studio photoshoot

Studio Photoshoot – Perniagaan di atas talian pada masa kini amat menggalakkan dan ianya menunjukkan trend yang meningkat setiap tahun terutamanya pasca Covid-19. Ramai yang cuba untuk memulakan perniagaan di atas talian seperti di Shopee, Lazada dan website eCommerce mereka sendiri. Akan tetapi ramai yang masih tidak memfokuskan pada elemen gambar yang berkualiti untuk produk yang ingin dijual.

Ramai usahawan yang masih ambil mudah perkara ini. Jika gambar produk anda menarik, secara tidak langsung jualan akan meningkat kerana kebanyakkan pembeli akan membuat keputusan berdasarkan gambar. Ini benar.

Jadi anda perlu melaburkan sedikit kos dari produk anda untuk menghasilkan gambar yang menarik dan lantik photographer yang mahir untuk mengambil gambar produk anda.

7 Langkah Sebelum Melakukan Photoshoot di Studio

Di sini kami kongsikan langkah yang perlu dilakukan sebelum anda ke studio untuk menjalankan photoshoot, Tips dari permulaan mencari idea, sehinggalah kepada siapnya sebuah gambar marketing anda.

Langkah 1: Kembangkan Konsep yang Baik

Setiap gambar yang terhasil berasal dari sebuah idea dan konsep, kenapa penting konsep ni?

Konseplah yang akan menentukan hasil gambar pada akhir sesi nanti, sama ada gambar yang dihasilkan bertemakan gelap, cerah, sedih, ceria, exclusive dan sebagainya.

Pemilihan konsep pada asasnya mulakan dengan meniru, anda boleh gunakan mana-mana gambar, sama ada dari iklan tv, filem, poster, google, pesaing dan banyak lagi. Senaraikan semua konsep yang anda rasakan menarik dan sesuai dengan produk yang ingin digunakan.

Dari situ lah bermulanya perkembangan konsep, anda mula menyenarai pendekkan konsep yang ada berdasarkan kemampuan team dan budget yang ada, dari situ anda cuba olah untuk sesuaikan dengan image dan warna syarikat

Semasa pemilhan konsep ini anda perlu sentiasa bertanya balik atau berfikir, apa mood yang nak dibawa oleh gambar ni? adakah konsep ini akan menarik minat audience nanti? 

Bila dah siap konsep, anda akan buat “moodboard” kalau dalam video dipanggil sebagai “storyboard”, moodboard ni adalah ringkasan pada konsep dan jenis gambar yang nak dihasilkan, ianya akan memudahkan semua pihak, kerana photographer dapat melihat jenis gambar yang nak dihasilkan dan anda dapat memastikan gambar yang dihasilkan oleh photographer menepati style yang anda nak, lagi penting tidak ada shot atau gambar yang tertinggal akibat terlepas pandang.

Moodboard boleh dihasilkan dengan print gambar dan kepilkan pada dokumen atau boleh juga download app “Pinterest” dan buat gallery khas untuk setiap campaign, jadi anda boleh beri link sahaja pada photographer terlibat.

Langkah 2: Pilih Lokasi yang Betul

Konsep dah cantik dan semuanya jelas, kini anda kena mula memikirkan lokasi untuk melakukan photoshoot

HOT  Cukai Tanah dan Petak Selangor : Cara Semakan E-Billing dan Pembayaran Cukai Tanah dan Cukai Petak

Photoshoot boleh dijalankan di macam-macam tempat bergantung pada konsep yang ingin di bawa, jika konsep memerlukan shooting dilakukan pada lokasi “outdoor”, maka faktor “legal” perlu diambil kira, adakah pemilik lokasi tersebut membenarkan photoshoot dijalankan? kenal pasti bayaran yang terlibat untuk menyewa atau mendapatkan kebenaran untuk melakukan photoshoot, adakah kebenaran dari majlis perbandaran diperlukan?

Jika konsepnya adalah indoor, anda kena kenal pasti Studio mana yang bersesuaian dengan konsep yang ingin di bawa, adakah studio tersebut dapat menampung kapasiti team yang hadir, perlu mengambil kira juga faktor harga sewaan studio tersebut.

