Semestinya orang ramai sedang sibuk menghiasi rumah dan mengemas rumah ketika menyambut bulan Syawal yang mulia. Anda juga boleh cuba pokok hiasan dalam rumah untuk menaikkan seri rumah anda.
Selain dekorasi dan pengubahsuaian perabot, anda juga boleh tambahkan pokok hiasan dalam rumah juga boleh menceriakan dalaman rumah anda.Â
Pokok hiasan ini bukan pokok plastik ya, tetapi pokok yang betul-betul sedut karbon dioksida dan lepaskan oksigen.
6 Pokok Hiasan Dalam Rumah
Pokok hiasan dalam rumah ada perkara yang sangat penting untuk dipertimbangkan seperti jumlah cahaya matahari, tempat teduh dan kelembapan yang diperlukan.
Oleh sebab itu, hanya terdapat beberapa jenis pokok sahaja yang sesuai dijadikan sebagai pokok hiasan. Di samping nampak kemas dan cantik, anda juga boleh dapatkan oksigen yang baik.
Antara pokok yang boleh dijadikan hiasan di dalam rumah:
- Pokok Getah (Ficus Elastica)
Dengan dedaunan yang kelihatan lebar dan berkilat, ia dapat memenuhi semua sudut kosong dan hambar di rumah anda.
Hanya dengan tanah yang lembap dan limpahan sinaran matahari yang terang secara tidak langsung, pokok ini sudah mempunyai semua keperluan untuk tumbuh dengan subur.
Selain itu, tumbuhan ini adalah salah satu jenis tumbuhan yang dalamannya paling kuat dan hanya memerlukan siraman dalam seminggu sekali sahaja.
- Lili Damai
Lili damai pokok yang cantik dan tahan lama, juga mampu untuk membersihkan udara.
Ianya juga mampu mekar hanya di bawah sinaran cahaya matahari yang terhad atau bertapis.
Pokok ini sesuai diletakkan di dalam bilik tidur untuk dapatkan tidur lebih nyenyak serta menghirup udara yang segar.
- Pokok Duit – Duit (Pothos)
Tumbuhan ini dipercayai sebagai pokok yang bertuah oleh kebanyakan orang.
Ia merupakan pokok yang renek dan mudah dijaga dan ditanam.
Di samping itu, pokok ini boleh membiak di mana sahaja, sama ada di dalam pasu tanah atau balang air.
Kadang-kala ia dipanggil sebagai ‘devils ivy’ kerana ketahanannya.
Ia hanya memerlukan sinaran matahari secara tidak langsung dan air pada setiap beberapa hari.
- Lidah Mak Mertua
Pokok ini juga dikenali sebagai pokok ular. Secara visual, ia kelihatan menyerlah sebagai sekumpulan paku pakis dengan pelbagai corak berwarna kuning hijau dan kelabu.
Pokok renek yang tahan lasak ini memerlukan penjagaan yang minimum iaitu cukup menyiramnya hanya seminggu sekali sahaja.
Banyak faedah apabila pokok ular ini menghiasi rumah anda kerana ia mampu untuk menyerap pelbagai toksin udara, bau dan pencemaran serta dapat meningkatkan kualiti udara secara menyeluruh.
- Calathea
Tumbuhan ini boleh hidup mekar walaupun persekitaran yang sangat lembap dan cahaya matahari yang tidak cukup.
Ia mempunyai corak yang sangat menarik dan anda boleh memilih pelbagai bentuk dan saiz.
Pokok ini juga mudah dijaga tetapi seperti tanaman yang lain, jangan siram terlalu banyak air.
Jadi, pastikan anda sentiasa periksa kekeringan tanah dengan kerap.
- Pokok Labah-labah
Tahukah anda, pokok labah-labah diberi nama kerana daunnya yang panjang dan meruncing yang menyerupai kaki labah-labah!
Pokok sesuai berada di dalam bilik mandi kerana mampu tumbuh dengan sihat di ruang yang lembap dan pemerimaan cahaya yang minimal.
Anda boleh letak pokok ini di sinki atau tab mandi.
Cara Penjagaan Pokok Hiasan Dalam Rumah
Jika anda seorang yang suka meletakkan pokok hiasan dalam rumah anda perlu rajin mencari ilmu, tips dan info cara untuk menjaga pokok hiasan ini agar terus mekar dan sihat.
