resepi nasi lemak

Nasi lemak merupakan makanan No 1 paling popular di Malaysia. Orang Melayu, Cina, India semua suka makan nasi lemak. Nampak macam senang nak membuatnya. Cuma masak nasi dan buat sambal. Tapi siapa sangka, bila cuba buat sendiri di rumah, baru tahu langit itu tinggi atau rendah lelagi nak masak sambal nasi lemak!

Untuk dapatkan nasi lemak yang cukup rasa seperti lemak dan masin nasi lemak sangat mudah.

Jom kita cuba resepi nasi lemak yang sedap dan mudah ini.

Bahan-bahan:

  1. Beras – basuh dan tos
  2. 1 helai daun pandan – carik dan simpul
  3. Secubit Garam
  4. 1 – 2 inci halia – hiris
  5. 1 cawan santan pekat

Cara-cara:

Masak nasi dengan air secukupnya. Sukatan air bergantung kepada beras seperti memasak nasi biasa. Biasanya paras air dalam kurang 1 inci atau satu paras garisan di jari.

Masukkan garam dan juga daun pandan. Masukkan dalam rice cooker dan masak seperti biasa.

Rahsianya supaya nasi lemak tahan lama dan tidak basi ialah tunggu sehingga air mendidih dan hampir kering, kemudian baru masukkan hirisan halia dan santan pekat tadi. Kacau rata. Sambung hingga nasi masak.

Tidak lengkap nasi lemak tanpa sambalnya. Berikut saya sertakan bahan-bahan dan cara untuk buat sambal tumis ikan bilis yang mudah dan lazat.

Sambal Tumis Ikan Bilis

Bahan bahan:

1 mangkuk ikan bilis – basuh dan tos
3-4 biji bawang besar
3 ulas bawang putih – jangan banyak
1/2 mangkuk cili kisar
Air asam jawa – 1 sudu kecil pes asam jawa
Garam
3 sudu besar gula – kena ada rasa manis
Sedikit gula Melaka – supaya rasa lemak

Cara cara:

Kisar bawang besar dan bawang putih. Panaskan minyak yang agak banyak untuk memastikan bahan tumisan masak dan garing sempurna. Bila masak, boleh diceduk keluar.

HOT  Menu Berbuka Puasa (Lazat dan Menyihatkan)

Tumis bahan kisar dan cili kisar sehingga cili dan bawang benar benar masak dan garing dengan api perlahan. Proses yang sangat penting untuk memastikan keenakan dan juga ketahanan sambal.

Setelah garing, masukkan sedikit gula dan kacau rata bertujuan untuk menjadikan warna sambal yang merah cantik. Kemudian masukkan air asam jawa dan ikan bilis. Biarkan masak dengan api perlahan.

Akhir sekali masukkan gula selebihnya dan garam secukup rasa. Jika suka, boleh juga diletakkan bawang besar hiris. Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba.