beautifulnara adalah sebuah blog berkaitan gosip artis dan dimiliki oleh Nara Media Sdn Bhd. Syarikat Nara Media Sdn Bhd adalah sebahagian daripada iMedia Asia. Blog beautifulnara ini telah lama menjadi rujukan semua penggemar seni di dalam Malaysia sebagai blog untuk mengetahui gosip artis terkini dan juga mengetahui perkembangan suasana industri hiburan di dalam Malaysia.
Tujuan artikel ini ditulis adalah untuk kita ketahui sedikit data-data berkenaan blog ini dan menjadi sumber rujukan dan semangat kepada kita untuk kita membina blog-blog seperti ini.
Data Statistik Blog beautifulnara
Mari kita rujuk data ahrefs yang kami ambil pada 28 Julai 2021. Dari sini kita dapat lihat jumlah organic trafik blog beautifulnara semakin menurun dan yang terkini adalah sebanyak 216K sahaja berbanding hampir 1.5 juta pada 6 November 2017. Akan tetapi kami tiada data untuk trafik keseluruhan blog ini.
Artikel Hangat di beautifulnara
Di sini mari kita lihat 3 artikel paling hangat di blog ini dalam masa 6 bulan lepas.
Artikel paling hangat adalah artikel berkenaan Zarina Anjoulie bantu Ibu tunggal dan OKU yang diterbitkan pada 17 Julai 2021 dimana telah mendapat 47.8K Facebook Engagement diikuti oleh artikel Trofi FFM25 dan artikel berkenaan Nazrief Nazri.
Senarai Social Media
Blog ini hanya mempunyai 3 platform social media iaitu di Facebook, Instagram dan juga Twitter. Laman Facebook beautifulnara adalah paling tinggi pengikut dimana blog ini mempunyai lebih 1 juta pengikut di Facebook berbanding di Instagram dan Twitter yang mempunyai 127K dan 137K pengikut.
Kesimpulan
Blog beautifulnara adalah blog terbaik untuk membaca gosip-gosip artis di dalam Malaysia dan anda boleh like dan follow semua social media yang dimiliki oleh blog ini untuk anda mendapat berita hangat dengan pantas.