Sony merupakan jenama yang tidak asing lagi di Malaysia. Mereka terkenal dengan pengeluaran telefon pintar sejak dari zaman Sony Ericcson Cybershot. Namun kebelakangan ini, telefon pintar keluaran mereka agak tenggelam di dalam arus persaingan dengan jenama besar lain seperti Apple, Huawei, Samsung, Xiaomi serta Oppo.

Terdapat spekulasi bahawa Sony akan menamatkan perniagaan telefon pintar mereka bagi beberapa negara. Terbaru Sony mengesahkan bahawa mereka hanya akan fokus beberapa negara sahaja seperti Jepun, Eropah, Hongkong serta Taiwan. Negara lain seperti Malaysia tidak lagi menerima telefon pintar flagship mereka seperti Xperia XZ3.

Menurut laman web XperiaBlog, selain dari Malaysia, Sony juga menamatkan penawaran telefon pintar flagship mereke untuk negera seperti India, Australia, Canada, South America, Mexico, Africa serta negara dari timur tengah. Langkah ini adalah strategy terbaru mereka bagi memastikan mereka terus mampu bersaing dan mencipta keuntungan walaupon terpaksa fokus hanya kepada beberapa buah negara sahaja.

BACA  10 Broker Forex Malaysia Terbaik 2020