bendera malaysia jalur gemilang

Sejarah disebalik terciptanya bendera Malaysia. Ramai yang tidak tahu tentang sejarah ini dan siapa pencipta disebalik jalur gemilang ini. Mari kita baca artikel ini untuk anda lebih ketahui tentang bendera tanah air kita ini.

SEJARAH PENCIPTAAN BENDERA

Pada 29 November 1949, Majlis Raja-Raja dengan kerjasama Majlis Perundangan Persekutuan telah mengadakan pertandingan untuk memilih reka bentuk bendera bagi kerajaan yang bakal dibentuk pada Mei 1948 dan seramai 373 karyawan telah mengambil bahagian. Pada 15 November 1949 hanya tiga reka bentuk yang berjaya dipilih ke peringkat akhir dan ciptaan Encik Mohamed bin Hamzah (arkitek Jabatan Kerja Raya Negeri Johor) telah dipilih sebagai pemenang.

Penciptaan Bendera mengalami beberapa fasa perubahan reka bentuk

Reka bentuk bendera tersebut telah dibuat beberapa pindaan iaitu bulan sabit dan bintang yang pada asalnya berwarna putih digantikan dengan warna kuning bagi melambangkan warna diraja. Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950. Pada 26 Mei 1950, buat pertama kalinya Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan pegawai-pegawai King George VI.

Pertama kali bendera Malaysia dikibarkan

Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dan berkibar secara rasmi pada 31 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor seiring dengan berkumandangnya lagu Negaraku yang buat kali pertama diperdengarkan kepada umum.Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang sebelum ini berjumlah 11 jalur melintang berwarna merah dan putih telah bertambah jalurnya kepada 14 jalur sebaik sahaja kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura dalam Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Bendera Malaysia Jalur Gemilang

Setelah berkibar megah sejak tahun 1950, pada malam 31 Ogos 1997 sempena sambutan 40 tahun kemerdekaan negara, Tun Dr. Mahathir Mohammad yang merupakan Perdana Menteri Malaysia ketika itu telah mengukir sejarah dengan mengumumkan nama baharu bagi bendera Malaysia iaitu sebagai Jalur Gemilang.

HOT  Pembekal Botol Plastik dan Kosmetik - Panduan menjadi pengguna produk kosmetik yang bijak

Maksud Warna Dan Lambang Bendera Malaysia Jalur Gemilang

Setiap elemen atau aspek yang terdapat pada reka bentuk bendera Malaysia mempunyai huraian masing-masing. Malah perkataan Jalur dan Gemilang mempunyai maknanya yang tersendiri.

Jalur

  • Menggambarkan Bendera yang mempunyai 14 jalur merah dan putih.
  • Lambang jalur pada Bendera menggambarkan satu haluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara.

Gemilang

  • Bermaksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang.
  • Ianya memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekali pun sama ada di dalam atau di luar negara.
  • Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang terang lagi jelas.

Maksud Warna Pada Bendera Malaysia

Huraian maksud warna pada bendera Malaysia adalah seperti berikut:

Biru : Menggambarkan perpaduan rakyat yang terdiri daripada berbilang kaum di negara ini seperti Melayu, Cina, India

Merah : Warna merah menunjukkan keberanian dan kesediaan dalam mengharungi segala jenis cabaran demi negara yang tercinta

Putih : Melambangkan kesucian dan keluhuran hati rakyat dalam mengangkat nama negara ke persada dunia

Kuning : Warna kuning melambangkan warna Diraja, secara khususnya menggambarkan kedaulatan Raja-Raja Melayu yang Berperlembagaan

Maksud Lambang Pada Jalur Gemilang

Berikut dikongsikan huraian maksud lambang yang ada:

Bulan & Bintang : Menggambarkan Agama Islam sebagai agama persekutuan negara

Bintang Pecah 14 : Menunjukkan perpaduan 13 buah negeri dan 1 wilayah persekutuan

14 Jalur : 14 jalur berwarna merah dan putih yang sama lebar menggambarkan 13 buah negeri anggota dan sebuah Wilayah Persekutuan yang memiliki keanggotaan yang sama dalam negara Malaysia