Doa Harian Amalan Murah Rezki

Nikmat dan ujian silih berganti tanpa mengira umur, bangsa serta warna kulit. Setiap hamba pasti diuji dengan ujian tertentu dan ujian kewangan sudah pasti merupakan ujian yang sering di lalui oleh kita semua. Ada hari yang kita terpaksa mengikat perut kerana tidak mempunyai wang cukup bagi menampung perbenlanjaan harian.

Di OnTrenz, kami ingin kongsikan 7 amalan yang boleh membantu kita untuk dimurahkan rezki dan mendapatkan kehidupan yang berkat. Tapi perlu diingatkan bahawa amalan ini hanyalah usaha yang boleh kita lakukan dan kita mesti yakin bahawa setiap rezki tu datangnya dari Allah SWT.

1. Berbuat Baik Dan Sentiasa Mendoakan Ibu Bapa

Janganlah hanya kerana kita dalam kesempitan baru terdetik dalam hati untuk berbakti kepada kedua ibu bapa kita. Ingat mereka adalah ibu ayah kita yang telah banyak membesarkan kita maka berdoalah agar diberikan kebaikan kepada diri mereka.

Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud :

“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.”
(Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

2.  Doa Murah Rezeki Sepertimana Yang Dibaca Oleh Rasulullah Kepada Anas Bin Malik

اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ ووالسع له في داره وَبَارِكْ لَهُ فيما اعطيته واحسن اعماله والغفرله

Maksudnya: Ya Allah, perbanyakkanlah hartanya dan anak-anak-anaknya dan luaskanlah rumahnya dan berkatilah apa yg telah engkau kurniakan kepadanya dan perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya.

3. Memudahkan Urusan Orang Lain Atau Menunaikan Hajat Mereka

Apabila kita memudahkan urusan orang lain insyallah Allah akan mudahkan pula urusan kita, dan apabila kita menunaikan hajat orang lain insyallah akan akan kabulkan pula hajat kita. Sabda Rasulullah yang bermaksud

BACA  Bacaan Doa Qunut berserta rumi di dalam Solat Subuh

“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…”
(Hadis Riwayat Muslim)

4. Mempertautkan Silaturahim Sesama Manusia

Bagi mereka yang berniaga istilah networking sesama peniaga lain sudah tidak asing lagi. Semakin besar networking kita semakin besar juga peluang-peluang perniagaan dapat diwujudkan.

Nabi SAW bersabda…

“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya (menjalini silaturahim)”
(Hadis Riwayat Bukhari)

5. Memperbanyakkan Beristighfar & Memohon Keampunan

Firman Allah SWT maksudnya : 

“Mohonlah ampun kepada Rabb kalian, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat (melimpah ruah membawa kebaikan), dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai (yang penuh dengan kebaikan dan manfaat).”
(Surah Nuh ayat 10 – 12)

Sabda Nabi S.A.W,

“Barangsiapa memperbanyak istighfar maka Allah akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a)

6. Muliakan Tetamu Yang Datang Ke Rumah Kita

Apabila ada tetamu yang berhajat untuk datang menziarahi kita alu-alukanlah mereka. Dan muliakanlah mereka apabila mereka sudah hadir dan berikan layanan sebaik mungkin.

Nabi SAW berwasiat kepada Saidina Ali,

“Wahai Ali ! Anjurkanlah berbuat baik kepada mereka yang sedang ceria wajahnya. Dan hormatilah tetamu sebab rezeki tetamu yang singgah kerumah sesaorang pun ikut singgah di situ.

Dan kalau ia meninggalkan rumah itu, dosa penghuni rumah itu lenyap bersama kepergian tetamu tersebut. Lalu terhapuslah dosa-dosa itu jauh ditengah lautan.”

Solat Dhuha

7. Solat Dhuha

Apabila bercakap tentang amalan untuk murah rezeki mesti orang akan sentiasa berpesan untuk melazimi solat dhuha. Firman Allah SWT dalam hadis qudsi,

BACA  Panduan Umrah Dan Cara Mengerjakan Umrah Lengkap

“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Duha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.”
(Hadis Riwayat al-Hakim dan Thabrani)