Tidak semua studio sama, ada studio yang hanya menyediakan backdrop, ada yang menyediakan hiasan ada juga yang hanya khas untuk shoot produk kecil.

Selain itu ramai juga yang terlepas pandang, asal harga murah terus “ON”, tahukah anda “chemistry” antara anda dan photographer juga sangat penting untuk menghasilkan “output” yang tepat, ianya akan memudahkan semua perkara seperti perbincangan, pemberian arahan dan pengagihan tugas, Hasil yang memuaskan hanya akan dapat dicapai apabila kedua-dua pihak dapat berkomunikasi dengan baik

Langkah 3: Pilih Peralatan Terbaik untuk Pemotretan Anda

Props atau hiasan yang betul dapat menghasilkan mood dan menyampaikan mesej dengan lebih jelas. Secara asasnya konsep terbahagi kepada 3 jenis, iaitu katalog, lifestyle dan conceptual.

Konsep katalog adalah konsep yang clean dan kosong kerana akan memudahkan editor membuang background atau menambah text pada gambar tersebut, jadi katalog tidak memerlukan sebarang props dan hiasan, cukup sekadar dinding atau backdrop putih.

Konsep lifestyle pula berkaitan dengan kehidupan seharian seseorang, jadi props dan hiasan yang akan digunakan berkait rapat dengan apa yang biasanya dilihat oleh seseorang, seperti almari, buku, kain, jam, bunga dan sebagainya, jika memerlukan outdoor lifestyle maka gambar akan diambil pada lokasi bangunan, taman dan apa-apa lokasi yang berkait dengan penonton.

Konsep terakhir adalah conceptual, konsep jenis ni adalah konsep yang bersifat experimental, jadi boleh gunakan apa-apa props atau hiasan yang ingin digunakan, tidak ada yang betul dan salah, anda bebas berkarya, ada juga yang menggunakan 3d dan “composite” dalam editing pada background untuk menambah elemen dalam gambar.

Untuk rujukan props biasanya kami akan search di Pinterest dan mengambil ilham dari sana, boleh dapatkan props dari shopee atau dari kedai-kedai perhiasan dan hadiah seperti kaison, daiso, S&J dan banyak lagi.

Langkah 4: Pilih Model yang Betul

Tadi kita dah bercakap tentang hiasan dan props, tapi macam mana kalau produk anda memerlukan model untuk memperagakan atau memegang produk tu?

HOT  Resepi Rendang Ayam Lazat Untuk Hari Raya

Disinilah pentingnya ada ilmu untuk memilih model yang betul, kerana model ini bukan setakat berada di hadapan kamera, tetapi sebenarnya model ini mewakili syarikat anda, model perlulah orang yang sesuai dan menarik untuk digunakan pada gambar nanti

Bayangkan gambar anda dipegang oleh orang yang cantik, kurus dan tinggi lampai, confirm produk auto nampak exclusive, macam mana pula gambar diambil dengan orang yang sembarangan?

Tips pemilihan model ni WAJIB reti pose dan paling penting “facial expression” kena betul, JANGAN KAYU ! sebab apa? 2 faktor ini lah yang akan membezakan model profesional dengan orang awam

Mungkin anda ada kawan yang cantik tetapi belum tentu sesuai untuk dijadikan model untuk gambar nanti, sebab apa? Tak semua orang boleh bergambar depan kamera dengan menunjukkan reaksi muka yang tepat, apatah lagi untuk posing, kedudukan tangan, bahu, kaki dan banyak faktor lagi, itu belum bercerita makeup yang sesuai untuk shooting lagi

Cara mudahnya adalah dengan menghubungi mana-mana talent atau agency yang dah biasa photoshoot, kerana mereka lebih tahu gaya dan makeup yang sesuai digunakan untuk shooting produk-produk tertentu, kerana tak setiap produk sesuai menggunakan model yang sama.

Jika anda menggunakan khidmat talent atau agency, pastikan anda meminta surat pelepasan atau “release form” ini untuk membantu anda dari sudut undang-undang pada masa hadapan sekiranya anda ingin menjual gambar atau ingin mengiklankan di mana-mana lokasi atau media, kerana ada agency yang hanya membenarkan penggunaan gambar selama setahun, selepas itu anda perlu membayar “fee” untuk meneruskan penggunaan gambar, ada juga yang hanya membenarkan penggunaan di sosial media sahaja dan perlu membayar caj tambahan sekiranya ingin digunakan pada “billboard” atau media selain sosial media.

