Anda seorang penjawat awam? Nak buat semakan penyata gaji? Kini anda boleh membuatnya secara online.
Ia adalah kemudahan khusus untuk penjawat awam membuat semakan gaji dengan mudah dan cepat.
Dengan adanya sistem yang dinamakan e-Penyata Gaji ini, kakitangan kerajaan boleh mengakses slip gaji mereka dengan menggunakan komputer, tablet atau telefon pintar pada bila-bila masa dan di mana jua.
Anda boleh mengaksesnya menerusi laman web Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM).
Kelebihan E Penyata Gaji
Selain dapat menyemak statement gaji bulanan, sistem ini juga menyediakan laporan pendapatan tahunan.
Penyata gaji dan laporan pendapatan tahunan boleh diakses, dicetak atau download pada bila-bila masa.
Ini memudahkan urusan untuk membuat pinjaman bank, pengiraan cukai pendapatan atau untuk sebarang urusan.
Walau bagaimanapun, sistem ini hanya menyimpan maklumat maklumat Gaji Bulanan bagi tempoh 18 bulan dan Penyata Pendapatan Tahunan bagi tempoh 7 tahun terkini sahaja.
Kakitangan awam yang mahu menyimpan laporan-laporan yang terdahulu hendaklah memuat turun laporan tersebut sebelum ia dikeluarkan dari sistem.
Cara-Cara Membuat Semakan Egaji
1.Layari website rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia
2. Klik pada ikon atau pautan “SISTEM e-PENYATA GAJI DAN LAPORAN” dan anda akan dibawa ke halaman daftar masuk.
3. Sekiranya anda pengguna baru, anda perlu mendaftar dulu. Klik pada pautan “Pertama Kali Mendaftar”.
4. Setelah membuat pendaftaran baru, anda boleh daftar masuk dengan dengan mengisi maklumat-maklumat yang diminta seperti:
- No. Kad Pengenalan / No. Pasport,
- No. Gaji,
- Kata Laluan dan Soalan Keselamatan.
Sekiranya anda mahu akses ke sistem ini pada masa hadapan, anda hanya perlu memasukkan nombor gaji dan kata laluan yang tepat.
Klik Tab Penyata Gaji di sebelah kiri untuk melihat maklumat atau memuat turun statement gaji anda yang terkini dalam bentuk PDF.
Anda juga boleh mengakses Penyata Pendapatan Tahunan secara online atau dalam bentuk PDF.
Maklumat-maklumat lain yang boleh diakses:
- Maklumat Pendapatan Tahunan serta informasi Pusat Bayaran,
- Kod Jawatan, No. Cukai Pendapatan,
- No. Fail Majikan,
- Gaji Pokok
- Elaun-elaun
- Tunggakan Gaji Tahun Lepas dan sebagainya.
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan anda boleh hubungi JANM melalui email di alamat maklumbalas@anm.gov.my ataupun dengan menelefon 03-88821000.
KLIK SINI >>> website utama JANM
SOALAN-SOALAN LAZIM >>> FAQ
HUBUNGI >>> JANM
Baca artikel berkaitan: Cara Akses ezHasil LHDN