Sebagai ibu bapa pasti risau dan tak tenang bila melihat bayi batuk tak berhenti. Jika digigit nyamuk pun dah cukup risau, inikan pula sakit yang lain. Memang tidak keruan ibu jadinya!
Sudah menjadi kebiasaan, jika mengalami batuk, anak akan meragam dan mengganggu tidurnya. Malah, batuk antara punca suhu badan anak naik hingga menjadi pencetus anak demam.
Menjaga anak yang sakit batuk ada caranya, sebab mereka masih kecil dan kurang mahir mengekpresi keadaan diri mengenai sakit yang dialami.
Batuk Dikalangan Kanak-kanak
Tidak dinafikan anak di bawah usia dua tahun amat mudah mengalami demam, batuk dan selsema. Ia antara masalah kesihatan paling kerap, namun ibu perlu segera mencari cara untuk atasinya dengan segera.
Batuk adalah satu tindak balas yang terhasil apabila ada benda asing yang cuba memasuki saluran pernafasan sama ada kahak atau makanan.
Ia adalah satu cara pertahanan badan kita untuk mengelak daripada paru-paru dicemari dengan benda asing atau mengakibatkan saluran pernafasan tersumbat yang boleh membawa kepada masalah pernafasan atau jangkitan.
Jika bayi itu batuk dengan kerap, ia boleh menjadi sebagai satu tanda penyakit. Banyak batuk juga boleh terjadi disebabkan oleh penyakit berjangkit, seperti selsema dan menjadi kahak. Jangkitan ini perlu segera dirawat.
Awas, bayi dan kanak-kanak di bayar umur 2 tahun tidak boleh diberikan ubat selsema & ubat batuk kerana dilarang penggunaannya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia & pihak farmaseutikal.
Ia boleh menyebabkan kegagalan sistem pernafasan, dos tidak terkawal, tiada bukti keberkesanan terhadap mereka. Oleh itu, anda boleh merujuk rawatan efektif untuk si kecil di bawah!
Rawatan Efektif Untuk Si Kecil
Ada ibu-ibu merawat anak tanpa menggunakan ubat-ubatan. Ini adalah beberapa cara dan petua untuk hilangkan batuk anak tersayang.
1. Rawatan Wap Air
Wap yang disedut membantu untuk melegakan kesesakan hidung, terutamanya yang disebabkan oleh lendir.
2. Pengambilan Air Yang Mencukupi
Galakkan anak anda untuk sentiasa minum air yang banyak terutamanya semasa selsema dan demam bagi membantu memulihkan masalah hidung berair serta melegakan sakit tekak mereka.
3. Pelembap Udara Bagi Kelegaan Batuk Anak
Batuk boleh terjadi disebabkan oleh cuaca, udara yang tercemar serta penggunaan penghawa dingin yang berterusan.
Anda boleh sediakan pelembap udara panas dan beruap untuk membantu melegakan batuk anak anda.
4. Posisi Kepala Pada Kedudukan Yang Tinggi
Anda boleh letakkan beberapa bantal di belakang, bahu dan kepala anak yang berusia lebih 1 tahun untuk keselesaannya.
Cara ini dapat membantu anak anda bernafas dengan lebih selesa.
5. Baby Herbal Cream
Krim sapuan tidak panas dan melekit adalah antara pilihan popular ibu sejak sekian lama. Krim sapuan ini sesuai digunakan bermula bayi seusia satu hari hingga dewasa.
Krim mudah meresap serta tidak melekit apabila disapu. Ibu boleh sapu krim pada pada bahagian dada dan belakang bayi untuk memberikan rasa kelegaan.
Tidak dinafikan ramai menyukai krim sapuan begini, namun para ibu perlu waspada penggunaannya. Bahaya jika krim terkena mata bayi hingga memerlukan rawatan doktor.
TROPIKA BABY HERBAL CREAM adalah krim yang membantu melegakan batuk. Ia mampu membantu menghilangkan kahak dan mampu mempercepatkan pencairan kahak bayi.
Sapuan krim ini lebih sesuai untuk bayi dan kanak-kanak yang mempunyai kulit sensitif seperti ekzema, gigitan nyamuk dan serangga. KLIK DI SINI UNTUK INFO LEBIH LANJUT
6. Cough Relief Patch
Selain penggunaan Tropika Baby Herbal Cream, si ibu juga boleh menggunakan pelekat tampalan herba (cough relief patch).
Penggunaannya amat mudah. Hanya tampal sahaja di bahagian dada dan belakang si manja. Tangan ibu pula tidak melekit, Cepat dan mudah!
Bagaimanapun, ibu perlu hati-hati, keadaan kulit bayi yang sensitif dikatakan tidak sesuai untuk rawatan cara ini yang didakwa boleh menyebabkan luka, ruam bayi dan terasa gatal.
Malah, cough relief patch tidak boleh digunakan kepada bayi. Hanya sesuai untuk anak yang berusia dua atau tiga tahun dan ke atas.
Peringatan:
Segera bahawa anak untuk pemeriksaan doktor sekiranya terdapat masalah seperti:
• Demam tinggi.
• Kurang minum / muntah berterusan.
• Kurang aktif
• Pernafasan lebih laju dari biasa, atau susah nafas.
• Batuk berterusan lebih seminggu / sakit tekak
Apa yang pasti, buat pilihan yang terbaik buat anak dan segera dapatkan rawatan doktor jika tiada sebarang perubahan kepada anak.
Selain ubat sakit tekak dan ubat selsema,
Batuk si kecil boleh dirawat jika dipantau dengan teliti. Para ibu bapa jangan putus asa untuk memastikan anak anda kembali sihat walaupon memerlukan kos yang tinggi dan mengambil masa.
Kini, dengan adanya Baby Herbal Cream dari Tropika, ia mampu untuk memberikan kelegaan kerana menggunakan ramuan semulajadi seperti minyak kepala dara.
Bahan-bahan: Aqua (water), Cocos nucifera (Coconut Virgin Oil), Eucalyptus Globulus Leaf Oil, Zingiber Officinale (Ginger) Root Oil, Menthol, Sodium Polyacryloydimethyl Tarurate, Hydrogenated Polydecene, Trideceth-10, Phenoxyethanol.
Anda hanya perlu sapu di bahagian kaki, sendi dan perut selepas mandi. Jangan lupa sapu di bahagian dada dan belakang bayi untuk kelegaan yang berpanjangan.
Sapu sekurang-kurangnya 2 kali bagi memastikan si manja dalam keadaan hangat dan selesa!
Dapatkan Tropika Baby Herbal Cream Untuk Si Manja
BACA ARTIKEL BERKAITAN:
fisioterapi
kaki bengkak
angin ahmar
tapak kaki sakit
tulang belakang