Langkah 5: Pastikan Subjek Anda Rasa Selesa

Pastikan semua pihak selesa semasa shooting bukan sahaja dari segi tempat duduk atau lokasi, tetapi dari sudut emosi, kerana team yang selesa bekerjasama dapat memendekkan waktu shooting dan dapat memaksimakan quality gambar yang akan dihasilkan nanti

Sebagai contoh talent akan lebih bersemangat dan selesa untuk melakukan posing dalam jangka masa yang panjang, apa jadi jika talent tak selesa? Gambar yang terhasil akan kurang memberi impak pada penonton, muka tidak mencapai reaksi yang diinginkan, gaya posing mungkin tidak berapa tepat dan ternampak “dull”

Photographer pula mungkin akan terlepas pandang pada “detail” kecil seperti lipatan tudung, hujung lengan dan sebagainya, kerana bila team tidak selesa, mereka akan fikir nak cepat siap dan mula terlepas pandang pada bahagian-bahagian kecil

HOT  Kenapa Perlu Hire Digital Marketing Agency untuk Business Anda?

Begitu juga dengan anda sendiri, akan mula terlepas pandang shot yang diperlukan, mungkin juga terlepas pandang dari segi pemilihan wardrobe semasa shooting, kemungkinan wardobe tidak bertukar, atau terlepas pandang rupanya ada lagi wardrobe lain yang nak di ambil gambar

Keselesaan semua pihak adalah sangat penting, jadi kami syorkan sebelum memulakan shooting pastikan anda sudah berkenalan dengan semua team yang terlibat dan telah berbincang sebelum mulakan sesi photoshoot, supaya pada hari photoshoot semua sudah kenal dan dapat berkomunikasi dengan jelas dan lancar.

Langkah 6: Buat Suasana yang Tepat

Selain selesa, mood juga memainkan peranan, cara paling mudah adalah dengan memainkan music yang digemari atau sekurangnya boleh “layan” oleh semua orang, supaya mood masing-masing tidak terganggu semasa shooting, pemilihan lagu jangan syok sendiri pulak, nanti habis orang lain semua bad mood sebab kita…haha

Selain music, kudap kudapan pun perlu ada, seperti air dan jajan, jadi pada yang suka makan dan mengunyah boleh makan sewaktu shooting, suasana shooting pun akan jadi lebih santai dan tidak terlalu serius walaupun hasil yang ingin dicapai sangat mencabar.

Akhir sekali untuk menjaga mood masing-masing, pastikan phone diletakkan dalam mood silent dan dilonggokkan pada 1 tempat supaya tidak ada gangguan kerja atau apa-apa masalah kerja tidak berkaitan yang boleh merosakkan mood masing-masing.

Langkah 7: Cuba Berbagai Perkara untuk Melihat Apa Yang Berfungsi

Anda bebas bereksperimen dari segi pose, pakaian, ekspresi sepanjang sesi photoshoot dijalankan, tidak perlu terlalu terikat dengan moodboard yang ada

Cara mudahnya, mula-mula ambil sahaja gambar seperti yang terpampang pada moodboard, kemudian anda boleh menambah baik atau “improvise” dari moodboard yang ada dengan menambah pose atau ekspresi lain, galakkan juga team memberi idea dan penambahbaikan ketika sesi photoshoot berjalan di studio photoshoot, ada waktunya gambar akhir yang digunakan untuk marketing adalah gambar dari idea yang telah ditambah baik semasa shooting dan bukan dari idea asal.

Tidak salah untuk bereksperimen semasa photoshoot dijalankan, lebih baik ada banyak gambar kerana anda boleh pilih macam-macam gaya untuk pemasaran, berbanding gambar yang sedikit, anda terhad untuk memilih dan membuat marketing

Anda Ingin Mencari Studio Photoshoot?

Saya syorkan anda shoot di Studio Photoshoot BOMSTART, Studio terletak di The Strand, Kota Damansara. Hubungi En Nidzam dan dapatkan khidmat nasihat berkaitan photoshoot produk anda atau untuk book appointment