Ini adalah cara untuk menjaga pokok hiasan yang diletakkan di dalam rumah:
- Pilih Jenis Pokok Yang Mudah Dijaga
Tips yang pertama adalah memilih pokok yang senang untuk dijaga.
Banyak pokok yang mudah untuk dijaga, cantik dan sesuai untuk dijadikan dekorasi di dalam rumah.
- Pilih Tempat Yang Sempurna
Ambil tahu tentang arah gerakan cahaya matahari di rumah anda
Dengan itu, pilihan tumbuhan dapat dipadankan dengan tempat yang menerima cahaya dan sudut teduh, tahap kelembapan dan suhu.
- Gunakan Air Dengan Cermat
Pastikan anda membeli pasu yang mempunyai lubang saliran supaya air tidak akan bertakung di bawah tumbuh-tumbuhan.
Gunakan tanahnya lembap dan bukannya basah. Jika ada air berlebihan boleh buangkannya.
- Beri Baja Kepada Pokok
Kebanyakkan pokok lebih suka disiram dari bawah. Ini untuk merangsang pertumbuhannya, tambahan pula boleh letak baja semasa rutin penyiraman.
- Biakkan Pokok
Keratan ialah cara terbaik untuk biakkan pokok tanpa kos untuk mengembangkan koleksi pokok yang ada.
Keratan pokok money plant contohnya boleh diletakkan di dalam air.
Tips Jaga Pokok Hiasan Dalam Rumah
Pokok hiasan mempunyai pelbagai bentuk dan saiz yang dapat menambahkan seri rumah agar terlihat cantik dan rapi.
Pokok hiasan ini juga tidaklah terlalu rumit untuk menjaganya. Cuma, lain pokok lain caranya.
Mungkin ada yang baru berkecimpung dengan tanaman pokok hiasan ini. Jadi mari ketahui lebih lanjut tips untuk jaga pokok hiasan dalam rumah:
- Pastikan tanah sentiasa lembap.
- Siram 3-4 hari sekali bergantung dengan keadaan tanah.
- Pokok hidup sememangnya memerlukan matahari. Seeloknya letak pokok berdekatan atau di tepi tingkap.
- Jangan kerap siram pokok. Jika pokok layu pun, jika kita siram air, pokok akan segar dan mekar semula. Jangan terlebih air kerana akan merosakkan akar dan pokok boleh mati.
- Jika rumah yang cahaya matahari tak masuk, dedahkan 1-2 minggu sekali pada matahari.
- Kalau pokok yang memang khas untuk ditanam di dalam rumah, jangan letak di kawasan yang terdedah dengan cahaya matahari terus.
- Bajakan pokok dalam 1 atau 2 minggu sekali. Pokok juga perlu nutrien/makanan untuk hidup.
- Setiap pokok tidak sama cara penjagaannya. Ada yang tidak boleh air berlebihan, ada yang boleh hidup di dalam air.
Kesimpulannya, banyak kelebihan anda boleh dapat jika meletakkan pokok hiasan di rumah sempena hari raya tidak lama lagi.
Anda tak perlukan halaman rumah atau balkoni untuk pokok-pokok ini. Cukup hanya cahaya matahari dan air yang mencukupi.
Anda sedang mencari baja yang sesuai untuk pokok hiasan? Jangan bimbang. Anda boleh cuba baja daripada Teknoganik Hijau iaitu PowerGRO.
Baja PowerGRO ini sesuai digunakan untuk pokok hiasan atau bunga seperti bunga kertas dan sebagainya.
Selain untuk pokok hiasan ia sesuai untuk tanaman buah-buahan, sayuran dan tanaman padi juga.
Kebaikan menggunakan baja PowerGRO:
- Dapat membaiki komposisi biologi tanah
- Menggandakan kadar serapan baja untuk setiap pokok
- Penggalakan pertumbuhan tunas dan akar yang lebih sihat
- Menambah daya tahan terhadap penyakit yang sering dialami oleh pokok.
Apa tunggu lagi? Jom cuba baja PowerGRO. Ada pek percubaan khas untuk yang ingin mencuba.
Jom baca juga mengenai hidroponik, baja organik, baja kimia, tanah gambut, pokok sacha inchi, baja sawit, baja ab, fertigasi dan banyak lagi.