eoperasi
Advertisement

Hari ini telah banyak perkembangan dan kemajuan yang dilakukan terhadap sistem pendidikan. eOperasi, antaranya merupakan sebuah Modul Pengurusan Guru, di mana ia adalah modul pengurusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Pastinya ia merupakan kemudahan untuk melancarkan lagi sistem pengajaran dan pembelajaran di negara ini, selain menyenangkan para guru untuk mengemaskini data mereka dan perkhidmatan pergurusan.

Apa Itu eOperasi?

Bagi kalangan guru, eOperasi pastinya biasa didengar dan digunakan oleh mereka.

Namun bagi kalangan mereka yang bukan bekerja di bidang pendidikan, eOperasi merupakan Modul Pengurusan Guru yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan diselia di bawah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.

Modul eOperasi ini melibatkan pengurusan data yang berkaitan dengan tenaga pengajar dan bukan tenaga pengajar yang melibatkan dua kategori pengguna :

  1. Pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat bahagian, negeri, daerah dan sekolah).
  2. Pengguna (guru dan bukan guru).

Ada beberapa kelebihan eOperasi yang perlu diketahui oleh para guru.

Pertama, mereka dapat membuat semakan status berkenaan diri mereka. Misalnya berkaitan pertukaran sekolah apabila mereka membuat permohonan, yang mana ia boleh disemak menerusi Borang Status Kedudukan Guru (BSKG).

Kedua, apabila sistem ini dibangunkan, ia sekaligus dapat memudahkan urusan seharian guru-guru. Contohnya mereka tak perlu lagi ke pejabat pendidikan daerah atau negeri untuk memohon sesuatu, sebaliknya ia boleh dilakukan di hujung jari sahaja.

Perlu ingat, guru-guru perlu sentiasa mengemaskini maklumat berkenaan diri mereka di eOperasi kerana terdapat banyak aplikasi KPM yang menghubungkan data dengan eOperasi.

Antaranya berkaitan status pertukaran sekolah, kenaikan pangkat dan latihan atau kursus.

Cara Login dan Buat Semakan Dalam Sistem eOperasi

Untuk memasuki eOperasi secara online, anda perlu klik pada pautan seperti di bawah:

HOT  Kebangkitan Ejen Dropship: Merevolusikan Logistik E-Dagang

Aplikasi Sistem eOperasi Modul Pengurusan Guru

Adalah dinasihatkan untuk menggunakan pelayar Internet Explorer 7 dan ke atas, atau Mozilla Firefox 3.0.18 ke atas, atau Chrome dengan paparan 1024 x 768.

Kami terangkan langkah-langkah pendaftaran dan log masuk seperti di bawah :

eoperasi login

Ini merupakan laman utama eOperasi apabila anda klik pada pautan tersebut.

Untuk mendaftar, anda perlu klik pada Pendaftaran Pengguna dan isikan maklumat peribadi anda seperti nama, nombor kad pengenalan, nombor gaji dan emel.

Anda perlu ingat soalan dan jawapan keselamatan kerana ia penting jika anda ingin menukar kata laluan.

Klik butang Simpan sekiranya sudah selesai mengisi maklumat.

Anda boleh terus ke ruangan Log Masuk dan menggunakan sistem.

eoperasi kpm login

Anda boleh terus log masuk dengan menggunakan butiran ID, kata laluan dan nombor kad pengenalan.

Pastikan anda memasukkan butiran maklumat dengan tepat.

Jika anda terlupa kata laluan, anda boleh menekan Lupa Kata Laluan dan isikan semula nombor kad pengenalan dan klik Hantar.

Kata laluan yang baru akan dihantar ke alamat emel yang didaftarkan.

Pilihan Tukar Kata Laluan pula sekiranya anda ingin menukar yang baru, dan anda perlu isikan semua ruangan dan membuat pengesahan.

Apabila anda berjaya log masuk ke dalam sistem eOperasi, anda akan dapat melihat nama dan nombor kad pengenalan serta senarai menu di sebelah kiri skrin.

Paparan nama dan nombor kad pengenalan serta senarai menu akan boleh dilihat pada skrin sebelah kiri apabila pentadbir (admin) log masuk ke dalam sistem.

eOperasi

Klik Keluar jika anda ingin keluar dari sistem eOperasi.

Anda perlu sentiasa klik Keluar sekiranya sudah selesai menggunakan aplikasi ini supaya maklumat anda tidak disalahguna oleh pihak lain.

HOT  Dehidrasi: Punca dan Gejala

Diharapkan perkongsian berkenaan sistem eOperasi ini dapat memberi manfaat kepada guru-guru dengan memudahkan urusan anda seharian.