cara berhenti merokok
Advertisement

Adakah anda ada terfikir untuk berhenti merokok? Adakah anda tahu kebaikan berhenti merokok? Sebelum anda bermula, anda perlu tahu sebab anda mula merokok terlebih dahulu, dan apakah sebabnya anda ingin berhenti merokok sekarang.

Dengan mengetahui semua hal ini, anda boleh menambahkan semangat dalam diri anda untuk anda menguruskan kehidupan seharian anda tanpa merokok dan kemungkinan anda berjaya berhenti adalah lebih tinggi.

Kenapa Saya Patut Berhenti Merokok?

Statistik menunjukkan bahawa setiap tahun hampir 19,000 warga Malaysia dibunuh oleh penyakit yang disebabkan oleh merokok dan lebih 126,000 kanak-kanak dan lebih 4.1 juta orang dewasa masih terus menggunakan tembakau setiap hari.

Merokok juga boleh membahayakan kepada hampir semua organ-organ badan anda kerana setiap batang rokok yang anda hisap mempunyai lebih daripada 7 ribu bahan-bahan kimia dan beratus-ratus daripadanya termasuk nikotina dan karbon monoksida dimana semua bahan-bahan ini akan meracuni badan anda.

Jika anda merokok anda boleh terdedah dengan lebih 40 penyakit iaitu:-

  1. Mati Pucuk
  2. Sakit Jantung
  3. Strok
  4. Bau nafas teruk dan gigi kuning
  5. Sakit Paru-paru
  6. Penyakit Ulser Peptik
  7. Kanser Pankreatik
  8. Penyakit Buah Pinggang
  9. Kanser Paru-Paru

Jika anda sedang hamil, merokok atau perokok sekunder boleh membahayakan anda dan bayi anda. Ia boleh menyebabkan kesusahan seperti kelahiran pra-matang, berat badan bayi kurang, kematian bayi secara mengejut dan masalah penafasan pada bayi.

Kenapa Sukar untuk Berhenti Merokok?

  • Keinginan merokok yang kuat
  • Tidak tahan perasaan sindrom sarak seperti batuk, pening, sakit kepala, sembelit dan lain-lain.
  • Rasa tidak bermaya melakukan aktiviti tanpa rokok.
  • Risau berat badan bertambah selepas berhenti merkokok.

Petua Untuk Berhenti Merokok

Disini kami sertakan petua dan cara untuk anda boleh berhenti merokok.

HOT  5 Klinik Pakar Kulit Terbaik di Malaysia (UPDATE 2023)

Langkah 1: Tetapkan tarikh untuk anda berhenti.

Anda perlu tetapkan tarik dan pilih tarikh yang anda tekat untuk berhenti merokok. Ini cara terbaik untuk anda mempersiapkan diri anda sendiri.

Langkah 2: Buat senarai dan catatkan.

Anda perlu senaraikan semua sebab-sebab anda perlu berhenti merokok dan tampal di tempat-tempat yang anda selalu lihat. Ini boleh membantu meningkatkan semangat anda dan dapat sentiasa mengingatkan anda sebab apa anda perlu berhenti.

Langkah 3: Guna nanoSTIX untuk lebih berkesan

Saya cadangkan anda gunakan alat seperti nanoSTIX untuk membantu anda berhenti merokok dalam masa 7 hari. Anda boleh lawati laman web https://cabaran7hari.com untuk mendapatkan pek permulaan berhenti merokok.

Langkah 4: Berhenti bersama rakan

Kajian AS pada tahun 2008 mendapati bahawa perokok yang rakannya berhenti sebanyak 36% lebih cenderung untuk berhenti merokok diri mereka, sementara perokok yang rakan sejawatnya berhenti merokok mempunyai purata 34% tidak cenderung untuk dirinya merokok.

Jika anda ingin berjaya dalam misi anda untuk berhenti merokok merokok sepenuhnya, membawa bersama seorang kawan yang ingin berhenti merokok juga. Dengan cara itu, anda boleh memberi motivasi sesama lain tanpa berasa berseorangan.

Langkah 5: Jauhi rakan-rakan yang ketika merokok

Jika ada rakan-rakan anda yang sedang merokok. Anda perlu jauhi diri anda atau anda gunakan nanoSTIX ketika bersama mereka.

Kesimpulan

Kami berharap anda berjaya melakukannya dan jangan mudah putus asa. Banyak kebaikkan yang akan perolehi jika anda tidak lagi merokok.