Banyak forex broker Malaysia menawarkan pengeluaran duit dengan pantas dengan hanya tidak sampai 1jam sahaja duit terus ke dalam akaun bank. Ya ini adalah salah satu cara forex broker Malaysia menarik minat pedagang-pedagang matawang untuk melabur dalam broker tersebut.
Tapi anda harus ingat bahawa setiap proses dalam urusan pengeluaran tidak sama, ada yang pantas dalam masa 1jam ada yang mengambil masa 1hari mahupun ada yang mengambil masa sehingga 2-3 hari waktu bekerja, persoalannya adakah anda tahu cara untuk keluarkan duit ini? Mari kita tinjau beberapa contoh terbaik untuk keluarkan duit anda.
- Introducer Broker (IB)
Cara ini merupakan cara yang paling mudah dan cepat serta ianya banyak dilakukan oleh trader Malaysia, introducer broker (IB) ini adalah agen yang dilantik khas oleh forex broker Malaysia untuk menguruskan hal-hal tentang trader dalam menguruskan akaun dan trading sistem.
Ianya menjadi pilihan utama setiap trader kerana proses ini trader tidak perlu berurusan lama dengan forex broker Malaysia serta pihak bank, hanya perlu berurusan dengan IB, langkahnya mudah hanya perlu memberi tahu jumlah wang untuk dikeluarkan dan trader akan transfer jumlah wang dalam akaun broker ke IB akaun broker tersebut.
Dan IB tersebut akan transfer duit RM ke dalam akaun bank anda, ianya mudah tapi memerlukan kepercayaan yang tinggi, oleh sebab itu IB ini telah dilantik oleh forex broker Malaysia dan diberikan kepercayaan serta tanggung jawab.
2. E-wallet
Cara yang mudah untuk setiap trader di Malaysia mengeluarkan duit daripada forex broker Malaysia. Banyak pilihan E-wallet yang terdapat sekarang ini sebagai contoh skrill, paypal, dan neteller. Akan tetapi setiap e-wallet ini mengambil masa 1-2 hari waktu bekerja dan berbeza untuk setiap e-wallet.
Yang seronoknya ianya 0% akan tetapi ianya perlu masuk dahulu dalam e-wallet baru boleh transfer ke dalam akaun bank. Maknanya duit didalam forex broker Malaysia anda dikeluarkan ke e-wallet mengambil masa 1-2 hari setelah masuk duit di dalam e-wallet pindah ke akaun bank anda mengambil masa 1-2 hari waktu bekerja, jumlahnya 1minggu.
Kebiasaannya ini adalah cara yang terakhir bagi trader untuk keluarkan wang kerana terdapat beberapa masalah untuk trader keluarkan duit terus ke dalam akaun bank atau pun kredit kad atau debit kad.
3. Malaysia online banking
Kesemua forex broker Malaysia menawarkan khidmat pengeluaran terus ke dalam akaun bank, namun tidak semua bank di Malaysia yang ditawarkan oleh pihak forex broker Malaysia, contoh bank yang biasa ditawarkan oleh pihak broker sendiri adalah Maybank, CIMB, dan HSBC. Proses pengeluaran ini mengambil masa dalam 1-2 hari waktu bekerja.
Anda hanya mengisi borang permohonan pengeluaran wang yang telah di sediakan dalam sistem, sila pastikan nama akaun trading forex sama dengan nama akaun bank anda dan pastikan juga akaun bank anda betul. Tiada sebarang bayaran yang dikenakan oleh pihak bank namun bank akan mengenakan kadar matawang yang agak tinggi.
4. Kredit kad / debit kad
Jika anda melakukan deposit yang pertama anda ke dalam akaun forex broker Malaysia melalui cara ini anda juga perlu mengeluarkan duit melalui cara ini dan dengan amaun yang sama atau tidak lebih dari amaun yang telah anda deposit itu.
Proses ini biasanya untuk pengeluaran kali pertama, untuk pengeluaran yang seterusnya trader boleh memilih cara pengeluaran yang telah disediakan oleh pihak forex broker Malaysia.
5. Forex broker kepada Forex broker
Cara ini tidak semua broker berikan, akan tetapi dengan cara ini adalah cara yang mudah jika anda ingin memindahkan jumlah wang dalam akaun broker forex trading sekarang ke akaun broker forex trading yang lain.
Kesimpulannya, sebagai forex trader, anda perlu ingat bahawa forex adalah perniagaan pelaburan. Bagi menjana keuntungan, ia mestilah seiring dengan risiko yang akan ditanggung.
Jadi anda perlu tahu cara untuk keluarkan duit daripada forex broker Malaysia, jangan jadi seorang trader pendeposit tegar yang banyak habiskan duit poket, anda harus bijak untuk mengawal aliran duit keluar dan masuk. Belajar, amal dan tawakal kunci kejayaan setiap forex trader.
Oh ya! Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Forex serta ingin mendapatkan khidmat broker, saya cadangkan anda menggunakan khidmat Weltrade Secure Broker ini. Sangat dicadangkan dan dipercayai!
Kelebihan menggunakan perkhidmatan Weltrade:
- Broker STP yang cemerlang berurusniaga
- Spread yang rendah dan tiada sebut harga semula
- 77 instrumen perdagangan
- Leverage sehingga 1:1000
- Pelaksanaan perdagangan segera dari 0.5 saat
- Platform perdagangan terbaik di dunia
Weltrade adalah sekumpulan 65 profesional dengan pengalaman antarabangsa yang meluas dalam bidang kewangan dan teknologi internet. Menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi 24jam kepada pedagang dan pendekatan secara individu untuk setiap pelanggan.
Kenapa anda perlu menggunakan perkhidmatan Weltrade?
- 12 tahun dalam Pasaran Forex
- Broker berlesen yang dikawal selia
- 100 000 pedagang dari 18 buah negara
- Anugerah kewangan berprestij
- Sokongan penuh pelanggan 24/7
- Pembayaran dalam masa 30 minit
Semoga perkongsian kali ni memberikan manfaat kepada anda. Didoakan anda dapat konsisten dalam trade dan mampu menjana konsisten profit. Selamat Berjaya!