Penggunaan baja organik yang bagus untuk tanaman anda dapat memastikan tanaman mendapat nutrisi yang secukupnya supaya ia membesar dengan sihat dan subur.
Baja terbahagi kepada dua, iaitu baja organik dan baja kimia. Disebabkan perkebunan organik kini semakin popular, ramai yang memilih untuk menggunakan baja organik berbanding baja kimia.
Jadi, apakah baja organik ini dan kenapa ia merupakan pilihan ramai pekebun di luar sana?
Baja organik merupakan baja yang dihasilkan daripada sisa atau hasil sampingan yang berasal dari organisme hidup semulajadi yang mengandungi pelbagai nutrisi penting untuk tumbuhan.
Selain itu, penggunaan baja organik juga mempunyai pelbagai fungsi untuk memastikan kesuburan tanaman anda yang kami akan terangkan dengan lebih mendalam dalam artikel ini.
Jadi, teruskan membaca untuk ketahui dengan lebih lanjut!
7 Fungsi Penggunaan Baja Organik
- Meningkatkan Kesuburan Tanah
Tahukah anda, penggunaan baja organik bagus untuk tumbuhan tetapi juga sangat bermanfaat untuk tanah. Tanah yang bagus semestinya akan menghasilkan tumbuhan yang sihat dan subur.
Dengan penggunaan baja organik, ia dapat membekalkan sumber nutrisi yang penting kepada mikroorganisme yang hidup di dalam tanah.
- Bantu Tingkatkan Jangka Hayat Tumbuhan
Berbanding baja kimia, penggunaan baja organik dapat mengurangkan tekanan berpanjangan pada tumbuhan anda dan ini dapat tingkatkan jangka hayat tumbuhan tersebut.
Tumbuhan yang subur dan berjangka hayat panjang semestinya menghasilkan hasil tanaman yang lebih banyak dan berkualiti.
- Melepaskan Unsur Baja dengan Perlahan-lahan
Seperti manusia, pokok juga ada hadnya untuk menyerap nutrisi.
Jika kita sudah kenyang, semestinya kita berhenti makan, betul?
Begitu juga bagi tumbuhan. Jika tumbuhan anda telah mendapat kuota nutrisi untuk hari itu, maka ia akan berhenti menyerap lagi.
Jika tumbuhan diberi nutrisi dalam kuantiti yang banyak terus, nutrisi yang berlebihan itu tidak akan diserap dan hanya akan larut lesap melalui air hujan atau air siraman.
- Tingkatkan Lagi Aktiviti Mikroorganisme yang Baik
Organisme yang kecil yang tinggal di dalam tanah seperti cacing adalah penyumbang terbesar kepada kesihatan dan kekuatan tanah.
Mereka yang membantu proses penyerapan nutrisi bagi tumbuhan serta mengekalkan kemapanan pertumbuhan tumbuhan anda.
Penggunaan baja organik yang kaya dengan mikroorganisme tanah dapat meningkatkan kadar penguraian nutrisi dan seterusnya proses mineralisasi dan pergerakan nutrisi NPK.
Jadi, semakin banyak mikroorganisme, semakin mudah untuk nutrisi diurai sekaligus dapat halang nutrisi untuk larut lesap dalam tanah.
Mikroorganisme tanah ini akan bertindak balas kepada transformasi nitrogen dan karbon di dalam tanah dan akan memegang bahan yang menahan zarah-zarah tanah dari berpecah.
Mikroorganisme ini juga akan bantu uraikan unsur-unsur organik yang kompleks kepada unsur baru yang lebih mudah untuk tumbuhan menyerap.
- Mengukuhkan Struktur Fizikal dan Kimia Tanah
Humus adalah hasil bahan organik yang telah reput dan merupakan baja organik yang bagus untuk memperbaiki struktur tanah.
Ia dapat meningkatkan lagi keupayaan tanah untuk memegang air dan nutrisi untuk diserap oleh tumbuhan anda. Ia juga akan memastikan pengudaraan yang lebih baik untuk akar tumbuh dalam tanah.
Oleh itu, tanah anda akan lebih mudah untuk dikerjakan serta kerja perkebunan anda juga akan lebih senang.
Penggunaan baja organik yang berkualiti juga akan membaiki nilai pH tanah yang berasid dan mengurangkan hakisan tanah dengan melindungi permukaan tanah.
Ia juga boleh memastikan suhu tanah adalah optimum untuk penanaman serta dapat mengurangkan perosak pembawaan tanah dan unsur-unsur toksik di dalam tanah yang boleh memudaratkan tumbuhan anda.
- Lebih Mesra Alam
Penggunaan baja organik yang betul, selamat untuk alam sekitar, tanah, haiwan, sumber air dan juga bagi manusia.
Buah-buahan dan sayuran yang dituai dari penggunaan baja organik selamat untuk dimakan terus berbanding jika anda menggunakan baja kimia.
Baja organik juga dapat mengurangkan keasidan tanah dan mengelakkan eutrofikasi atau pencemaran kimia sungai dan sumber air akibat larian air hujan baja kimia.
- Memupuk Gaya Hidup Lebih Sihat
Penggunaan baja organik juga dapat memupuk gaya hidup yang lebih sihat kerana hasil tanaman yang lebih selamat.
Di samping itu, baja organik juga dapat memberi impak kepada kesihatan anda.
Ia turut memupuk usaha untuk selamatkan alam sekitar serta memastikan keseimbangan ekologi kehidupan.
Kenapa Perlu Dapatkan Baja Powergro?
Produk keluaran lokal iaitu baja PowerGRO adalah salah satu baja bakteria baik nombor 1 buatan Malaysia kerana keberkesanannya dalam membantu tumbesaran pokok supaya membesar dan sihat pada keadaan optimum.
Produk ini bebas dari campuran bahan kimia dan sisa haiwan. Ia juga tidak mempunyai bau seperti baja yang ada di pasaran.
Kebaikan Baja PowerGRO:
- Dapat membaiki komposisi biologi tanah
- Menggandakan kadar serapan baja untuk setiap pokok
- Penggunaan baja PowerGRO dapat meningkatkan hasil tanaman berganda-ganda!
- Penggalakan pertumbuhan tunas dan akar yang lebih sihat
- Menambah daya tahan terhadap penyakit yang sering dialami oleh pokok.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin lihat katalog produk Baja PowerGRO dengan lebih lanjut, layari laman web kami di sini!