Proses Jual Rumah

Jika anda buka artikel ini, saya beranggapan yang anda sedang ingin tahu proses jual rumah untuk anda menjual rumah anda sendiri atau menjual rumah kenalan anda. Maka artikel ini saya tulis adalah untuk membantu anda tentang proses jual rumah yang perlu anda tahu supaya penjualan rumah anda berjalan lancar.

Kebanyakkan sebab utama ramai pemilik rumah ingin menjual rumah mereka adalah kerana telah berpindah ke tempat yang jauh dan sukar untuk menguruskan rumah mereka dan juga ada pelbagai sebab lain juga.

Proses menjual rumah perlu ikut prosedur yang betul untuk elak anda sendiri terjerat malah menangung kerugian dan ada juga kes tidak berjaya menjualnya.

Di sini saya ingin kongsikan secara am tentang proses jual rumah utama yang terlibat dalam penjualan rumah berdasarkan pengalaman saya dalam menjual beberapa rumah sebelum ini.

PROSES JUAL RUMAH – STEP BY STEP

1. Semak Harga Pasaran Rumah di sekitar anda.

Jika anda ingin menjual rumah anda, anda mesti membuat survey berapa harga pasaran rumah anda. Salah satu tips adalah anda cuba check di mudah.my. Jika tiada anda boleh cuba hubungi bank, ejen hartanah atau Valuer untuk mendapatkan harga semasa rumah anda.

Jika anda tidak semak harga pasaran, anda mungkin akan rugi sebab anda letak harga terlalu bawah dari harga pasaran atau rumah anda tidak dapat dijual sebab harga yang anda letakkan adalah jauh dari harga pasaran semasa. Jadi anda perlu lakukan perkara ini, tidak boleh skip.

Maklumat yang anda perlu sediakan untuk tahu harga pasaran rumah anda adalah :-

  • Jenis rumah anda. (Contoh : Kos rendah, Sederhana atau Tinggi)
  • Alamat penuh rumah anda.
  • Saiz Rumah (Contoh : 850sqft)
  • Jenis Pegangan Rumah (Contoh : Freehold atau Leasehold)
  • Kedudukan Rumah (Intermediate, Corner atau End Lot)
  • Bilangan Bilik
  • Info tambahan (Renovation, Kitchen Cabinet, Tiles atau lain-lain)
HOT  Tips Untuk Menjadi Usahawan Cemerlang

2. Semak Balance Loan Rumah Anda

Setelah anda sudah tahu berapa harga pasaran rumah anda. Anda perlu tahu juga berapa balance loan anda yang masih ada dengan pihak Bank. Cara untuk anda tahu adalah dengan menghubungi bank loan anda dan tanya berapa balance loan yang ada. Part ini adalah penting untuk pastikan anda tidak rugi supaya anda tidak jual harga rumah anda dibawah harga balance loan anda juga.

3. Kos Jual Rumah

  1. Cukai Hartanah (RPGT)
  2. Kos Guaman
  3. Fi Agensi
  4. Kos Pengurusan
  5. Kos Penalti (Lock-in Period – Jika masih ada)
  6. Kos baikpulih dan pengubahsuaian (Jika ada)

4. Sediakan Dokumen

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan S&P
  • Salinan Geran
  • Penyata Pinjaman Terkini
  • Cukai Pintu dan Cukai Tanah Semasa
  • Bil Penyelenggaraan Semasa

5. Pengiklanan

Langkah seterusnya, anda perlu membuat iklan rumah untuk dijual. Anda boleh buat iklan di Mudah.my, Facebook, Propwall atau pelbagai tempat agar lebih ramai orang tahu tentang jualan rumah anda ini. Selain itu, anda juga boleh buat banner untuk anda tampal di kawasan rumah anda.

Tapi pastikan anda ambil gambar rumah anda yang menarik agar dapat menarik minat para pembeli untuk menghubungi anda.

6. Proses Menguruskan Pembeli

Part ini adalah part paling rumit sekali, adakala proses 1 hingga 5 anda tiada masalah. Tapi kebanyakkan pemilik rumah sukar melakukan proses ke-enam ini. Banyak pemilik rumah gagal mendapat masa yang sesuai dengan bakal pembeli disebabkan kebanyakkan pemilik rumah duduk jauh dengan rumah yang hendak dijual dan juga kekangan waktu kerana sibuk bekerja.

Ada juga pemilik rumah sukar untuk menjual apabila berjumpa dengan bakal pembeli kerana gugup dan tidak terlalu faham step by step cara menjual rumah dengan betul.

HOT  eOperasi: Login Sistem Maklumat Guru

Perkara ini pun berlaku juga pada saya ketika hendak menjual rumah pertama saya. Penyelesaiannya saya lantik ejen hartanah untuk menguruskan proses ini. Memang berbaloi sebab untuk mendapat pembeli, kita kena banyak kali jumpa prospek. Part perlu meluangkan banyak masa ini yang kebanyakkan kita tidak mampu sebab kekangan masa malah proses untuk kita menjual rumah kita juga akan mengambil masa yang lama malah ada ketikanya gagal untuk dijual bertahun-tahun.

Jadi saya serahkan pada ejen hartanah setelah berbulan-bulan tidak berjaya. Hasilnya, dalam 2 minggu rumah saya dapat dijual. Menurut ejen, mereka memang anda database pembeli yang sedia membeli. Patutlah mereka senang sahaja menjual rumah saya.

Jadi, rumah kedua saya. Saya serahkan penuh kepada ejen tersebut untuk menjualnya dan saya tidak perlu bazir masa untuk melakukan proses-proses berikut.

Jika anda juga dalam situasi macam saya. Hendak guna ejen hartanah yang dipercayai. Anda boleh isi jer form di link ini ( Form Jualan Rumah ) dan saya akan forward ke beberapa ejen hartanah yang saya percayai.

7. Tempoh Proses Jual Rumah Sehingga Selesai

Ok, setelah ejen hartanah itu membuat proses. Anda mesti hendak tahu berapa tempoh yang perlu diambil sehingga penjualan rumah anda selesai kan? Saya cuma boleh beri anggaran tempoh kebiasaan, mungkin ada yang diselesaikan singkat atau mungkin ada yang mengambil masa bertahun-tahun.

Tetapi anggaran tempoh dari tarikh pembeli bayar deposit rumah anda hingga serahan kunci adalah seperti berikut:

  • Hartanah freehold dengan geran individu atau strata: 4-5 bulan.
  • Hartanah leasehold dengan geran individu atau strata: 6-8 bulan.
  • Rumah master title: 5-7 bulan.
  • Rumah master title yang mana geran perlu disempurnakan: sekitar setahun dan boleh jadi lebih.
HOT  SOCSO : Ramai Yang Tidak Tahu Manfaat Ini

Kesimpulan

Diharapkan anda dapat serba sedikit panduan dari pengalaman yang saya pernah lalui dalam menjual dua biji rumah saya. Saya memang amat rekemen anda guna khidmat ejen hartanah berbanding anda menjual sendiri. Dari kita hendak jimat sedikit, nanti jika tersilap kita akan tanggung rugi yang besar sebab nilai jualan rumah kita mungkin cecah ratusan ribu ringgit. Jadi nasihat saya, serahkan sahaja pada mereka yang pakar dan pastikan ejen hartanah tersebut adalah ejen berdaftar. Sekian.

Baca : Cara Daftar Akaun ProNiaga Mudah.my