baja foliar

Pembajaan adalah satu perkara penting dalam memastikan pokok anda kekal subur. Walaupun terdapat pelbagai jenis baja di pasaran, tahukah anda bahawa keberkesanan baja foliar adalah lebih tinggi berbanding baja biasa?

Terdapat pelbagai jenis baja yang kini terdapat dipasaran. Organik, tidak organik, katakan sahaja anda pasti dapat menemukannya. 

Baja bukan organik mengandungi bahan sintetik manakala baja organik tidak. 

Baja organik adalah jenis yang dihasilkan menggunakan bahan yang melalui proses pereputan daan akhirnya menghasilkan nutrien untuk tumbuhan. 

Baja organik boleh dibuat sendiri menggunakan najis haiwan, kulit buahan, sisa makanan dan pelbagai lagi. 

Berbeza dengan konsep baja organik, baja foliar adalah baja yang telah dilarutkan dalam air kosong dan disembur ke pokok dalam bentuk cecair. 

Baja foliar juga terdapat dalam jenis organik dan tidak organik.

Mengapa baja foliar dikatakan lebih berkesan untuk tumbuh-tumbuhan? Teruskan membaca untuk ketahui! 

Kami akan kongsikan kegunaan baja foliar dan cara penggunaannya yang betul supaya anda dapat melihat kehebatan dan keberkesanannya.

Kegunaan Baja Foliar

Baja foliar seperti baja yang berada di pasaran mempunyai satu tujuan iaitu untuk memastikan tumbuhan atau pokok terus subur dan menerima nutrien yang secukupnya. 

Baja biasa yang dikenali sebagai NPK kerana membekalkan nutrien Nitrogen (N), Phosphorus (P) dan Kalium atau Potasium (K) pada tumbuhan dan meningkat kesuburan tanah.

Manakala, baja foliar pula lebih bertindak sebagai pembekal vitamin dan memberi nutrien-nutrien mikro yang lain seperti Boron, Kalsium, PGR dan sebagainya. 

Vitamin ini penting untuk meningkatkan daya tahan pokok anda terhadap penyakit atau serangan serangga perosak. 

Selain itu, ia juga menggalakkan pertumbuhan tunas dan akar yang lebih sihat. 

HOT  4 Variasi Resepi Kek Batik Yang Lazat Dan Wajib Cuba (Sampai Teringat Dalam Mimpi)

Cara Penggunaan Baja Foliar

Salah satu sebab mengapa baja foliar dikatakan lebih baik daripada baja NPK kerana proses penyerapannya! 

Ini adalah kerana baja foliar yang disembur direct pada daun dan akan menembusi daun dan dinding sel tumbuhan melalui sel epidermis dan stomata lalu meningkatkan aktiviti fotosintesis dan respirasi. 

Cara pembajaan yang berlainan juga memainkan peranan. Bagi baja NPK kebiasaannya baja akan ditaburkan atau dimasukkan dalam tanah. Daun atau tumbuhan kemudiannya akan menyerap nutrien dari tanah. 

Manakala, baja foliar akan disembur terus kepada daun, ranting, atau batang tumbuhan tersebut. 

Lantas, lebih senang untuk nutrien memasuki daun dan dinding sel tumbuhan melalui sel epidermis dan stomata. 

Baja PowerGro Sebagai Baja Yang Terbaik!

Nah, sekarang sudah tahu kebaikan dan kegunaan baja foliar, anda pasti ingin mendapatkan baja yang terbaik di pasaran kan? 

Tak perlu cari jauh kerana anda hanya perlukan baja PowerGro daripada Teknoganik Hijau!

Teknoganik Hijau adalah sebuah syarikat bumiputera yang menggabungkan teknologi dan bahan organik mesra alam dan selamat membantu menghasilkan tamanan yang berkualiti. 

Kepakaran mereka dalam menyelesaikan masalah penanaman telah mencecah lebih dari 10 tahun. 

PowerGro merupakan produk inovasi Teknoganik Hijau yang dicipta menggunakan formulasi organik dan teknologi mikrob. 

Baja foliar ini sesuai digunakan pada pokok buah-buahan, pokok sayuran, pokok bunga dan tanaman padi.

Keistimewaan PowerGo

1. Tiada campuran kimia

2. Mampu memperbaiki struktur tanah

3. Tidak mengandungi sisa haiwan

4. 100% organik

Bagaimana mahu  menggunakan produk ini? Senang sahaja!

Campurkan 2.5ml baja untuk setiap 1 liter air bebas klorin. Semburkan pada pokok sehingga basah di kawasan batang dan daun pokok. 

HOT  5 Tips Memilih Gift Hamper Korporat

Berapa kali harus disembur? Seminggu sekali sahaja! Jimat pun jimat, berkesan pun ya juga! 

Apa akan terjadi sekiranya anda membaja dengan PowerGro lebih dari sekali seminggu? Tiada masalah! 

Ini adalah kerana PowerGro bersifat organik dan tidak akan membawa sebarang kesan buruk pada tanaman anda. 

Walau bagaimanapun, pengguna disarankan agar mengikut sukatan dan dilakukan secara berkala untuk hasil yang lebih banyak dan berganda. 

Elakkan menggunakan baja foliar tanpa dicairkan dengan air kosong kerana ini mampu menyebabkan kelecuran pada tanaman anda. 

Sebaiknya, ikut sukatan 2.5ml pada 1 liter yang telah dicadangkan oleh Teknoganik Hijau sendiri! 

Selain itu, anda juga boleh menggunakan mist spray untuk disemburkan pada bahagian bawah daun dan batang pokok. 

Lebih baik lagi, sembur pada awal pagi kerana pada waktu pagi stomata di daun terbuka luar dan mempunyai kadar serapan nutrien yang tinggi.

Senangnya menanam dengan PowerGro! Dengan kebaikan dan mudahnya menggunakan PowerGro anda pasti tidak sabar untuk mencuba produk ini pada tanaman bukan? 

Produk ini ditawarkan secara meluas di pasaran! Jadi apa tunggu lagi! Dapatkan SEKARANG!

Selain membekalkan produk ini di pasaran, mereka juga menawarkan para petani khidmat pembajaan foliar pada pemilik ladang atau kebun yang memerlukan pertolongan istimewa. 

Hubungi Teknoganik Hijau segera untuk merawat pokok anda!