sebab yang tidak mempunyai kaitan dengan pekerjaan mereka.

KEILATAN adalah suatu keuzuran yang berkekalan atau tidak mungkin akan sembuh yang mana mengakibatkan seseorang pekerja itu tidak mampu mencari nafkah sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada keupayaan seseorang pekerja yang normal.

Perlindungan kepada pekerja yang mengidap keilatan akibat sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan. Antara penyakit-penyakit kronik penyebab keilatan yang boleh dipertimbangkan adalah seperti sakit jantung, buah pinggang, barah, sakit jiwa, asma dan sebagainya.

Faedah-faedah di bawah skim ini adalah:

  1. Pencen Ilat
  2. Bantuan Ilat
  3. Elaun Layanan Sentiasa
  4. Pencen Penakat
  5. Faedah Pengurusan Mayat
  6. Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Vokasional dan Dialisis
  7. Program ‘Return To Work’
  8. Faedah Pendidikan
HOT  Belajar Asas Forex Sampai Boleh Trade Dengan Yakin

4. APA JENIS CARUMAN YANG ADA DAN BERAPA KADAR CARUMAN?

a. Jenis Pertama (Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan)

Semua pekerja yang belum mencapai umur 60 tahun perlu dicarumkan di bawah jenis pertama kecuali bagi pekerja yang telah mencapai umur 55 tahun dan tiada caruman telah kena dibayar sebelum mencapai 55 tahun. (Pindaan Akta Berkuatkuasa 1 Januari 2013).

Kadar caruman di bawah jenis ini adalah terdiri daripada 1.75% syer majikan dan 0.5% syer pekerja daripada gaji bulanan pekerja

b. Jenis Kedua (Skim Bencana Pekerjaan Sahaja)

  1. Untuk pekerja yang berumur lebih daripada 60 tahun dan masih bekerja,
  2. Untuk pekerja yang berumur lebih daripada 55 tahun ketika mula-mula mendaftar dan tiada caruman sebelum mencapai 55 tahun.

Orang berinsurans yang menerima Pencen Ilat yang masih bekerja dan mendapat kurang daripada 1/3 gaji bulanan purata sebelum mengidap keilatan. Caruman jenis ini dibayar oleh majikan sahaja untuk perlindungan di bawah Skim Bencana Pekerjaan.

Kadar caruman di bawah jenis ini adalah daripada syer majikan sahaja iaitu sebanyak 1.25% daripada gaji bulanan pekerja.

5. ADAKAH SAYA WAJIB MENCARUM DENGAN PERKESO?

Caruman PERKESO adalah wajib bagi semua pekerja Malaysia yang berpendapatan kurang daripada RM4,000 setiap bulan kecuali dinyatakan dalam Jadual 1 Akta Keselamatan Sosial Pekerja.